Modul Komputer Tingkatan 2





























































Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga 150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat. Pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau berbilang salinan yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-lain borang bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh cetak teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atau warna. Pencetak boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu:
a. Pencetak Hentaman b. Pencetak tanpa Hentaman
Pencetak Hentaman
Dengan pencetak hentaman, cetakan berlaku disebabkan oleh tukul yang mengetuk bentuk aksara dan bentuk aksara ini kemudiannya mengetuk reben berdakwat, menyebabkan reben menekan imej aksara tersebut ke atas kertas. Peranti pencetak aksara mencetak satu aksara satu masa pada kelajuan 10 hingga 500 aksara per saat. Pencetak terlaju jenis ini adalah pencetak matriks dawai atau pencetak matriks bintik. Ia mencetak aksara terdiri daripada bintik-bintik corak terbentuk oleh hujung dawai yang kecil. Dengan memanjangkan dawai tertentu lebih daripada yang lain, corak bintik boleh dibentuk untuk mengeluarkan nombor, huruf, atau aksara khas. Dawai yang dipanjangkan ini kemudiannya ditekan ke atas reben berdakwat untuk mencetak aksara ke atas kertas atau borang. Sesetengah pencetak matriks yang lebih lambat dan murah mencetak aksara sebagai satu siri lajur setiap satunya selebar satu bintik. Oleh kerana sifat unsur matriks tersebut, ia boleh digunakan untuk mencetak bentuk aksara khas yang boleh digunakan dengan grafik, seperti graf dan carta. Untuk mereka yang inginkan output berkualiti mesin taip, pencetak bintik khas atau pencetak roda daisi boleh digunakan. Pencetak roda daisi menggunakan unsur cetakan plastik atau logam tunggal berbentuk seperti sususan kelopak bunga daisi. Unsur ini akan berputar sehingga aksara yang betul berada pada kedudukannya dan kemudiannya ia ditekan ke atas reben berdakwat. Proses ini berulang untuk setiap aksara yang hendak dicetak pada baris. Kelajuan biasa pencetak jenis ini adalah dalam julat 25 hingga 100 aksara persaat. Pencetak aksara hentaman adalah peranti output salinan keras (hard copy) yang paling biasa digunakan untuk sistem mikrokomputer peribadi dan perniagaan kecil. Kosnya jauh lebih rendah daripada pencetak baris. Pencetak baris hentaman berkeupayaan mencetak keseluruhan baris pada satu masa dengan menggunakan roda cetak, rantai atau dram bergerak. Pencetak roda cetak terdiri daripada satu siri roda cetak, setiap satunya mengandungi digit dan aksara abjad yang lengkap sebagai tambahan kepada set aksara khas. Apabila mencetak, semua roda cetak diletakkan dengan tepat untuk mewakili data yang hendak dicetak pada satu baris. Ia kemudiannya menghentak secara serentak pada kelajuan 150 baris per minit. Pencetak rantai atau pencetak dram adalah pencetak baris hentaman yang pantas yang biasa digunakan. Semasa rantai (mengandungi lima atau kurang bahagian yang terdiri daripada 48 aksara, setiap satunya mengandungi set aksara yang lebih banyak) atau dram cetak berputar, setiap aksara akan dicetak apabila ia tiba pada kedudukannya. Sehingga 150 aksara.

 Pencetak bintik 9 pin Epson
Pencetak bintik 24 pin TallyT2250.

b. Pencetak Tanpa Hentaman
Pencetak baris tanpa hentaman merupakan sejenis pencetak komputer yang menggunakan kaedah laser, elektrostatik atau kaedah pancutan dakwat an mencetak lebih daripada 18,000 baris per minit.
Sebelum pembangunan pencetak jet dakwat dan pencetak laser, pencetak tanpa hentaman tidak banyak digunakan kerana beberapa sebab:
  • Memerlukan kertas khas yang lebih mahal
  • Output bercetak tidaklah seterang dan sejelas percetakan pencetak hentaman.


GOMO FM