Perisian Komputer

PERISIAN KOMPUTER

Perisian komputer terdiri daripada program-program yang membolehkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas tertentu.

Jenis- jenis Perisian.

Perisian boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisian penggunaan.
  • Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.
  • Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.
  • Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.

Pengaturcaraan

Mengarang set arahan atau perintah yang kemudiannya boleh diterjemah dan dilaksanakan oleh komputer (atau mana-mana mesin elektronik). Biasanya kemahiran mengaturcara memerlukan pemikiran logik dan kebolehan mentaakul.
Dalam kejuruteraan perisian, pengaturcaraan dianggap sebagai satu tahap dalam proses pembangunan perisian.
  • Perisian pengendalian
Rencana utama: Sistem pengendalian
  • Perisian pengaturcaraan
·         Perisian pengaturcaraan
·         Pengkompil
·         Pentafsir
·         Pemproses kata
  • Perisian aplikasi
·         Perisian Hamparan Kerja (Spreadsheet)
·         Perisian Pengkalan Data (Database)
·         Perisian Persembahan (Presentation Software)
·         Perisian Utiliti (Utility)
·         Perisian Anti-Virus
·         Perisian Lukisan (Drawing)
·         Perisian Perakaunan (Accounting)
·         Perisian Multimedia
·         Perisian Internet
·         Perisian Tugas Khas (Special Purpose Software)
Dalam bidang sains komputer, Sistem Pengendalian (Operating System) ialah sistem perisian yang bertanggungjawab mengawal serta mengurus perkakasan komputer, pengoperasian sistem yang asas, dan juga melancarkan perisian komputer seperti perisian pemproses perkataan, dan pelayar web.

Pengenalan

Secara am, istilah ini sering digunakan untuk merujuk keseluruhan perisian yang dipakejkan dengan komputer baru, sebelum perisian tambahan dipasang (install).
Sistem pengendalian memastikan [aplikasi/program/perisian] lain berupaya mengguna memori, perkakasan/peranti input-output, dan mempunyai capaian (access) terhadap sistem fail (file system). Sekiranya lebih daripada satu aplikasi dijalankan (run), sistem pengendalian menjadualkan supaya setiap proses aplikasi mempunyai masa proses yang mencukupi dan tidak bertelingkah dengan proses masing-masing.
Sehingga awal tahun 2004, sistem pengendalian terkenal yang tersebar luas penggunaannya dalam Komputer Peribadi, telah bergabung kepada 2 keluarga sistem pengendalian: Keluarga Microsoft Windows, dan Keluarga ala-Unix (ini termasuk pelbagai definisi Unix yang berbeza, Linux dan Mac OS X).
Unix diguna secara meluas di institusi akademik dan sebagai aplikasi sokongan (back-end implementation), manakala Windows lebih laris digunakan di kalangan Pengguna biasa (home user), selain daripada perniagaan untuk kegunaan muka (front-end). Sebagai Pelanggan, Windows jauh lebih luas penggunaannya, dan ini meletak pasaran saham Microsoft dalam peratusan 90-98%. Linux merupakan sistem pengendalian yang lebih banyak diguna sebagai Pelayan Web (Web Server), dan sekarang sudah mula diguna di rumah serta persekitaran Perniagaan. Disebabkan ia percuma, sistem Pengoperasi ini mula mendapat tempat di sebahagian syarikat. Mac OS X (yang mengguna sistem Unix), serta warisan awalnya, lebih laris di kalangan pengguna biasa dan dalam bidang multimedia.
Komputer kerangka utama dan komputer terbenam, mengguna pelbagai bentuk sistem pengendalian yang kebanyakan tiada talian dengan keluarga Windows atau Unix.

Contoh sistem pengendalian

  • Unix - Solaris, AIX, HP-UX, SCO
  • Mac OS
  • DOS
  • Windows
  • Linux - Debian, Redhat, Mandrake (Mandriva), Slackware, Gentoo, Suse
  • BeOS
  • OS/2

Pengkompil


Pengkompil kalau diterjemahkan terus ke Bahasa Melayu bermaksud penyusun. Sesuai dengan maksudnya, ia digunakan untuk menterjemah bahasa pengaturcaraan tahap tinggi kepada bahasa pengaturcaraan tahap rendah di mana kod sumbernya telah tersusun atau terhimpun. Berbeza dengan pentafsir yang melakukan terus setiap arahan yang diterimanya dalam masa perjalanan.

Pentafsir

Pentafsir mungkin merujuk kepada:
  • Jurubahasa, orang yang mentafsir satu bahasa kepada satu bahasa yang lain.
  • Ahli tafsir, orang yang menerang atau menjelaskan sesuatu karya.
  • Pentafsir (pengkomputeran), program komputer yang menjalankan program lain yang tak-terlaksanakan secara terus.

Pemproses kata

Pemproses kata merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang, meformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemproses kata merupakan applikasi terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.
Sesuatu pemproses kata juga ada dalam bentuk unit komputer bersendirian yang serupa kepada mesin taip, cuma lazimnya termasuk kecanggihan teknologi seperti skrin, pilihan pemformatan dan pencetakan canggih, serta kebolehan menyimpan dokumen dalam kad memori atau disket. Pemproses kata kebanyakannya membolehkan penggunanya memilih antara penaipan biasa dan penukaran mod-mod pemprosesan kata. Pemproses kata sedemikian ini tidak harus dikelirukan dengan mesin taip elektrik.
Pemproses kata merupakan keturunan dari alatan pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatan justifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya). Pemprosesan kata adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.
Walaupun pemproses kata awal menggunakan tokokan berasakan tag (tag-based markup) bagi pemformatan dokumen, kebanyakan pemproses kata terkini mempunyai kelebihan antara muka pengguna bergrafik (graphical user interface atau GUI). Kebanyakannya adalah sistem-sistem berkuasa yang terdiri daripada satu atau lebih program yang boleh menghasilkan mana-mana kombinasi sebarangan imej, grafik dan teks, yang mana teks dikendali dengan kebolehan type-setting.
Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan kata komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan set Office. Selain itu, terdapat juga aplikasi pemprosesan kata komersial yang lain, seperti WordPerfect. Aplikasi sumber terbuka seperti OpenOffice Writer dan KWord turut makin popular.

Perisian Hamparan Kerja

Microsoft Excel merupakan salah satu aplikasi yang disatukan (integrated package) daripada empat aplikasi utama yang terkandung di dalam Microsoft Office. Ia merupakan aplikasi helaian kerja (spreadsheet) yang keutamaannya ialah untuk melakukan kerja-kerja pengiraan, penyediaan carta dan fungsi-fungsi pangkalan data. Sebagai satu aplikasi yang disatukan, data boleh dikongsi diantara aplikasi dengan mudah. Spreadsheet ialah aplikasi komputer yang memaparkan berkotak2 maklumat, sama ada teks atau nombor, contohnya maklumat kewangan. Spreadsheet juga selalunya mengandungi formula yang membolehkan kiraan dilakukan untuk mendapatkan nilai-nilai tertentu dari nilai sedia ada, contohnya jumlah suatu lajur, yang dikira dengan menjumlahkan nilai2 di atasnya.

No comments:

Post a Comment

GOMO FM