RANGKAIAN-RANGKAIAN INTERNET
1. PENGENALAN
Kaedah
penghantaran maklumat seperti surat, televisyen, radio, buku dan surat khabar
tidak berubah sejak dari dulu. Bagaimanapun, sistem komunikasi data iaitu komputer menghantar data melalui talian
komunikasi seperti talian atau kabel telefon telah berkembang sejak 1960an.
Di awal
pengkomputan, pemprosesan data terpusat telah meletakkan pemprosesan,
perkakasan dan perisian di satu lokasi. Pada masa yang sama pengeluar komputer
membina komputer kegunaan umum yang besar supaya semua jabatan dalam organisasi
mendapat perkhidmatan yang sepatutnya. Bagaimanapun, pemusatan total begini
tidak sesuai lagi kerana semua data input mesti dibawa ke pusat pemprosesan dan
hasil pemprosesan perlu dihantar secara fizikal kepada pengguna.
Langkah
seterusnya ialah mengunakan sistem telepemprosesan
iaitu terminal dihubungkan ke komputer melalui talian komunikasi.Sistem
ini membenarkan pengguna mencapai komputer pusat dari jauh sama ada dari
bangunan atau negeri yang berbeza. Walaupun cara capaian tidak lagi terpusat,
pemprosesannya masih dilakukan oleh komputer pusat.
Pada tahun
1970an, perniagaan telah mula menggunakan mini komputer, yang biasanya
diletakkan jauh dari komputer pusat, pemprosesannya masih dilakukan tidak lagi
berpusat kerana sistem komputer yang kecil boleh melakukan pemprosesan sendiri
disamping membuat capaian dari komputer pusat. Kaedah ini dikenali sebagai pemprosesan data teragih. Ia berbeza
dari telepemprosesan kerana selain boleh membuat capaian dari jauh, ia juga
melakukan pemprosesan dari jauh. Contohnya, perniagaan yang mempunyai banyak
cawangan. Keseluruhan gambaran pemprosesan data teragih telah bertukar dengan
kehadiran rangkaian komputer peribadi.
Rangkaian
di sini dimaksudkan dengan perhubungan dua
atau lebih sistem komputer dengan menggunakan peralatan komunikasi seperti Rajah 1. Sistem pemprosesan data teragih
ialah satu rangkaian.

2. KONSEP ASAS RANGKAIAN
Terdapat
pelbagai jenis rangkaian komputer yang biasanya diketogorikan mengikut
geografi. Jenis jenis rangkaian termasuk rangkaian kawasan setempat (LAN) atau Local
Area Network. Rangkaian kawasan
Metropolitan (MAN) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN) atau Wide Area Network. WAN ialah rangkaian
Yang meliputi geografi yang jauhnya melebihi 10 kilometer antara komputer dan
terminal. Contohnya, komputer peribadi boleh menghantar data ke komputer
kerangka utama. Komputer kerangka utama menjadi komputer hos. Sekiranya komputer peribadi digunakan sebagai
terminal, perisian menghantar fail membenarkan pengguna memuat turun fail data
daripada komputer hos atau memuat naik ke komputer hos.
MAN ialah rangkaian data untuk memberikan
perkhidmatan pada satu kawasan seperti di bandar besar. Ia biasanya
dilaksanakan dengan pemasangan gentian optik melalui saluran bawah tanah.
Contoh yang biasa adalah sistem telefon selular yang bertujuan untuk
mengelakkan caj bayaran telefon jarak jauh.
LAN ialah koleksi
komputer peribadi yang berkongsi perkakasan, perisian dan data. Secara ringkas, LAN
menggabungkan beberapa pengguna komputer peribadi melalui media perhubungan
untuk berkongsi sumber. Ia meliputi kawasan yang agak kecil ber berbanding WAN
iaitu kurang daripada 1 kilometer. Misalnya, dalam satu bangunan perniagaan atau sekumpulan bangunan
yang berdekatan. LAN tidak menggunakan
rangkaian telefon. Dalam kebanyakan LAN, nod-nod dihubungkan dengan
kebal rangkaian seperti pasangan wayar
terpusing, kabel sepaksi, atau kabel gentian optik ( yang banyak
diguna kerana cepat walaupun mahal ). Terdapat juga, rangkaian tanpa wayar,
yang menggunakan gelombang infra merah atau radio, tetapi jarak penghantarannya
agak pendek dan lambat. LAN yang pertama menggunakan kabel sepaksi ialah Ethernet. Semua komputer yang hendak
disambungkan ke LAN perlu mempunyai kad
antara muka rangkaian. Terdapat beberapa jenis LAN iaitu pelanggan-pelayan,
dan peer to peer. Peer to peer membenarkan komputer dalam LAN berkomunikasi
antara satu sama lain tanpa bergantung kepada pelayan. Manakala
pelanggan-pelayan ialah rangkaian LAN yang terdiri daripada mikrokomputer yang
menjadi pelanggan dan peranti membekalkan perkhidmatan dipangil pelayan.
Pelayan mengurus peranti-peranti yang dikongsi seperti pencetak leser.
LAN mungkin
bersindiran tetapi ia juga boleh dihubungkan kepada rangkaian yang lain, sama
ada dengan teknologi yang sama atau berlainan.Untuk menjayakan hubungan ini
perkakasan dan perisian diperlukan seperti jambatan
dan get laluan
( gateway). Jambatan ialah antara
muka yang membenarkan rangkaian yang sama berkomunikasi seperti LAN dan WAN.
Justeru itu, beberapa rangkaian yang kecil dihubungkan membentuk rangkaian yang
besar. Manakala get laluan ialah antara muka yang membenarkan rangkaian yang
berbeza berkomunikasi seperti LAN dan WAN. Konfigurasi asas setiap rangkaian
terdiri daripada komponen asas merangrankumi peranti penghantar, saluran
komunikasi dan peranti penerima. Contohnya, jika anda bekerja di kedai buku dan
ingin memesan buku baru. Dalam kes ini, peranti ialah komputer di kedai anda,
saluran komunikasi melalui talian talefon manakala peranti penerima ialah
komputer di gedung buku. Satu lagi
komponen yang di perlukan ialah modem,
iaitu peranti yang menukar data komputer
ke isyarat yang boleh dibawa melalui talian komunikasi dan sebaliknya. Bagi
sistem komputer besar, terdapat kompenan tambahan iaitu unit kawalan komunikasi
dipanggil pemproses bahagian depan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan
komputer daripada tugas-tugas komunikasi dan menumpukan kepada pemprosesan atur
cara aplikasi.Ia berfungsi sebagai pengesanan ralat dan membuat fungsi
pemulihan.
3. KAEDAH PENGHANTARAN DATA
DAN PROTOKOL
Komputer
menghasilkan isyarat digital iaitu
sama ada terdapat arus elektrik
( diwakili dengan 1 ) atau tiada
arus elektrik ( diwakili dengan 0 ). Teknologi terkini menuju ke arah
penhantaran isyarat digital . Bagaimanapun , talian telefon yang digunakan kini
, kebanyakannya dibina untuk penghantaran isyarat
analog seperti suara . MODEM diguna kan untuk membolehkan isyarat digital
dihantar melalui talian yang menerima isyarat analog.
3.1 Penghantaran Data : Selari,
Siri
Semua
peralatan elektronik dikendali dengan menggunakan nombor dedua untuk mewakili
satu data perkataan . Dalam komputer, data ini mungkin diwakili dengan 8 , 16,
atau 32 bit . dengan julat tersebut , kebiasaan dua peralatan berkomunikasi
dengan
mewakikan data dalam gandaan 8 .
secara umumnya , setiap unsur 8 bit ini sebagai oktet octet ) .Kaedah penghantaran
selari digunakan untuk mod pengendalian dengan kelengahan paling minimum
. Bit data dihantar dengan menggunakan beberapa wayar secara serentak . Setiap
wayar membawa satu bit data . Penghantaran ini lebih cekap berbanding penghantaran bersiri untuk jarak
sehingga 15 kaki . Jika penghantaran maklumat di antara dua peralatan yang dipisahkan
melebihi 15 kaki . Penghantaran bersiri selalunya digunakan . Ini adalah untuk
mengatasi masalah dan perbezaan kelengahan setiap wayar . Setiap bil akan
dihantar dalam tempoh tertentu . Ia juga di kenali dengan nama penghantaran bil bersiri. Kaedah penghantaran
data yang biasa ialah dengan menggunakan
kabel wayar terpusing dan talian telefon .
3.2 Arah Aliran Penghantaran
Penghantaran
data boleh dikategorikan sebagai simpleks,
dupleks separuh atau dupleks penuh bergantung kepada arah aliran trafik yang
dibenarkan . Penghantaran simpleks menghantar data pada satu hala sahaja
seperti siaran televisyen dan skrin jadual berlepas kapal terbang dan
ketibaannya di lapangan terbang. Dupleks separuh membenarkan penghantaran pada
kedua-dua arah, tetapi hanya satu sahaja menghantar pada satu masa seperti
siaran radio. Dupleks penuh meembenarkan penghantaran dalam dua arah pada satu
masa seperti dalam perbualan telefon.
3.3 Protokol
Protokol ialah aset peraturan bagi
pertukaran data antara perkakasan dan /atau perisian dalam rangkaian
komunikasi. Sesebuah protokol boleh dimasukkan sama ada di dalam perisian atau
perkakasan rangkaian. Biasanya rangkaian komunikasi komputer di susun sebagai
satu set protokol dalam setiap lapisannya. Maka, setiap lapisan aturcara pada
hos yang berbeza atau menggunakan protokol tertentu untuk berkomunikasi dengan
aturcara pada lapisan atas atau atau dibawahnya. Adanya protokol juga
membenarkan praperhubungan untuk memastikan semua perkara berada di dalam
keadaan yang betul sebelum data atau mesej dihantar. Antara yang dipastikan
adalah bagaimana pengesahan penerima dilakukan, jabat tangan, masa pertukaran
mesej dan teknik pengesanan ralat.
Protokol
biasanya disusun dalam lapisan. Penggunaan protokol berlapis membenarkan penghantaran
berlapis membenarkan penghantaran maklumat daripada satu lapisan ke lapisan
seterusnya dengan jelas. Sebarang pertukaran dalam lapisan protokol akan
dihalang daripada menjejaskan lapisan yang lain. Dengan ini tugas mereka bentuk
dan menyelenggara aturcara komunikasi akan menjadi lebih mudah.
Apabila
komunikasi dilakukan antara dua komputer daripada pengilang yang berbeza,
persetujuan munkin sukar dicapai. Oleh sebab itu, piawaian diperlukan. Piawaian
dapat memastikan antara rangkaian, kebolehalihan dan penggunaan semula. Contoh
piawaian adalah (OSI) open system
interaction atau perhubungan sistem terbuka.
3.4 Model Lapisan
Model lapisan rujukan ini dipanggil
ISO Reference Model untuk perhubungan sistem terbuka (OSI). Ia telah dibina oleh ISO dalam tahun 1978 sebagai
rangka kerja piawaian antara bangsa dalam reka bentuk rangkaian komputer
heterogenus.
Reka
bentuknya dibahagikan kepada tujuh lapisan: lapisan fizikal, hubungan data,
rangkaian, pengangkutan , sesi, persembahan dan aplikasi. Setiap lapisan
menggunakan lapisan dibawahnya dan memberikan perkhidmatan kepada lapisan di
atasnya. Tiga lapisan awal iaitu lapisan fizikal, hubungan, dan rangkaian
bergantung kepada rangkaian. Manakala tiga lapisan teratas pula berorientasikan aplikasi untuk memastikan
dua pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Lapisan di tengah iaitu
lapisan pengangkutan memastikan pertukaran mesej antaa kedua-dua lapisan
berorientasi aplikasi dan rangkaian bertukar mesej.
Lapisan fizikal ialah lapisan terbawah
yang memberi tumpuan kepada hubungan elektrikal
dan mekanikal. Contohnya protokol
lapisan fizikal ialah Carrier Sense
Multiple With Collision Detection (CSMA/CD), gelang token dan bas. Lapisan hubungan data iaitu lapisan kedua kebawah memisahkan data kepada kerangka untuk
dihantar ke lapisan fizikal dan menerima pengesahan penerimaan. Ia melakukan
semakan ralat dan menghantar semula kerangka yang tidak diterima dengan
betul. Ia menyediakan saluran bebas ralat kepada lapisan rangkaian .
Berpandukan maklumat pada lapisan ini, jambatan akan mengarah trafik di antara
segmen rangkaian yang mempunyai alamat lapisan rangkaian yang sama.
Istilah
awal bagi lapisan rangkaian ialah penghala (router) iaitu peranti yang
mengarahkan aliran trafik di antara rangkaian. Keputusan berasaskan maklumat
lapisan rangkaian dan jadual penghalaan yang dibina oleh protokol penghalaan.
Lapisan pengangkutan menyediakan perkhidmatan pertukaran mesej lapisan sebelum
dan selepasnya.
Lapisan sesi meyediakan cara-cara
bagaimana dua lapisan aplikasi sntiti protokol mengurus dan mensegerak
pertukaran mesej. Lapisan persembahan
menyediakan perwakilan data tempatan yang tidak bergantung kepada format yang
digunakan pada rangkaian. Lapisan
aplikasi ialah lapisan teratas dalam model lapisan ISO. Ia ajuga dikenali
sebagai get laluan (gateway).
Lapisan ini mengendalikan perkara-perkara seperti transparensi rangkaian,
peruntukan sumber (resource allocation),
dan pemecahan masalah. Lapisan aplikasi secara umumnya berkaitan dengan
pandangan pengguna mengenai rangkaian, contohnya penformatan mesej mel
elektronik.
4. KONSEP DAN APLIKASI
RANGKAIAN KOMPUTER
Rangkaian
atau rangkaian komunikasi ialah hubungan antara sistem komputer, telefon atau
lain-lain peranti komunikasi yang boleh berkomunikasi dengan yang lain dan
boleh berkongsi aplikasi dan data. Beberapa istilah dalam rangkaian perlu
dikenali sebelum terlebih dahulu. Banyak rangkaian komputer, dilayan oleh
pelayan. Komputer hos atau hos,
ialah komputer utama atau pusat yang mengawal rangkaian. Dalam LAN, fungsi hos
ini mungkin dilayan oleh pelayan. Pelayan
ialah komputer yang dikongsi oleh pengguna dalam rangkaian. Nod mungkin
mikrokomputer, terminal, peranti setoran, atau lain lain peraferal. Sebagai
pengguna rangkaian anda boleh memuat turun atau memuat naik fail. Memuat turun ialah mengambil fail dari
komputer yang lain dan menyimpannya di dalam komputer anda. Manakala memuat naik ialah menghantar fail dari komputer anda ke komputer lain.
4.1 Kebaikan Rangkaian
(a) Perkongsian peranti
peraferal seperti pencetak, pengimbas dan pemacu cekera.
(b) Perkongsian atur cara dan
data seperti perisian.
(c) Komunikasi lebih baik seperti
mel elektronik.
(d) Keselamatan maklumat kerana
adanya simpanan pada mereka yang lain yang
berkongsi.
(e) Kebenaran Pencapaian ke
pangkalan data.
Antara
apilkasi yang ditawarkan dalam rangkaian ialah mel elektronik, mel suara,
faksimili, telesidang, pertukaran data elektronik, pemindahan derma elektronik,
papan buletin, computer comuting dan perkhidmatan perhubungan komersil.
4.2 Kaedah Agihan Isyarat : Jalur Tapak, Jalur
Lebar
Potensi
ketinggian lebar jalur sepaksi boleh digunakan dengan dua cara: jalur tapak dan
jalur lebar. Dalam jalur tapak, semua lebar jalur digunakan untuk menghasilkan
satu saluran penghantaran dengan kadar tinggi iaitu 10 Mbps atau lebih.
Manakala dalam jalur lebar, lebar jalur yang ada dibahagikan untuk menghasilkan
beberapa subsaluran dengan lebar jalur yang rendah pada kabel..
4.3 Spesifikasi Media
Kadar
penghantaran bergantung kepada frekuensi dan lebar jalur.
a) Frekuensi: jumlah data yang boleh
dihantar pada saluran bergantung kepada frekuensi gelombang, iaitu kitar
gelombang dalam satu saat. Frekuensi dinyatakan dalam hertz: 1 kitar per saat
ialah 1 hertz. Semakin banyak kitaran dalam satu saat semakin banyak data boleh
dihantar melalui saluran.
b) Lebar jalur : Lebar jalur ialah
perbezaan antara frekuensi tertinggi dan terendah. Data mungkin dihantar bukan
dalam satu frekuensi sahaja tetapi dalam beberapa frekuensi dalam satu lebar jalur
tertentu. Semakin besar lebar jalur saluran, semakin banyak frekuensi
dibenarkan maka lebih banyak data boleh dihantar menerusi saluran. Kadar
kelajuan data menerusi saluran dinyatakan dalam bit per saat (bps). Wayar
terpusing dengan 4000 hertz boleh menghantar 1 kilobait data dalam satu saat.
Kabel sepaksi dengan 100 megahertz boleh menghantar 10 megabait. Manakala kabel
gentian optik dengan 200 trilion hertz menghantar 1 gigabait.
4.4 Kaedah Penghantaran
Penghantaran
data ke destinasi yang jauh akan berjaya hanya apabila peranti penerima bersedia menerimanya. Maksud
bersedia bukan sahaja dengan adanya alat tersebut, malah peranti penerima mesti
seiring dengan peranti penghantar. Dua teknik yang sering digunakan untuk
memastikan kedua-dua peranti menghantar dan menerima pada nada yang sama ialah penghantaran segerak dan tak segerak.
(1) Penghantaran segerak
Jenis
penghantaran ini menghantar data dalam blok yang ditandakan oleh bit mula dan
tamat dipanggil bait sync. Bait sync ini akan mensegerakkan jam dalaman peranti penghantar dan
penerima supaya kedua-duanya dalam keadaan yang seiring. Ia jarang digunakan
pada mikrokomputer kerana agak mahal. Ia sangat sesuai untuk menghantar data
yang banyak dengan cepat.
(2) Penghantaran tak segerak.
Penghantaran
tak segerak dikenali juga penghantaran
mula-tamat. Data dihantar pada satu bait setiap saat yang dikurungkan oleh
bit kawalan iaitu mula yang mewakili permulaan penghantaraan data. Manakala bit
tamat menandakan akhir data. Kaedah ini banyak digunakan dalam komunikasi
penghantaran data dengan mikrokomputer. Ia menghantar mengikut kesesuaian
penghantar tetapi agak perlahan dan tidak sesuai untuk penghantaran data yang
banyak dan cepat.
4.5 Topologi
Komputer
boleh dirangkaikan dengan beberapa cara bentangan fizikal yang dipanggil topologi.
Terdapat empat topologi yang biasa iaitu rangkaian bintang, gelang(cincin), bas dan jaring. Selain itu, terdapat juga
topologi hibrid dan Fiber Distributed Data Interface (FDDI). Dalam membincangkan topologi
rangkaian, setiap nod dirujuk sebagai sebuah komputer pada rangkaian.
(l) Rangkaian Bintang
Rangkaian bintang mempunyai satu komputer hab yang bertanggung jawab untuk
mengurus rangkaian seperti dalam Rajah 2.
Komputer hab boleh sama ada pelayan
fail atau komputer hos. Semua mesej melalui komputer pusat bertindak seperti
polis trafik untuk menghalang pertembungan. Sebarang kerosakan di antara nod
dan hab tidak akan menjejaskan keseluruhan sistem. Komputer hab juga menghalang
pertembungan antara mesej. Bagaimanapun, sekiranya hab rosak, keseluruhan
rangkaian akan gagal, contohnya PBX.. (Lihat
lampiran)
Rajah 2
![]() |
(11) Rangkaian Gelang (Cincin)
Rangkaian gelang atau Cincin
menghubungkan semua nod dalam rantaian bulat seperti dalam Rajah 3 . Mesej data bergerak dalam satu hala mengelilingi gelang.
Mesej elektornik akan dihantar mengelilingi gelang sehingga sampai ke
destinasi. Contohnya rangkaian IBM gelang token. Sebarang data yang melaluinya
diperiksa oleh nod jika ia mengandungi alamatnya; jika tidak, data akan dihantar
ke nod seterusnya dalam gelang. Oleh kerana databergerak dalam satu hala, maka
tidak terdapat pertembungan. Bagaimanapun, jika terdapat satu nod gagal,
seluruuh rangkaian akan gagal.

(111) Topologi Bas
Topologi Bas seperti dalam Rajah 4 di mana semua nod bersambung kepada satu talian. Komputer
pada rangkaian menghantar data dengan harapan ianya tidak bertembung dengan
data yang dihantar oleh nod yang lain. Sekiranya keadaan tersebut berlaku, nod
yang menghantar akan cuba sekali lagi. Nod boleh dihubung atau diputus
hubungannya dengan talian tanpa mejejaskan rangkaian seperti
Rajah 4. Lagi pun, sekiranya mana-mana
satu nod gagal, ia tidak menjejaskan rangkaian. Contoh rangkaian ialah Xerox Ethernet.
Kebaikannya
ia boleh disusun sebagai pelanggan-pelayan atau peer-to-peer.
Kelemahannya
ialah pertambahan litar dan perisian diperlukan untuk mengelakkan pertembungan
data.
Rajah
4

Rangkaian hibrid ialah gabungan rangkaian
bintang gelang dan bas. Satu tempat menggunakan rangkaian bas manakala hubungan
ke tempat lain menggunakan rangkaian gelang atau bintang.
Rangkaian FDDI adalah rangkaian terbaru dan
berkelajuan tinggi. Ia mampu untuk menghantar 100MB sesaat dengan menggunakan
kabel gentian optik dengan topologi dual
counter-rolating ring. Rangkaian ini digunakan untuk tujuan teknologi
tinggi seperti pengimejan elektronik, grafik resolusi tinggi dan video digital.
5. JARING
Jaring atau
perkataan bahasa Inggerisnya NET,
asalnya dai perkataan internet.
Internet ialah rangkaian yang terbesar sekali yag terdiri daripada lebih kurang
25000 rangkaian yang boleh dicapai oleh semua komputer di seluruh dunia.
Bagaimanakah
komputer yang pelbagai jenis boleh berkomunikasi antara satu sama lain.
Sebenarnya ia menggunakan protokol piawai
yang dikenali sebagai Transmission
control protocol /internet protokol (TCP/IP). Seseorang pengguna harus
mencapai Internet melalui sebuah
komputer pelayan yang mempunyai perisian khusus protokol Internet. Internet pada mulanya dibangunkan dan mendapat sumbangan
kerajaan Amerika Syarikat. Ia menghubungkan perpustakaan, kampus, makmal
penyelidikan dan syarikat-syarikat perniagaan. Pengguna yang ingin mendapatkan
perkhidmatan Internet boleh berbuat
demikian melalui pembekal pihak ketiga seperti Amerika Online di Amerika Syarikat, JARING DI Malaysia dan Singapore
Online di Singapura. Bagaimanapun perkhidmatan yang disediakan mungkin
berbeza. Pertambahan populasi pengguna Internet
yang semakin berkembang dan semakin banyak maklumat di dalam Internet, menyebabkan satu cara dibina
untuk menjelajahi Internet. Atur cara
untuk menjelajahi Internet ini
dikenali sebagai browser. Pengguna
komputer hanya perlu menarik tetikus ke berbutang dan menekannya untuk
melaksanakan arahan tersebut. Contoh browser ialah World Wide Web, yang mampu menggabungkan teks imej dan bunyi bagi
sesuatu topik tertentu.
Selain
pendidikan dan penyelidikan, boleh dikatakan hampir separuh daripada maklumat
dalam Internet merupakan iklan-iklan
perniagaan. subjek dalam Internet
sangat kompleks dan tersebar luas di dalam surat khabar, majalah, perpustakaan,
universiti dan syarikat perniagaan di seluruh dunia. Masa hadapan Internet nampaknya tidak akan berakhir. Internet menjadi isu penting dalam
komunikasi masa kini.
7. PENINJAUAN (Polling)
Peninjauan ialah proses untuk memilih sesuatu terminal
untuk dihubungkan ke sambungan. Peninjauan dilakukan dengan menggunakan pencam
uniknya. Dengan ini komputer pusat dapat berkomunikasi dengan terminal dan sebaliknya. Mesej dihantar kepada
terminal dengan memberikan pencam terminal tersebut. Apabila sesuatu terminal
ditinjau, ia akan bertindak balas dengan menghantar mesej seperti ia akan
menghantar mesej atau tiada mesej untuk dihantar.Begitu juga bagi komputer
pusat , sekiranya ada sesuatu terminal hendak menghantar sesuatu mesej
kepadanya, terminal tersebut perlu meninjau dahulu. Komputer pusat akan memberi
jawapan seperti bersedia untuk menerima. Tanda penerimaan diberikan dengan
pengesahan. Seterusnya komputer pusat akan melakukan proses peninjauan terminal
yang lain. Peninjauan ini dikenali sebagai tinjauan panggil nama (roll call
polling). Kaedah peninjauan ini agak lambat.
Terdapat satu lagi peninjauan iaitu
peninjauan hab. Jika tinjauan panggil
nama memanggil komputer pusat untuk menghantar mesej, peninjauan hab menghantar
ke jiran terdekatnya.
8. SISTEM PENGENDALIAN
Sistem pengendalian untuk rangkaian direka untuk
mengurus aktiviti rangkaian. Perisian sistem pengendaliam diletakkan berbeza-beza
mengikut jenis rangkaian iaitu sama ada ia diletakkan pada pelayan fail atau
pada setiap mikrokomputer dalam rangkaian. Contoh sistem pengendalian rangkaian ialah Novell Netware, Microsoft LAN Manager dan IBM PC LAN.
Sistem pengendalian
rangkaian (SPR) membenarkan komputer-komputer pada rangkaian berkongsi
sumber seperti peranti storan, mesin
faksimili, pengimbas dan pencetak.
Dalam
hubungan pelanggan-pelayan, capaian fail dan atur cara pengurusan dijalankan
pada komputer pelayan, manakala lain-lain
komponen seperti perisian yang membenarkan permintaan kepada pelayan dan
penghantaran mesej ke komputer yang lain dijalankan pada komputer pelanggan.
Salah
satu tugas utama SPR ialah menyediakan sumber sekiranya ia dijalankan daripada
komputer pelanggan. Peranan SPR ialah untuk menyediakan
perkhidmatan-perkhidmatan seperti memberi arahan, menjalankan perisian aplikasi
dan menghantar kerja ke pencetak, tampil secara tempatan kepada komputer
pelanggan. Perisian rangkaian selalunya delengkapkan dengan sistem pengendalian
berbilang pengguna yang membenarkan komputer berkongsi masa dengan lain-lain
terminal atau komputer pada satu masa. UNIX ialah satu contoh sistem
pengendalian berbilang pengguna yang banyak digunakan di seluruh dunia.
BIBLIOGRAFI;
1. Rodina Ahmad, Zaitun Abu Bakar,
Zarinah Mohd Kasirun, Perkomputeran
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.1997
2. Mokhtar Ahmad, Teman Teknologi
Anda, Internet Dan Rangkaian,
Thinker Library Sdn. Bhd.1999
No comments:
Post a Comment