Bila kata membaca sesuatu bahan bacaan, tentulah ada sesuatu yang kita tertarik padanya ... kita ingin ingatkan...kita juga ingin menyampaikannya dan berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain.
1. Ku Petik Kata-Kata ini dari buku Wasiat Imam Ghazali Minhajul Abidin
“ Hai diriku , ucapanmu seperti orang orang yang berzuhud. Tetapi, perbuatanmu
adalah perbuatan orang munafik. Apakah engkau juga mengharapkan surga? Hal
itu jauh sekali bagi dirimu! Syurga
adalah tempat orang-orang lain yang tidak seperti engkau. Para ahli surga
banyak amalanya, tidak seperti amalmu,
wahai diriku!” – Imam Abdullah ibnu Mubarak ( Wasiat Imam Ghazali Minhajul
Abidin -279)
“Sempurnanya iman seseorang itu dengan ilmu. Dan sempurnanya ilmu dengan rasa takut. Belum cukup iman seseorang jika tanpa ilmu. Dan tidak cukup ilmu seseorang jika tidak disertai perasaan takut.”
Syeikh
Sahal – ( Wasiat Imam Ghazali Minhajul Abidin - 283)
Syaikh Yahya bin Mu’adz berdoa; “Ya Allah, jika pahala-Mu
hanya diperuntukkan bagi orang-orang
yang taat, dan rahmat-Mu hanya disediakan untuk orang-orang b erdosa, maka saya
ini termasuk orang yang berdosa, dan saya tetap mengharapkan rahmat-Mu. Berilah
saya rahmat-Mu, ya Allah.”
2. Petikan dari Firman Allah :-
"Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
(Al-A'raaf 7:156) |
Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
(Al-Anbiyaa' 21:90) |
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
(As-Sajdah 32:17)
Kecuali orang yang
bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang
itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan
kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Allah
tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu
apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia
telah melakukan dosa yang besar.
Dan turunlah ayat berikut
Katakanlah (wahai
Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan
segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
(Az-Zumar 39:53) |
Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"
(Az-Zumar 39:16)
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Al-Mu'minuun 23:115)
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
(Al-Qiaamah 75:36)
(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya.
(An-Nisaa' 4:123)
2. Petikan dari Firman Allah :-
"Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
(Al-A'raaf 7:156) |
Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
(Al-Anbiyaa' 21:90) |
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
(As-Sajdah 32:17)
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, Rasulullah saw mengajak Wahsyi
masuk Islam. Maka ia menjawab, “ bagaimana aku dapat masuk Islam, sedangkan dalam
agamamu menerangkan bahwa siapa saya yang membunuh, musyrik, atau berzina, maka
ia akan mendapatkan siksa berlipat ganda. Padahal aku telah mengerjakan semua
itu.”
Kemudian turun ayat berikut
(Al-Furqaan 25:70) |
Wahsyi menjawab; ‘Ini syarat berat yang mungkin aku tidak
mampu melaksanakannya. Adakah selain itu?’
Maka turun ayat berikut
(An-Nisaa' 4:48) |
Kata Wahsyi, “ Sekarang aku menjadi ragu. Dapatkah dosaku
yang banyak itu diampuni?’
Kata Wahsyi, “Inilah yang aku tunggu.” Maka ia pun masuk
Islam.
Bagi mereka (yang kafir disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: "Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!"
(Az-Zumar 39:16)
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Al-Mu'minuun 23:115)
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
(Al-Qiaamah 75:36)
(Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata, dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Sesiapa yang melakukan kejahatan, ia akan dibalas dengan kejahatan itu, dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah - seorang pun yang akan melindunginya, dan tidak ada juga yang dapat menolongnya.
(An-Nisaa' 4:123)
CATATAN KU…
Apa yang aku telah mendengar dan membaca…
Cara mengenali sifat munafik ialah apabila kita mengajak mereka kembali kepada al quran dan
hadis, dia akan halang dan beri pelbagai alasan. Jangan
sembahyang mayatnya dan jangan ziarah
kubur orang yang munafik
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan)
yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan
bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang
ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk
berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar
serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah
diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka
tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu
melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara
diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat
hitungan hisabNya"
Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya
kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang
jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim)
di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa
depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka
bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang
betul (menepati kebenaran).
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau
mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa
kepada Allah supaya kamu berjaya.
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Dalam buku "Seratus Masalah Agama" ( KHM Syafi'i Hadzami ) mukasurat 29 yang saya baca , dalam buku ini saya suka dengan tulisan ini... "Bahawa wajib atas setiap mukallaf beritikad dan memastikan bahawa seluruh geraknya sama ada kebaikan atau kejahatan, adalah terjadi dengan irodat Allah dan TakdirNya serta IlmuNya. Tetapi yang baik adalah bersama keredhaanNya. sedangkan yang jahat, tidaklah dengan redhaNya. Dan ketahuilah bahawa hamba Allah itu mempunyai iradat juz'iyyat dalam perbuatannya yang ikhtiar, di mana dia diberi pahala jika kebaikan dan mendapat siksa jika kejahatan, dan tidak ada baginya suatu udzur untuk melakukan kejahatan, dan bahawa Allah tidaklah berlaku zalim terhadap hamba-bambanya."
Masalah Makanan
1. Bangkai dan darah -
Al Maidah 4
2. Harta anak Yatim - An-Nisa 9
3. Riba -
Al-Imran 130
4. Makanan sesama sendiri -
Al-Baqarah 188
Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Al-Hasy-r 59:7) Dalam buku "Seratus Masalah Agama" ( KHM Syafi'i Hadzami ) mukasurat 29 yang saya baca , dalam buku ini saya suka dengan tulisan ini... "Bahawa wajib atas setiap mukallaf beritikad dan memastikan bahawa seluruh geraknya sama ada kebaikan atau kejahatan, adalah terjadi dengan irodat Allah dan TakdirNya serta IlmuNya. Tetapi yang baik adalah bersama keredhaanNya. sedangkan yang jahat, tidaklah dengan redhaNya. Dan ketahuilah bahawa hamba Allah itu mempunyai iradat juz'iyyat dalam perbuatannya yang ikhtiar, di mana dia diberi pahala jika kebaikan dan mendapat siksa jika kejahatan, dan tidak ada baginya suatu udzur untuk melakukan kejahatan, dan bahawa Allah tidaklah berlaku zalim terhadap hamba-bambanya."
9/7/2015
Bagi mereka yang mahu menerima, cukuplah kiranya keterangan ini. Bagi orang yang ingkar, tidak guna baginya keterangan berpanjang-panjang, walaupun kiranya dibacakan kepadanya Taurat dan Injil.
No comments:
Post a Comment