Mengenali Jenis Aplikasi

MENGENALI JENIS APLIKASI.

Definisi Perisian

            Perisian, program komputer atau software merupakan set arahan elektronik yang mengarahkan sistem komputer untuk beroperasi atau melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki.
Contoh-contoh perisian ialah Microsoft Windows 98, Microsoft Power Point, Adobe Photoshop, Macromedia Director, Netscape Communicator, Corel Photo Paint.

Apakah Perisian  Aplikasi?
            Perisian aplikasi merupakan program yang mengarahkan komputer untuk membuat apa yang kita perlukan. Misalnya ia digunakan untuk memproses perkataan, membentuk pangkalan data, membentuk dokumen yang menarik, membuat carta dan lain-lain lagi.

            Perisian aplikasi merupakan perisian yang selain daripada perisian sistem pengoperasian dan utiliti dan digunakan khas bagi aplikasi-aplikasi yang khusus. Ia juga merujuk kepada perisian-perisian yang sering dijual di serata pelusuk dunia biasanya dalam bentuk cakera padat (CD) ataupun cakera.Berperanan bagi menyokong, mempertingkat keupayaan serta menyelenggara perisian-perisian dan juga perkakasan. Kebanyakan PSP mempunyai perisian utiliti binaan dalam yang boleh digunakan bagi tujuan tertentu. Contoh : anti virus, diagnostik sistem, salinan pendua, keselamatan data, pemadatan fail dan penyusunan cakera.


PEMPROSESAN PERKATAAN.

            Pemprosesan kata sebenarnya berlaku di dalam fikiran manusia.  Manusia menjadikan idea dalam bentuk kata dan menyusun kata – kata tersebut untuk menjadikan ayat. Mesin merekodkan apa yang  diproses oleh fikiran . Pemprosesan perkataan mula digunakan oleh IBM pada tahun1964, melibatkan penggunaan rekod – rekod teks. Papan kekunci digunakan untuk menaipkan maklumat ke dalam komputer, di mana aturcara pemprosesan perkataan  membolehkan teks disimpan, diolah, dipaparkan dan dicetak.

Fungsi  pemprosesan perkataan.
            Kemampuan pemprosesan perkataan bergantung kepada  pakej perisian yang digunakan.Semuanya menjalankan fungsi asas iaitu mamaparkan, menyunting,menformat dan mencetak teks, tetapi dalam pelbagai cara. Dengan pemprosesan perkataan, penulisan menjadi mudah, baik dan lebih menyeronokkan.Pemprosesan  perkataan manarik kerana boleh memasukkan teks, menghapuskan teks dan menukarkan teks dengan mudah tanpa memulakannya sekali lagi. Menguasai sistem pemprosesan perkataan  adalah cara paling cepat untuk menolong pengguna belajar berkomunikasi dengan komputer melalui papan kekunci.Kajian menunjukkan produktiviti menaip bertambah 100% hingga 400%  dengan menggunakan pemprosesan perkataan berbandingan dengan penggunaan mesin taip.

Keperluan pemprosesan perkataan.
Untuk pemprosesan perkataan anda perlukan :-
Komputer (Papan Kekunci).
Monitor untuk skrin paparan.
Pencetak Pencetak matriks bintik, roda daisi dan laser.
Storan. Peranti storan –satu atau dua pemacu  cakera atau cakera keras. Jika satu cakera mengandungi 360K, ia boleh menyimpan sebanyak 180 muka surat.

Persediaan Untuk Menaip.
Antara persedian untuk menuliskan dengan pemprosesan perkataan :-
Merekabentuk dokumen.
Mengenalpasti Pencetak
Mentukan Set Jidar
Menentukan Set Tab.

            Mencipta dokumen untuk pemprosesan perkataan bermaksud menaip sahaja.Sebelum anda menaip, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor penting; mula – mula pilih satu reka  bentuk  untuk dokumen anda dan kemudian tentukan pemprosesan perkataan pemprosesan perkataan anda boleh digunakan untuk reka bentuk tersebut. Di samping itu juga anda harus mengenalpasti pencetak sasaran anda berkemampuan menghasilkan cetakan yang anda reka bentuk itu. Perisian pemprosesan perkataan menggunakan Word perfect menentukan set jidar lalai dengan jidar kiri dan kanan 1 inci serta set  hentian tab  pada setiap setengah inci.

Kemampuan pemprosesan perkataan dalam fungsi penyuntingan.
Penyuntingan atau perubahan ke atas teks adalah mudah dengan menggunakan pemprosesan perkataan. Suntingan yang dapat dilakukan olehnya :-
Menghapuskan teks.
Menyisipkan teks.
Mengalihkan teks
Menyalinkan teks
Menggantikan teks.
Gelitar dan ganti.

Kemampuan pemprosesan perkataan dalam fungsi memformat.
Fungsi menformat ialah pengguna menggayakan teks pada skrin dan kemudian barulah cetakan diperolehi. Antara fungsi memformat ialah :-
Penjajaran Kanan dan Kiri.
Langkauan baris.
Inden perenggan

Kemampuan Pemprosesan Perkataan Dalam Menggayakan Dokumen  Anda.
Beberapa ciri pemprosesan perkataan apabila digunakan dengan betul, boleh memperbaiki rupa bentuk dokumen. Antaranya ialah :-
Taip tebal (bold), Garis bawah(underline), Subskrip dan Superskrip
Saiz aksara dan Penjarakan. Meletakkan tanda sempang

Kemampuan Pemprosesan Perkataan Dalam Penyemakan Ejaan dan Tesaurus.
Aturcara penyemak ejaan dan mengimbas dokumen untuk ralat ejaan dan ralat tipografik. Komputer  hanya boleh menyemak apa yang ada dalam kamus aturcara sahaja.

Sifat – Sifat lain Pemprosesan Perkataan.
Kebanyakan sistem Pemprosesan Perkataan menyediakan berbagai sifat khas untuk memudahkan lagi kerja menaip.
Menomborkan halaman.
Mencantum dan Mengisih . Mencantum satu fail ke fail lain.
Bahasa Makro -  membenarkan anda mengumpukkan kekunci tertentu @ gabungan beberapa kekunci untuk melaksanakan satu siri lengkap perintah.
Arimetik – mempunyai fungsi aritmetik terbina dalam dan keupayaan rumus.

Kesimpulan pemprosesan perkataan merupakan sistem aplikasi yang menerima kata yang ditaip ke dalam komputer dan diproses untuk menghasilkan teks yang tersunting. Ia menyunting -padam, satu aksara atau keseluruhan perenggan. Ia mengandungi Format-Page, perenggan, jenis aksara (font) dan saiz font serta typeface.
Contoh Pemproses Perkataan (seperti Word Perfect, Star Office PW (Profesional Write) dan MS Word)


HAMPARAN KERJA.

ATURCARA HAMPARAN
Peniagaan kecil yang dulunya, tidak mampu memiliki komputer kini  ingin memiliki komputer dengan keupayaan mikrokomputer memperkenalkan perisian  atau aturcara yang dinamakan Visicals(dicipta oleh Dan Brickman pada 1979). Sejak pengenalan aturcara ini maka hampir 1 juta salinan Visicalc telah dijual.



Hamparan Elektronik hingga Perisian Bersepadu.
Sejak aturcara Visicals dan hamparan elektronik lain muncul, komputer 16 bit mula dibangunkan. Komputer ini berkemampuan memberi lebih storan, kelajuan pemproses yang lebih cepat dan peleraian skrin yang lebih baik. Kesemua ini merupakan persediaan ke arah penyepaduan perisian.
Pakej perisian bersepadu beberapa aturcara perniagaan seperti hamparan elektronik,pengurusan pangkalan data dan garfik boleh digabungkan dalam satu pakej.
Lotus 1-2-3 merupakan perisian yang paling sejak diperkenalkan dari tahu 1983. Aturcara  ini mempunyai 3 fungsi asas ia merupakan sebuah aturcara hamparan yang sangat penting, dengan kemampuan pengurusan pangkalan data dan grafik. Oleh kerana ia terkenal, kita akan perhatikan aturcara 1-2-3 semasa kita memerihalkan aturcara secara umum.


Hamparan Elektronik.
Hamparan elektronik juga dinamakan aturcara perancang kewangan dan pnyelakuan hamparan  berguna kepada melakukan penghitungan yang melibatkan angka yang disusun dalam baris dan lajur. Satu hamparan lajur – baris yang besar dikenali sebagai grid dan matriks. Paparan skrin bertindak sebagai kertas dan kursor bertindak sebagai pensel. Persilangan bagi sebarang lajur dan baris yang dinamakan sel, dicam dengan nama lajur – barisnya.


PENGENDALIAN HAMPARAN.
Hamparan elektronik digunakan unutk membina model – model matematik bagi penggunaan perniagaan. Model – model ini ini dilakukan untuk melakukan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Beberapa penggunaannya ialah :-
a. Analisis kos.
b. Belanjawan
c. Unjuran jualan.
d. Perancangan inventori.
e.Pengeluaran.
f. Penyelidikan dan pembangunan.
            Aturcara hamparan biasanya mengandungi tanda lajur dan baris di sepanjang bahagian atas dan tepi sebelah kiri skrin serta maklumat – maklumat lain yang perlu untuk membantu anda bersaling tindak dengan aturcara tersebut. Aturcara ini membolehkan pengguna menghasilkan maklumat dalam bentuk paparan grafik dan juga paparan jadual Cetakan dibuat untuk menyediakan salinan kertas hasil sesuatu hamparan.

MEMBINA HAMPARAN
Terdapat beberapa langkah untuk mencipta hamparan. Apabila menciptanya, jadual  berikut perlu dilakukan:-
a. Masukkan semua data.
b. Cipta dan masukkan semua formula.
c. Salin semua formula ke tempat tertentu di dalam hamparan tersebut.
d. Formatkan hamparan tersebut untuk memberikannya bentuk yang profesional, ia  perlu melebarkan lajur atau memaparkan jumlah ringgit dengan tanda ringgit, koma jika perlu dan titik perpuluhan.

a. Memasukkan data adalah proses dua langkah. pertama, anda menatal penuding sel ke kedudukan sel yang dikehendaki dengan menggunakan kekunci pergerakan kursor. Data yang dimasukkan akan terpapar pada panel kawalan. Setelah menekan kekunci Kembali, Komputer akan  memasukkan data anda ke dalam sel tertentu dan memaparkannya pada panel kawalan.Terdapat 2 jenis data yang boleh dimasukkan  ke dalam sel:-
            a. Nilai (angka).
            b. Label (teks). Perkataan atau frasa boleh digunakan sebagai kepala lajur atau                    baris. Label mesti bermula dengan huruf ‘ ^ ‘ atau tanda petik kembar.
Kebanyakan aturcara hamparan yang mengandungi formula bina dalam yang disebut fungsi yang melakukan pengendalian yang telah ditetapkan;-
            a. Fungsi matematik.
            b. Fungsi logik.
            c. Fungsi statik.

Perintah Salin.
Ciri salin di dalam aturcara hamparan membolehkan pengguna menyalin atau menduakan sesuatu sel, keseluruhan baris atau lajur, ke tempat lain pada sesuatu grid. Misalnya, satu julat sel A10 hingga A50 boleh salin ke tempat B10 hingga B50. Anda juga boleh menduakan sel B! hingga B20 pada lajur E, F dan G. Perintah SALIN boleh digunakan untuk menyalinkan formula dan digunakan dalam proses mencipta formula baru.

Penformatan.
Keupayaan menformat membolehkan pengguna meminda ciri – ciri dan kandungan sel piawai atau yang telah ditetapkan. Terdapat perintah format setempat iaitu terhad unutk satu sel sahaja. dan sejagat yang memberi kesan terhadap seluruh hamparan. Berikut adalah beberapa pilihan performatan:-
            1. Lebar jalur.
            2. Penjajaran.
            3. Ringgit dan sen.
            4. Integer.



Menyimpan Fail Hamparan .
Mereka bentuk dan memasukkan model anda, menformat dan telah memberikan soalan – soalan apa jika. Sebelum anda pulang atau menutup kedai anda  ingin menyimpan semua kerja yang telah dilakukan untuk  digunakan pada masa akan datang. Hamparan anda  sedang berada pada suatu tempat di dalam ingatan komputer iaitu tempat simpanan sementara. Untuk memperolehi salinan tetap bagi hamparan anda, anda perlu menyalin atau  menyimpan fail tersebut di dalam cakera.1-2-3 mempunyai perintah SIMPAN untuk menyimpan seluruh hamparan termasuklah formula dan nilai – nilainya sahaja.


Tatacara lain Hamparan.
Mendapatkan cetakan.
Aturcara hamparan biasanya menawarkan beberapa pilihan cetakan. Biasanya cetakan boleh.
a. Kelihatan serupa seperti pada hamparan yang terpapar.
b. Kelihatan seperti pada hamparan tetapi tidak mempunyai tanda lajur dan baris.
c. Meletakkan setiap nilai sel pada baris berasingan.

Memuatkan fail
Selepas fail disimpan di dalam disket, ia boleh dimuat semula ke dalam komputer dan memprosesnya. Jika anda terlupa nama fail hamparan anda, anda boleh meminta direktori. Direktori adalah satu senarai nama semua fail yang telah disimpan di dalam sekeping cakera.

Memerlukan Bantuan.
Apabila menggunakan aturcara hamparan atau mana –mana pakej perisian, adalah sangat berguna jika terdapat bantuan pembelajaran. Beberapa aturcara hamparan begitu ramah terhadap pengguna  dan menyediakan ciri bantuan bina dalam.1-2-3 menekan F1 untuk mendapat  bantuan tersebut memaparkan maklumat tentang pilihan menu semasa yang ada atau tentang perintah yang sedang anda lakukan.

Templat.
Apabila menggunakan aturcara hamparan. model awal yang mengandungi angka– angka, perkataan dan formula utama mesti dimasukkan. Masa dan usaha diperlukan untuk  menghasilkan hamparan yang boleh digunakan dapat dikurangkan melalui penggunaan templat.Templat adalah hamparan performat yang boleh digunakan semula yang mengandungi maklumat bina dalam.beberapa penggunaan perniagaan boleh menggunakan satu model; penggunaan lain yang lebih besar mungkin memerlukan beberapa model setiap satunya mengongsikan maklumat asas yang sama. Setelah templat dimuatkan ke  dalam aturcara sesuatu hamparan, pengguna hanya perlu memasukkan nilai – nilai yang diperlukan. Dengan cara ini, satu templat boleh digunakan oleh beberapa orang di dalam sesebuah organisasi. Pembina templat boleh mereka bentuk ciri- ciri keselamatan di dalamnya dengan menandakan kawasan lindungan yang tidak boleh dipinda. Ini membuatkan data – data tertentu tidak boleh dicapai oleh seseorang pengguna sesuatu templat. Pengguna boleh juga mengubahsuai templat untuk menyesuaikannya dengan kehendak tertentu penggunaan
Kesimpulannya,Lembaran elektronik/Hamparan kerja adalah perisian aplikasi yang menjalankan kerja penghitungan, memberi satu jadual yang besar(hamparan/lembaran) dalam bentuk lajur dan baris. Nombor-nombor dan data boleh dimasukkan untuk disimpan dan di proses dalam hamparan kerja ini.
Contoh Hamparan kerja /Elektronik ( seperti MS Excel, Lucid, Lotus 1-2-3)



PANGKALAN DATA.

Pangkalan data adalah satu set fail yang berkait secara logik, disusun untuk mempermudahkan capaian oleh satu atau lebih aturcara pergunaan dan untuk meminimumkan lewahan data. Konsep ini tidak bermakna bahawa semua data yang berkaitan dengan perniagaan syarikat mesti terkandung dalam pangkalan data tunggal, tetapi semua rekod dalam pengkalan data sepatutnya ada kaitan dan data lewah perlu diminimumkan.

Penghapusan lewahan hanyalah salah satu sebab untuk mewujudkan satu pangkalan data. Yang lain temasuklah :
Menyatukan fail data yang sedia ada.
Mengongsi data antara semua pengguna.
Memasukkan perubahan dengan mudah dan cepat.
Mempermudahkan penggunaan fail data.
Menurunkan kos menyimpan dan mencapai data.
Memperbaiki kejituan dan keselarasan.
Menyediakan keselamatan data dari penggunaan tanpa sah kuasa.

Sistem pengurusan pangkalan data.
Sebagai tambahan kepada pangkalan data, satu set aturcara perlu untuk memudahkan pengubahsuaian dan dapat semula data yang sedia ada dalam pengkalan data. Set aturcara ini dirujuk sebagai satu sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Rekabentuk satu DBMS melibat 3 perkara penting:-
Keperluan pengguna atau keperluan aturcara penggunaan.
Sistem pemprosesan pangkalan data.
Pangkalan data itu sendiri.

Umumnya pengguna bagi sesuatu sistem pengurusan pangkalan data mencapai pangkalan data melalui bahasa pertanyaan khas atau melalui aturcara penggunaan yang ditulis dalam bahasa paras tinggi seperti COBOL, FOTRAN, atau C. Aturcara penggunaan adalah ditulis dengan cara yang sama seperti  ia mncapai satu fail diskret.Bezanya apabila menggunakan DBMS yang dirujuk sebagai sistem pemprosesan pangkalan data. Sistem pemprosesan pangkalan data bertindak sebagai penghubung antara aturcara pengguna dan pangkalan data itu sendiri. Pada asasnya, sistem pengurusan pangkalan data itu sendiri . Pada asasnya, sistem pemprosesan pangkalan data mengandungi satu siri aturcara yang menterjemahkan permintaan daripada pengguna atau daripada aturcara pengguna ke dalam arahan – arahan yang perlu untuk mencapai, menambah, menukar atau menghapus rekod atau butir data daripada pengkalan data. Jadi, satu aturcara penggunaan hanya perlu masukkan satu suruhan untuk mencapai unsur data yang dikehendaki. Cara sebenar mencari dan mencapai unsur data boleh dilaksanakan dengan aturcara pemprosesan pangkalan data.

Anda mungkin bertanya diri anda, bagaimana DBMS dapat menjejaki semua unsur data yang terlibat?. Jawapan ialah ia  menyelenggara satu kamus data. Kamus data adalah satu tempat simpanan maklumat mengenai pangkalan data-takrifan data dan ciri- ciri seperti penggunaan, perwakilan fizikal, pemilikan, sah kuasaan dan keselamatan. DBMS boleh mencapai kamus data untuk :-
Menentukan jika unsur data sudah wujud sebelum penambahan. Ini mengurang lewahan data.
Menukarkan  pemerihal mengenai satu medan data.
Menetukan perhubungan yang wujud di antara unsur data.
Menentukan perhubungan wujud antara unsur data.
Menentukan  aturcara penggunaan yang mana boleh mencapai unsur data.

Kamus data adalah berguna untuk pengaturcaraan dan juruanalisis sistem:-
Seorang pengaturcaraan boleh menyalin satu takrifan secara langsung daripada kamus data untuk digunakan dalam satu aturcara penggunaan. Ini menjamin kejituan yang lebih seta mengurang kerja pengaturcara.
Sekiranya pemerihal data diubah, kamus data boleh dirujuk untuk menentukan kesemua aturcara penggunaan yang turut terlibat.

DBMS juga meyediakan satu bahasa pertanyaan yang membolehkan pengguna meminta dan menerima maklumat secara langsung daripada sistem pangkalan data. Paras kesukaran ini berbeza bergantung kepada DBMS. Setengah bahasa pertanyaan ini bertatacara dan memerlukan suruhan langkah demi selangkah untuk ditulis, seperti juga bahasa paras tinggi.Bahasa pertanyaan lain menerima perintah yang menyerupai bahasa Inggeris  atau memandu pengguna  dengan satu siri soalan isikan tempat kosong, ataupun memaparkan satu menu pada monitor terminal dari mana pengguna tersebut mesti pilih perintah yang dikehendaki. Bahasa pertanyaan yang dibekalkan bersama – sama pakej pangkalan data mikrokomputer (seperti dBASE III PLUS), boleh dikatakan digunakan setiap kali untuk berinteraksi dengan pangkalan data dan menyediakan bantu terbina dalaman untuk pengguna baru.

Struktur data dalam pangkalan data boleh dilihat dari dua cara yang berbeza, fizikal dan logik. Struktur data fizikal merujuk kepada penyusunan fizikal data pada peranti storan sekunder, biasanya cakera. Kebiasaanya, struktur fizikal ini adalah tergolong dalam urutan pakar yang mereka bentuk DBMS. Juruanalisis, pengaturcara dan pengguna biasanya kurang mngambil tahu struktur fizikal jika dibandingkan dengan sturuktur logikal.

Struktur data logik adalah berkenaan dengan cara data ‘seolah – olah’ akan disusun dan pengertian kaitan unsur – unsur data antara satu sama lain. Struktur atau model ini biasanya ditakrif sebagai skema  satu pandangan yang menyeluruh mengenai hubungan logik antara unsur – unsur data dalam pangkalan data. Ia termasuklah nama bagi unsur utama, atributnya dan hubungan logik di antaranya.

Beberapa struktur data logik digunakan untuk menjelaskan hubungan di antara unsur data individu atau rekod – rekod dalam pangkalan data. Struktur data logik yang sepunya  adalah hieraki, rangkaian dan hubungan. Struktur data hubungan adalah paling popular.

Struktur hieraki dirujuk sebagai struktur pepohon. Data tersimpan menjadi bertambah terperinci apabila mencabang lebih jauh dalam pepohon tersebut. Setiap segmen, atau nod boleh dibahagikan kepada dua atau lebih nod subordinat yang boleh dibahagikan lagi kepada dua atau lebih nod tambahan. Walau bagaimanapun, setiap nod boleh berpunca dari satu ibu.Struktur  pangkalan data hieraki  biasanya digunakan  dalam sistem komputer kerangka utama yang besar.

Struktur rangkaian adalah serupa dengan struktur hieraki kecuali struktur rangkaian satu nod boleh mempunyai lebih daripada satu ibu. Struktur rangkaian digunakan dengan sistem komputer kerangka utama dan sistem minikomputer.

Struktur hubungan menyusun data dalam jadual dua matra. Jadual ini menawarkan banyak kelenturan dan darjah keselamatan data yang tinggi. Ia menggunakan sedikt ingatan atau storan sekunder, secara relatif. Proses mencipta jadual ini adalah lama.
Kesimpulanya, Aplikasi pangkalan Data adalah satu set fail yang disusun secara logik untuk memudahkan capaian data oleh satu aturcara pengguna. Ia juga dikenali DBMS(Database Management System) .
Contoh Pangkalan Data (seperti MS Access, dBASE, SQL server, Oracle,Fevelation)


GRAFIK
GRAFIK PERSEMBAHAN.

            Dalam penerangan kami  tentang  hamparan dan pangkalan data, anda telah melihat cara angka disusun , diolah dan disusun semula. Anda mulakan dengan angka dan mengakhiri dengan angka. Supaya angka – angka ini bermakna, ia perlu dibaca dan diperiksa. Apabila hubungan angka diterjemahkan ke dalam bentuk gambar atau gambarajah, anda boleh lihat perhubungan di antara dua set angka dengan serta merta – memang benar  gambar  itu bernilai seribu kata. Komputer hari ini berkemampuan menghasilkan semua jenis graf dan carta – dalam hitam putih dan warna – dengan menggunakan aturcara grafik. Tambahan pula, bahantara ini tidak terhad lagi kepada kertas. Revolusi tampak sedang mengambil tempat dalam perniagaan di Amerika.Di sini komputer digunakan unutk mencipta tampak seperti overhead dan slaid, daripada konsep hingga penyempurnaannya.



Kebaikan Grafik Persembahan.
Nilai grafik komputer yang penting adalah anda dapat melihat dengan serta- merta perhubungan tampak yang melibatkan beberapa maklumat. Dengan hanya melihat sekali imbas pada graf garis misalnya, anda akan ditunjukkan satu pola atau aliran menurun atau menaik. Biasanya graf garis digunakan apabila masa meruakan unsur bagi sesuatu graf. Graf palang selalunya digunakan untuk menggambarkan perhubungan diskret walaupun masa merupakan unsur bagi sesuatu graf. Carta pai merupakan cara terbaik untuk membandingkan beberapa butiran dan menunjukkan sumbangan relatifnya terhadap semua butiran. Carta – carta lain boleh dibentuk dengan aturcara grafik, antaranya adalah carta Gannt untuk penjadualan projek, carta palang tiga matra dan carta alir. Papan grafik carta – carta ini boleh dilihat  dengan bantuan perisian grafik persembahan. Yang bermutu tinggi seperti Harvard Graphics serta perkakasan output, anda boleh mencipta satu persembahan yang mempunyai semua nilai keindahan seni perdagangan, tetapi harganya tinggi serta penampilannya lambat. Ramai peniaga dan pengguna komputer di rumah mula menyedari bahawa persembahan tampak yang mempamerkan mesej yang jelas dan mudah diingat, boleh memberi kesan kepada pemerhati dengan memuaskan.

Slaid dan Overhead.
Kini terdapat kelengkapan fotografi yang apabila disambung dengan komputer peribadi boleh memindahkan imej grafik dan teks dari skrin ke atas filem. Filem ini kemudiannya boleh dicuci ke dalam slaid warna. Kelengkapan ini khususnya ada dua jenis; jenis kamera dan perakam filem.
Biasanya kamera skrin menyelubungi moniitor komputer dengan tudung yang sama sendat supaya kamera 35mm dihujung tudung tersebut boleh mengambil gambar yang dipapar. Walaupun kadang – kadang mutu slaid warna hasil daripada skrin kamera tidak berapa baik, namun prosesnya cepat dan mudah serta murah harganya. Perakam filem juga menggunakan kamera 35-mm untuk menangkap imej yang dicipta dengan komputer peribadi. Walaubagaimanapun peraam filem memproses imej secara elektronik, tidak hanya dengan mengambil gambar yang terpapar. oleh itu leraian dan pelet warnanya lebih baik daripada yang diberikan oleh paparan komputer. Perakam ini disambungkan dengan komputer melalui port siri atau kad penyesuaian pemalam dan boleh menghasilkan imej yang lebih terperinci daripada yang terhasil pada skrin.
Unutk menarik perhatian hadirin dengan penayangan overhead yang lebih beasr, anda perlu mengambil ouput bercetak lalu meletakkannya ke dalam mesim fotokopi unutk memindahkanimej  dari kertas ke helaian tranparensi atau overhead. Persembahan dengan slaid warna atau overhead bukan sahaja memberikan kesan kos,ia juga boleh melepaskan maklumat yang rumit dan menghidupkan suasana persembahan. Kesimpulanya, Sistem aplikasi jenis grafik membolehkan kita menukar data menjadi rajah dan menyunting grafik. §Cth.
Contoh Grafik (seperti CorelDraw, MsPaint, MS Power Point, Adobe Photoshop)


Persembahan
            Perisian ini akan menghasilkan aplikasi dalam bentuk persembahan. Biasanya ia digunakan untuk mempersembahkan sesuatu hasil kerja, mesyuarat dan juga promosi sesuatu barangan.
Contoh Aplikasi Persembahan (seperti MS Power Point, Authorware, )


PENERBITAN ATAS MEJA.

            Penerbitan  meja  memperihalkan reka bentuk dan ciptaan dokumen yang menyerupai dokumen taip set pada mikrokomputer. Ia adalah lanjutan yang biasa untuk pemprosesan perkataan.oleh sebab ia bermula dengan pemprosesan kata dan  berakhir dengan dokumen atau penerbitan yang berberntk profesional. Sistem penerbitan meja secara keseluruhannya merujuk kepada keseimbangan perkakasan  mikrokomputer dan perisian penggunaan yang mana kedua-duanya menyediakan keupayaan bahan penerbitan yang bermutu profesional kepada pengguna. Surat – surat yang dihasilkan mengandungi teks yang berbeza bentuk, saiz , gaya  dan juga dari segi grafik, tetapi boleh dihasilkan atas meja.

Proses penerbitan.
            Proses penerbitan bermula dengan idea, menterjemah idea kepada kata dan gambar dan merakamkan kata dan gambar tersebut pada bahantara fizikal, biasanya kertas. Semua bahan penerbitan mempunyai perkara yang sama-menyampaikan pemikiran atau idea atas kertas.Reka bentuk yang berbeza – beza menjadikan kefungsian,aestatik dan berirama, menggunakan  berjenis – jenis gaya dan penambahan kecantikan aksara, penghasilan semula grafik yang menawan dan persembahan yang menarik, dalam corak yang paling sesuai  memikat kepada pembaca. Sistem penerbitan meja mempunyai potensi untuk membuat tugas tersebut.Tugasan penerbitan meja adalah seperti berikut;-
Pengarang – menulis bahan yang hendak diterbitkan, ditaip, manuskrip itu dihantar kepada penerbit.
Reka bentuk – Pereka akan membuat keputusan mengenai penggunaan unsur halaman yang betul seperti jidar, peraturan, gaya aksara dan grafik.
Penyuntingan

Kebaikan dan Keburukan Penerbitan atas Meja
            Terdapat beberapa sebab untuk meyokong pertukaran daripada kaedah penerbitan tradisional kepada penerbitan meja. Penerbitan meja, anda mempunyai kawalan yang sepenuhnya. Anda tidak memerlukan khidmat daripada kakitangan bantuan sebagaimana yang diperlukan oleh kaedah penerbitan tradisional. Anda akan membuat keputusan yang pada akhirnya akan mempengaruhi kewibawaan sesuatu dokumen.
            Penerbitan yang menggunakan penerbitan meja boleh membuat tindakan”apa-jika” ke atas rekabentuknya. Aksara dan gambarajah boleh diubah, disaizkan, dijajarkan dan dicondongkan dalam sekejap masa. Halaman boleh dicetak dengan cepat dan dibandingkan dengan halaman yang telah diciptakan sebelumnya. Dalam masa yang singkat, banyak variasi boleh dinilai untuk mendapat kesan menyeluruh.
            Penerbitan meja mempunyai keberkesanan kos. Selalunya tidak memerlukan untuk mengambil  pakar- pakar luar seperti penyunting, penaip set atau jurucetak.
Sebab terakhir untuk menukarkan kepada sistem  penerbitan meja  adalah pada amnya ia menjimatkan masa. Pakar dalam bidang ini telah mengira masa pusing balik yang diambil  oleh penerbit penerbitan meja adalah kurang daripada 50% dari masa biasa.
Penerbitan meja juga mempunyai keburukannya iaitu:-
1.  Kawalan sepenuhnya yang disediakan oleh penerbitan dalaman, mestilah sepatutnya disertai dengan pertambahan tanggungjawab. Penerbit penerbitan meja mestilah bertanggungjawab mencipta, menyunting dan memasukkan salinan, untuk memilih dan menyatukan imej grafik, untuk spesifikasi reka bentuk, dan akhir sekali untuk mencetak hasil akhir- memang tugas yang sukar walaupun seorang itu cukup terlatih dan cekap.

2. Kos  permulaan sistem penerbitan meja yang baik mungkin menjadi halangan kepada perniagaan yang kecil, pengguna sekali  -sekala atau kepada seorang sebagai hobi sahaja. Seseorang boleh membelanjakan antara US$ 10,000 sehingga US$ untuk satu sistem yang lengkap.

3. Mesin penaip set boleh  mengeluarkan hasil yang baik, terutamanya kerana ia boleh menggunakan resolusi aksara dan grafik yang lebih tinggi daripada sistem penerbitan meja. Biasanya, kejelasan sesuatu dokumen diukur dengan jumlah bintik yang dihasilkan dalam satu inci persegi bagi output bercetak. lebih banyak bintik seinci, manakala sistem penerbitan meja yang terkini hanya mampu menghasilkan 2000 bintik seinci, manakala

4. Kakitangan penerbitan adalah profesional yang terlatih. Mereka tahu bagaimana hendak berkomunikasi dengan pengarang dan tahu semua selok – belok penerbitan. Individu yang memulakan dengan sistem penerbitan atas meja tidak boleh diharapkan untuk menghasilkan dokumen yang berbentuk profesional seperti yang dapat dilakukan oleh penaip set. satu kesukaran adalah reka bentuk. asas reka bentuk tidak sukar untuk dipelajari. Walaubagaimanapun menggunakannya bukanlah mudah. hanya setelah mempelajari reka bentuk dan melakukan latihan yang banyak barulah penerbitan meja dijangka dapat menghasilkan dokumen yang setanding dengan  penaip set.

            Sistem penerbitan meja bukan direka  bentuk untuk penerbitan yang berjumlah besar. kos satu muka surat yang dicetak oleh pencetak laser iaitu asas sistem penerbitan meja, adalah terlalu tinggi. oleh itu, penerbitan mencetak dan menjilid mestilah dibuat dengan cara lain. Biasanya, penerbit penerbitan meja menggunakan pencetak laser untuk menghasilkan salinan salinan ‘camera ready” yang akan dibawa kepada pencetak untuk dicetak dan dijilid. Pastilah cara ini ini menambah kos dan membuang masa.


Sistem penerbitan atas meja.
            Setiap sistem penerbitan atas meja terdiri daripada perkakasan komputer dan perisian. Kos butiran tersebut berbeza antara satu sistem dengan sistem yang lain. Umumnya lebih banyak wang dibelanjakan ke atas perkakassan dan perisisan, lebih laju sistem tersebut beroperasi dan lebih banyak sifat dipunyai. Cuba pertimbangkan keperluan keperluan perkakasan dahulu.

Keperluan perkakasan .
            Pada tahu 1980, penerbitan atas meja hanyalah satu impian. Halangan utama ialah kemampuan  memberi perkakasan komputer yang boleh menghasilkan dokumen berkualiti dengan cepat dan murah. Apabila syarikat seperti Apple Computer, Hawlett Packard dan IBM mula meghasilkan komputer, pencetak,pengimbas optik yang mampu dibeli dan berkeupayaan untuk pengolahan teks dan grafik pada kelajuan tinggi, penerbitan atas meja  menjadi satu kenyataan. Sebenarnya permulaan penerbitan atas meja mula dikesan sejak kebolehdapatan pencetak laser Apple dan komputer Apple dan komputer Apple Macintosh.

            Sistem komputer seperti IBM PS/2 dan Macintosh, dan Compaq bersama dengan perisian yang sesuai berkeupayaan menghasilkan penerbitan yang rapi dan teliti. Sistem ini boleh mengolah teks, mengira panjang dan lebar halaman, mencipta dan mensaizkan grafik dengan kelajuan yang tinggi. Keperluan storan boleh menjadi sangat besar apabila seseorang mempertimbangkan satu halaman teks yang mengandngi aksara dan grafik memerlukan storan sebesar satu megabait. Mikro komputer yang dikhaskan untuk penerbitan meja mesti mempunyai ingatan yang banyak atau capaian rawak (RAM). angka minima adalah lima megabait.

Pencetak laser.
Pencetak laser mestilah mempunyai mikroproses terbina dalam, keupayaan storan yang besar (sekurang – kurang 3 megabait), beberapa  muka taip taip 9 sekumpulan aksara, setiap satu mempunyai reka bentuk unik, gaya dan saiz yang banyak) terbina dalam dan aturcara kawalan yang bertindak sebagai antara muka di antaranya dengan komputer.

Aturcara kawalan.
Aturcara kawalan pada amnya disimpan dalam cip Rom pencetak dan berkeupayaan untuk menterjemah kod cetak angka diletakkan atas dokumen anda oleh perisian. Aturcara  kawalan yang banyak digunakan dirujuk sebagai bahasa perihal halaman. Bahasa perihalan halaman menggunakan algoritma matematik untuk menghasilkan garisan dan lengkuk yang mana membentuk fon. Oleh kerana garisan dan lengkuk yang sebenarnya memberi rangka kepada fon, fon janaan bahasa perihal halaman disebut sebagai rangka fon. Posskrip yang dihasilkan oleh Adobe inc. ialah satu  contoh aturcara kawalan pencetak laser yang paling popular yang bertindak sebagai satu bahasa perihal halaman. Selain  daripada kebolehan menghasilkan fon, bahasa perihalan dalaman sangat popular kerana ia tidak  bergantung kepada  mesin. Iaitu anda boleh menyediakan fail posskrip, dan mencetaknya pada mana – mana pencetak laser atau penaip set yang berupaya mencetak fail yang terdiri daripada fon janaan posskrip. Ciri ini menawarkan lebih kelenturan apabila mencetak kepada penerbit penerbitan meja.
            Kebanyakan pencetak laser yang popular, seperti pencetak Laser Hawlett    Packard menggunakan bahasa perintah pencetak(PCL) sebagai aturcara kawalan. pencetak yang dikawal oleh PCL boleh menghasilkan aksara yang dibentuk oleh bintik- bintik yang disusun tepat dalam corak tetap yang memaparkan gaya dan saiz fon tertentu. susunan ini disebut peta bit. imej yang dihasilkan oleh peta bit tidak boleh  dioleh oleh rangka fon. Oleh kerana ingatan ingatan pencetak diperbaharui setiap kali ia dipasang, fon mestilah dimuat bawah, atau dipindah daripada ingatan  komputer kepada ingatan pencetak, sebelum dicetak.

Tetikus
            Peranti perkakasan tambahan yang diperlukan oleh penerbit penerbitan meja yang serius adalah tetikus. Ia merupakan peranti petunjuk yang direka bentuk untuk melajukan input dan menyunting teks dan grafik. Penerbit penerbitan meja mestilah mempunyai pengimbas optik. pengimbas optik boleh membaca teks  dan grafik daripada sumber – sumber yang telah diterbitkan dan menukarkan data tersebut kepada bentuk yang disimpan dalam fail untuk diproses kemudian. Peranti ini boleh sangat berguna tetapi penerbit penerbitan meja mestilah tidak melanggar undang – undang hakcipta.

Keperluan perisisan.
Penerbit penerbitan meja mempunyai pemproses kata untuk menghasilkan isi  teks dalam satu penerbitan. Pemproses  kata adalah contoh perisian  yang direka bentuk untuk pengolahan teks di dalam ingatan mikrokomputer. Terdapat 2 jenis pemproses kata– satu jenis yang meletakkan kod – kod yang diformatkan khas di dalam teks untuk diterjemahkan semasa pencetakan dan jenis kedua yang memaparkan pada satu skrin output yang sama seperti yang akan dicetak. Perisian yang khaskan untuk mereka bentuk dan bentangan salinan - salinan disebut perisian gubahan. Pemprosesan kata adalah yang mula – mula menggunakan perisian gubahan halaman. Perisian gubahan halaman direka bentuk pengolahan teks dan grafik yang telah dicipta dan disimpan terlebih dahulu untuk menghasilkan output cetakan berkualiti tinggi. Perisian gubahan halaman boleh dibahagikan kepada dua jenis, berorentasikan kod dan “apa dilihat itu diperolehi”(WYSIWYG).Kod yang direka bentuk halaman dimasukkan dalam dokumen yang dihasilkan oleh perisian gubahan halaman berorientasikan kod. Apabila  melihat dokumen tersebut seseorang dijangka melihat aksara – aksara yang tidak menarik pada paparan komputer. Walaubagaimanapun, jika direka dengan teliti, biasanya akan mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi.Dokumen yang bermutu tinggi  adalah biasa bagi perisian gubahan halaman berorientasikan kod kerana terdapatnya pilihan – pilihan penaip set dalam perisian tersebut. Akibat daripada banyaknya pilihan gubahan  halaman berorientasikan kod, satu tahap kemahiran penaip set tertentu mesti ada pada pengguna. Seseorang yang tidak berpengalaman akan merasakan perisian gubahan halaman berorientasikan kod bukanlah mudah dipelajari. Walaubagaimanapun, setelah mempelajarinya, kebolehannya adalah setimpal dengan masa yang telah digunakan oleh pengguna.
            Perisian gubahan halam WYSIWYG biasanya lebih ramah pengguna. ini adalah kerana skrin paparan menunjukkan apa yang akan dicetak . Sifat ini memberi munasabah kepada keperluan storan tambahan yang diperlukan oleh perisian gubahan halaman WYSIWYG.
            Contoh perisian gubahan yang popular untuk “apa dilihat itu diperolehi termasuklah Page Maker (hasilan Aldus corporation) dan Ventura Publisher.
Kedua – dua pakej ini mempunyai mikropemproses 80286,80386 dan 80486. Kedua – dua merupakan pacuan menu dan ramah pengguna tetapi yang paling penting ialah skrinnya memaparkan dokumen pada halaman bercetak.
            Sebagai tambahan kepada  perisian gubahan halaman, pencetak – pencetak laser mempunyai aturcara kawalan. jenis aturcara ini mungkin berbeza – beza bergantung kepada pengeluarnya. Aturcara  kawalan pencetak yang berkuasa disebut bahasa perihalan halaman. Bahasa ini direka bentuk unutk membaca kod bentangan cetakan yang diletakkan pada salinan anda oleh perisian gubahan halaman . Setelah membaca dan  menterjemahkan kod – kod ini, mikropemproses bagi pencetak laser akan menukarkannya kepada salinan yang dikehendaki. Kini, Posskrip adalah bahasa perihalan halaman paling popular. Tiada penerbit penerbitan meja yang boleh berfungsi tanpa menggunakan pencetak laser yang mempunyai Posskrip.
            Perisian pemprosesan kata terkini menawarkan kepada pengguna banyak keupayaan yang dahulunya hanya didapati dalam perisian penerbitan meja. Sebagai contoh, seseorang boleh menukarkan fon dan mengimpot grafik dengan menggunakan pakej  pemprosesan kata WordPerfect versi terbaru. Pemprosesan kata yang mahir bekerja bersama pakej pemprosesan kata yang baik seperti Word Perfect boleh membuat keputusan yang sama tanpa menggunakan perisian penerbitan meja. Seorang tidak berpengalaman lebih baik ia terus menggunakan perisian penerbitan meja jika akhirnya mereka akan mencipta bentangan halaman yang sukar.
Proses  Penerbitan Meja.
            Proses penerbitan meja adalah bersangkutan dengan reka bentuk dan penciptaan penerbitan yang akan dicetak dengan pencetak laser.Setiap  tatacara yang terlibat dalam proses  ini adalah :-
1. Menganalis projek.
2. Menyediakan teks.
3. Mencipta dan Menggunakan grafik.
4. Membentang halaman untuk penerbitan.
5.Meletakkan  grafik.
6.Meletakkan teks
7.Meletakkan dokumen.

Menganalisis Projek.
            Apabila menganalisis projek, anda mesti tentukan pembaca sasaran, gaya penulisan, tajuk, penerbitan dan sistem komputer.Dokumen yang berkesan direka bentuk dengan mengambil kira pembaca.Terdapat 3 jenis pembaca iaitu :-
a.         Pembaca yang membaca apa sahaja yang dicetak pada sesuatu halaman kerana       minat pada tajuk tersebut.
b.         Pembaca yang membaca sekali imbas pada sesuatu halaman kerana hndak   mencari sesuatu tajuk tersebut.
c.         Bukan pembaca.
            Pembaca boleh menetukan reka bentuk yang sesuai. Contohnya, juruteknikal memerlukan sedikit sahaja grafik berbanding di sekolah tinggi  lebih banyak grafik.Pembaca sasaran mempunyai keputusan mengenai gaya penulisan yang akan digunakan untuk  mencipta dokumen. Anda mesti mengatahui keupayaan dan batasan sistem penerbitan meja sebelum anda menghabiskan masa mereka bentuk suatu terbitan tetapi pencetak tidak dapat menghasilkannya.




Menyediakan Teks.
            Pakej pemprosesan kata tradisional boleh digunakan untuk memasukkan bahagian– bahagian teks daripada dokumen anda. Kebanyakan dokumen terdiri daripada teks, adalah penting untuk penerbit penerbitan mja menyediakan teks dengan teliti.

Kategori Teks.
Teks terdiri daripada taip dengan reka bentuk, gaya dan saiz yang berbeza. Taip ini dipecahkan kepada  bahagian yang ddikategorikan mengikut ciri – ciri rekaa bentuk yang berbeza. Bahagian taip yang disukai oleh pencetak adalah roman, san serif, serif segiempat, skrip dan khas.

Bahagian dan muka taip.
Muka taip bahagian roman dikategorikan mengikut ketebalan dan nipisnya garisan menegak dan mendatar. muka taip roman ini juga mengandungi serif atau garisan palang yang diletakkan pada atas atau bawah sesuatu aksara. Serif roman ini akan perlahan-lahan ternbentuk menjadi aksara dan bukan kelihatan yang ia melekat kepadanya. dalam bahagian ini terdapat banyak keluarga muka taip yang popular termasuklah Times, Palatino, Schoolbook dan Bookman. Bahagian san serif termasuklah keluarga muka taip avant garde dan helvetica yang dikategorikan oleh keluarga muka taip yang direka bentuk tanpa serif. Jenis san serif mudah dikenalpasti kerana ketiadaan palang pangkah roman serif.

Fon.
            Fon mempunyai semua aksara muka tai, gaya dan saiz tertentu.  Fon diukur  dalam titik dan pika terdapat 72 titik seinci dan 6 pika seinci. Saiz titik biasanya diukur daripada atas huruf yang tertinggi bagi sesuatu fon, disebut tangkai atas dan kebahagian bawah huruf terendah disebut tangkai bawah.Gaya fon adalah variasi daripada muka taip yang saiz.variasi yang berbeza bagi setiap fon menambah keberkesanannya. Variasi paling popular yang dimasukkan dalam kebanyakkan keluarga muka taip adalah italik. italik biasanya digunakan untuk menekankan kata atau frasa, tetapi jarang digunakan untuk fon utama utama penerbitan kerana ia sukar dibaca.

Penjarakan.
            Kaedah yang digunakan oleh pencetak oleh pencetak laser untuk mengawal penjarakan antara aksara untk muka taip tertentu bergantung kepada ciri – ciri penjarakan yang dibina dalam reka bentuk fon. Setengah fon direka bentuk dengan satu jarak dan sesetengahnya dengan jarak yang sama untuk setiap aksara di dalam semua fon .Dengan jarak yang seimbang, penjarakan antara aksara yang dicetak bergantung kepada saiz aksara tersebut. Oleh itu, lebih banyak banyak maklumat boleh dicetak di dalam ruang diberi,tanpa menyukarkan pembacaan. Tambahan pula jarak antara huruf tersebut untuk fon yang tertentu boleh diaturkan semula untuk memuatkan aksara tersebut. Proses ini disebut pengkernaan.Penjarakan yang menegak antara baris disebut leading. Leading adalah jarak yang diukur dalam titik, daripada pangkal aksara atas baris kepada pangkal aksara di bawah baris. Oleh itu, fon yang digunakan akan memberi kesan kepada leading dokumen.

Mencipta dan Menggunakan Grafik.
            Grafik boleh menghidupkan teks dan menyebabkan ia lebih mudah difahami. terdapat 2 jenis grafik, taip paparan dan kerja seni.Taip paparan adalah aksara – aksara yang telah diubah oleh perisian graik atau perisian gubahan halaman. Unsur – unsur halaman yang bukan tipografik adalah kerja seni. Kerja seni mungkin maha dan memerlukan kemahiran yang khususnya untuk dihasilkan.

Membentang halaman.
Seni meletakkan teks dan grafik atas halaman disebut bentangan halaman bergantung kepada atribut halaman dan mentakrif rupanya. Rupa bergantung kepada  grid. grid ini termasuk panduan atau garisan bukan cetakan yang didapati daripada atribut halaman seperti halaman, jidar, lajur dan saiz aksara dan juga pelangkauan baris, ruang kosong, dan penjarakan teks. Panduan ini digunakan untuk menjajarkan teks dan grafik dan kemudian akan diletakkan pada halaman. Perisian gubahan halaman mempunyai sifat– sifat yang membolehkan anda meletakkan halaman induk. sifat sifat begini disebut penggreekkan.Penggreekan adalah proses menukarkan teks ke pemegang peletak untuk teks. Satu bentangan grid boleh memberi kesan kepada setiap halaman sebelah kiri di dalam dokumen dan bentangan grid yang berlainan boleh memberi kesan kepada sebelah kanan setiap muka surat di dalam dokumen. Bentangan grid yang sama bagi setiap muka surat di sebelah kiri atau kanan dokumen digunakan untuk membentang Halaman Induk. Perisian  gubahan halaman membenarkan anda mencipta bentangan grid Halaman Induk serta bentangan grid yang berkemungkinan unik untuk satu muka surat tertentu di dalam dokumen.


Meletakkan Grafik
Setelah bentangan halaman induk dan reka bentuk selesai, ianya boleh diisi dengan grafik dan diikuti dengan teks. Grafik boleh diimpot sama ada ke dalam bentangan halaman anda atau dicipta terus pada halaman dengan bantuan perisian gubahan halaman. Setelah dimasukkan, grafik boleh dikecilkan atau digerakkan jika perlu.

Meletakkan teks.
Perisian gubahan halaman membenarkan anda mengimpot teks yang dicipta oleh pemproses kata atau mencipta terus ke atas muka surat. Teks yang diimpot akan mengalir atau isi ke dalam lajur muka surat sehingga penuh. Jika terdapat lebih banyak teks, anda mestilah memberitahu perisian gubahan halaman untuk terus mengisi lajur seterusnya. Proses ini boleh mengambil masa yang lama jika sesuatu dokumen itu panjang.

Mencetak dokumen.
Pencetak laser boleh mencetak dokumen anda. Skrin paparan boleh memaparkan fon yang tidak boleh dipaparkan oleh pencetak laser. Jika pencetak mempunyai perisian halaman seperti Posskrip, lebih banyak atribut bentangan dan keluarga fon boleh  didapati. Oleh itu,  dokumen yang lebih bermutu dihasilkan.



Masa Depan Penerbitan Meja.
Pada masa kita mengharapkan penerbitan meja yang  boleh menghasilkan dokumen yang bermutu dan pada kadar yang lebih pantas.Teknologi yang bermutu menghasilkan sistem komputer yang berkeupayaaan untuk membekalkan lebih kelajuan dan ingatan, seterusnya membolehkan pengolahan dokumen pada bila – bila masa dan pada kadar yang pantas. Pencetak – pencetak akan mempunyai storan yang besar dan lebih mudah diaturcara. Akhir sekali, perisian gubahan halaman boleh didapati pada semua pencetak laser, menawarkan lebih banyak pilihan, lebih mudah dipelajari dan paling baik adalah ia menjadi lebih murah.

Kesimpulannya, Penerbitan Atas Meja membolehkan pengguna menambah gambar dan grafik atau menyerlah teks dengan ciri format khas.Ianya untuk memudahkan penghasilan risalah, bahan edaran dan dokumen.
Contoh Penerbitan atas meja  (seperti Desktop Publisher, PageMaker QuarkXPress dan Venture)

PENGANALISIS DATA  DAN UTILITI
Utiliti adalah aturcara yang membolehkan pengendalian asas komputer seperti Scandisk Defrag , buka fail, tutup fail, rename, save , scandisk, refresh dan lain-lain lagi.
Contoh Utiliti (seperti perisian antivirus, Menyahfragmentasi Disk, Screen Saver)
 

 PerisianUtiliti
Perisian ini digunakan untuk mengurus komputer, peranti-perantinya atau program.
Program utiliti yang popular melakukan fungsi-fungsi berikut melihat fail (viewing files):
memampat fail, mendiagnos fail, scandisk, menyah fragmentasi disk dan lain-lain lagi.
Contohnya :
Perisian antivirus, Menyahfragmentasi Disk, Screen Saver


No comments:

Post a Comment

GOMO FM