MENGENALI JENIS
APLIKASI.
Definisi Perisian
Perisian,
program komputer atau software
merupakan set arahan elektronik yang mengarahkan sistem komputer untuk
beroperasi atau melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki.
Contoh-contoh perisian ialah
Microsoft Windows 98, Microsoft Power Point, Adobe Photoshop, Macromedia
Director, Netscape Communicator, Corel Photo Paint.
Apakah Perisian Aplikasi?
Perisian aplikasi merupakan program
yang mengarahkan komputer untuk membuat apa yang kita perlukan. Misalnya ia digunakan
untuk memproses perkataan, membentuk pangkalan data, membentuk dokumen yang
menarik, membuat carta dan lain-lain lagi.
Perisian aplikasi merupakan perisian yang selain daripada perisian sistem pengoperasian dan utiliti dan digunakan khas bagi aplikasi-aplikasi yang khusus. Ia juga merujuk kepada perisian-perisian yang sering dijual di serata pelusuk dunia biasanya dalam bentuk cakera padat (CD) ataupun cakera.Berperanan bagi menyokong, mempertingkat keupayaan serta menyelenggara perisian-perisian dan juga perkakasan. Kebanyakan PSP mempunyai perisian utiliti binaan dalam yang boleh digunakan bagi tujuan tertentu. Contoh : anti virus, diagnostik sistem, salinan pendua, keselamatan data, pemadatan fail dan penyusunan cakera.
PEMPROSESAN PERKATAAN.
Pemprosesan kata sebenarnya berlaku
di dalam fikiran manusia. Manusia
menjadikan idea dalam bentuk kata dan menyusun kata – kata tersebut untuk
menjadikan ayat. Mesin merekodkan apa yang
diproses oleh fikiran . Pemprosesan perkataan mula digunakan oleh IBM
pada tahun1964, melibatkan penggunaan rekod – rekod teks. Papan kekunci
digunakan untuk menaipkan maklumat ke dalam komputer, di mana aturcara
pemprosesan perkataan membolehkan teks
disimpan, diolah, dipaparkan dan dicetak.
Fungsi pemprosesan perkataan.
Kemampuan pemprosesan perkataan
bergantung kepada pakej perisian yang
digunakan.Semuanya menjalankan fungsi asas iaitu mamaparkan,
menyunting,menformat dan mencetak teks, tetapi dalam pelbagai cara. Dengan
pemprosesan perkataan, penulisan menjadi mudah, baik dan lebih
menyeronokkan.Pemprosesan perkataan
manarik kerana boleh memasukkan teks, menghapuskan teks dan menukarkan teks
dengan mudah tanpa memulakannya sekali lagi. Menguasai sistem pemprosesan
perkataan adalah cara paling cepat untuk
menolong pengguna belajar berkomunikasi dengan komputer melalui papan
kekunci.Kajian menunjukkan produktiviti menaip bertambah 100% hingga 400% dengan menggunakan pemprosesan perkataan
berbandingan dengan penggunaan mesin taip.
Keperluan pemprosesan
perkataan.
Untuk
pemprosesan perkataan anda perlukan :-
Komputer
(Papan Kekunci).
Monitor
untuk skrin paparan.
Pencetak
Pencetak matriks bintik, roda daisi dan laser.
Storan.
Peranti storan –satu atau dua pemacu
cakera atau cakera keras. Jika satu cakera mengandungi 360K, ia boleh
menyimpan sebanyak 180 muka surat.
Persediaan Untuk
Menaip.
Antara
persedian untuk menuliskan dengan pemprosesan perkataan :-
Merekabentuk
dokumen.
Mengenalpasti
Pencetak
Mentukan
Set Jidar
Menentukan
Set Tab.
Mencipta dokumen untuk pemprosesan
perkataan bermaksud menaip sahaja.Sebelum anda menaip, anda perlu
mempertimbangkan beberapa faktor penting; mula – mula pilih satu reka bentuk
untuk dokumen anda dan kemudian tentukan pemprosesan perkataan
pemprosesan perkataan anda boleh digunakan untuk reka bentuk tersebut. Di
samping itu juga anda harus mengenalpasti pencetak sasaran anda berkemampuan
menghasilkan cetakan yang anda reka bentuk itu. Perisian pemprosesan perkataan
menggunakan Word perfect menentukan set jidar lalai dengan jidar kiri dan kanan
1 inci serta set hentian tab pada setiap setengah inci.
Kemampuan pemprosesan
perkataan dalam fungsi penyuntingan.
Penyuntingan
atau perubahan ke atas teks adalah mudah dengan menggunakan pemprosesan
perkataan. Suntingan yang dapat dilakukan olehnya :-
Menghapuskan
teks.
Menyisipkan
teks.
Mengalihkan
teks
Menyalinkan
teks
Menggantikan
teks.
Gelitar
dan ganti.
Kemampuan pemprosesan
perkataan dalam fungsi memformat.
Fungsi
menformat ialah pengguna menggayakan teks pada skrin dan kemudian barulah
cetakan diperolehi. Antara fungsi memformat ialah :-
Penjajaran
Kanan dan Kiri.
Langkauan
baris.
Inden
perenggan
Kemampuan Pemprosesan
Perkataan Dalam Menggayakan Dokumen
Anda.
Beberapa ciri pemprosesan perkataan
apabila digunakan dengan betul, boleh memperbaiki rupa bentuk dokumen.
Antaranya ialah :-
Taip tebal (bold), Garis bawah(underline), Subskrip dan
Superskrip
Saiz
aksara dan Penjarakan. Meletakkan tanda sempang
Kemampuan Pemprosesan Perkataan Dalam Penyemakan Ejaan dan Tesaurus.
Aturcara penyemak ejaan dan
mengimbas dokumen untuk ralat ejaan dan ralat tipografik. Komputer hanya boleh menyemak apa yang ada dalam kamus
aturcara sahaja.
Sifat – Sifat lain
Pemprosesan Perkataan.
Kebanyakan
sistem Pemprosesan Perkataan menyediakan berbagai sifat khas untuk memudahkan
lagi kerja menaip.
Menomborkan
halaman.
Mencantum
dan Mengisih . Mencantum satu fail ke fail lain.
Bahasa
Makro - membenarkan anda mengumpukkan
kekunci tertentu @ gabungan beberapa kekunci untuk melaksanakan satu siri
lengkap perintah.
Arimetik
– mempunyai fungsi aritmetik terbina dalam dan keupayaan rumus.
Kesimpulan
pemprosesan perkataan merupakan sistem aplikasi yang menerima kata yang ditaip
ke dalam komputer dan diproses untuk menghasilkan teks yang tersunting. Ia
menyunting -padam, satu aksara atau keseluruhan perenggan. Ia mengandungi
Format-Page, perenggan, jenis aksara (font) dan saiz font serta typeface.
Contoh Pemproses Perkataan (seperti Word Perfect, Star Office PW (Profesional Write) dan MS Word)
HAMPARAN KERJA.
ATURCARA HAMPARAN
Peniagaan
kecil yang dulunya, tidak mampu memiliki komputer kini ingin memiliki komputer dengan keupayaan
mikrokomputer memperkenalkan perisian
atau aturcara yang dinamakan Visicals(dicipta oleh Dan Brickman pada
1979). Sejak pengenalan aturcara ini maka hampir 1 juta salinan Visicalc telah
dijual.
Hamparan Elektronik
hingga Perisian Bersepadu.
Sejak
aturcara Visicals dan hamparan elektronik lain muncul, komputer 16 bit mula
dibangunkan. Komputer ini berkemampuan memberi lebih storan, kelajuan pemproses
yang lebih cepat dan peleraian skrin yang lebih baik. Kesemua ini merupakan
persediaan ke arah penyepaduan perisian.
Pakej
perisian bersepadu beberapa aturcara perniagaan seperti hamparan
elektronik,pengurusan pangkalan data dan garfik boleh digabungkan dalam satu
pakej.
Lotus
1-2-3 merupakan perisian yang paling sejak diperkenalkan dari tahu 1983.
Aturcara ini mempunyai 3 fungsi asas ia
merupakan sebuah aturcara hamparan yang sangat penting, dengan kemampuan
pengurusan pangkalan data dan grafik. Oleh kerana ia terkenal, kita akan
perhatikan aturcara 1-2-3 semasa kita memerihalkan aturcara secara umum.
Hamparan Elektronik.
Hamparan elektronik juga dinamakan aturcara perancang
kewangan dan pnyelakuan hamparan berguna
kepada melakukan penghitungan yang melibatkan angka yang disusun dalam baris
dan lajur. Satu hamparan lajur – baris yang besar dikenali sebagai grid dan
matriks. Paparan skrin bertindak sebagai kertas dan kursor bertindak sebagai
pensel. Persilangan bagi sebarang lajur dan baris yang dinamakan sel, dicam
dengan nama lajur – barisnya.
PENGENDALIAN HAMPARAN.
Hamparan
elektronik digunakan unutk membina model – model matematik bagi penggunaan
perniagaan. Model – model ini ini dilakukan untuk melakukan perancangan jangka
pendek dan jangka panjang. Beberapa penggunaannya ialah :-
a.
Analisis kos.
b.
Belanjawan
c.
Unjuran jualan.
d.
Perancangan inventori.
e.Pengeluaran.
f.
Penyelidikan dan pembangunan.
Aturcara hamparan biasanya
mengandungi tanda lajur dan baris di sepanjang bahagian atas dan tepi sebelah
kiri skrin serta maklumat – maklumat lain yang perlu untuk membantu anda
bersaling tindak dengan aturcara tersebut. Aturcara ini membolehkan pengguna
menghasilkan maklumat dalam bentuk paparan grafik dan juga paparan jadual
Cetakan dibuat untuk menyediakan salinan kertas hasil sesuatu hamparan.
MEMBINA HAMPARAN
Terdapat
beberapa langkah untuk mencipta hamparan. Apabila menciptanya, jadual berikut perlu dilakukan:-
a.
Masukkan semua data.
b.
Cipta dan masukkan semua formula.
c.
Salin semua formula ke tempat tertentu di dalam hamparan tersebut.
d.
Formatkan hamparan tersebut untuk memberikannya bentuk yang profesional,
ia perlu melebarkan lajur atau
memaparkan jumlah ringgit dengan tanda ringgit, koma jika perlu dan titik
perpuluhan.
a.
Memasukkan data adalah proses dua langkah. pertama, anda menatal penuding sel
ke kedudukan sel yang dikehendaki dengan menggunakan kekunci pergerakan kursor.
Data yang dimasukkan akan terpapar pada panel kawalan. Setelah menekan kekunci
Kembali, Komputer akan memasukkan data
anda ke dalam sel tertentu dan memaparkannya pada panel kawalan.Terdapat 2
jenis data yang boleh dimasukkan ke
dalam sel:-
a. Nilai (angka).
b. Label (teks). Perkataan atau
frasa boleh digunakan sebagai kepala lajur atau baris. Label mesti bermula dengan huruf ‘ ^ ‘ atau
tanda petik kembar.
Kebanyakan
aturcara hamparan yang mengandungi formula bina dalam yang disebut fungsi yang
melakukan pengendalian yang telah ditetapkan;-
a. Fungsi matematik.
b. Fungsi logik.
c. Fungsi statik.
Perintah Salin.
Ciri salin di dalam aturcara hamparan membolehkan pengguna
menyalin atau menduakan sesuatu sel, keseluruhan baris atau lajur, ke tempat
lain pada sesuatu grid. Misalnya, satu julat sel A10 hingga A50 boleh salin ke
tempat B10 hingga B50. Anda juga boleh menduakan sel B! hingga B20 pada lajur
E, F dan G. Perintah SALIN boleh digunakan untuk menyalinkan formula dan
digunakan dalam proses mencipta formula baru.
Penformatan.
Keupayaan menformat membolehkan pengguna meminda ciri –
ciri dan kandungan sel piawai atau yang telah ditetapkan. Terdapat perintah
format setempat iaitu terhad unutk satu sel sahaja. dan sejagat yang memberi
kesan terhadap seluruh hamparan. Berikut adalah beberapa pilihan performatan:-
1. Lebar jalur.
2. Penjajaran.
3. Ringgit dan sen.
4. Integer.
Menyimpan Fail Hamparan
.
Mereka bentuk dan memasukkan model anda, menformat dan
telah memberikan soalan – soalan apa jika. Sebelum anda pulang atau menutup
kedai anda ingin menyimpan semua kerja
yang telah dilakukan untuk digunakan
pada masa akan datang. Hamparan anda
sedang berada pada suatu tempat di dalam ingatan komputer iaitu tempat
simpanan sementara. Untuk memperolehi salinan tetap bagi hamparan anda, anda
perlu menyalin atau menyimpan fail
tersebut di dalam cakera.1-2-3 mempunyai perintah SIMPAN untuk menyimpan
seluruh hamparan termasuklah formula dan nilai – nilainya sahaja.
Tatacara lain Hamparan.
Mendapatkan
cetakan.
Aturcara
hamparan biasanya menawarkan beberapa pilihan cetakan. Biasanya cetakan boleh.
a.
Kelihatan serupa seperti pada hamparan yang terpapar.
b.
Kelihatan seperti pada hamparan tetapi tidak mempunyai tanda lajur dan baris.
c.
Meletakkan setiap nilai sel pada baris berasingan.
Memuatkan fail
Selepas fail disimpan di dalam disket, ia boleh dimuat
semula ke dalam komputer dan memprosesnya. Jika anda terlupa nama fail hamparan
anda, anda boleh meminta direktori. Direktori adalah satu senarai nama semua
fail yang telah disimpan di dalam sekeping cakera.
Memerlukan Bantuan.
Apabila menggunakan aturcara hamparan atau mana –mana pakej
perisian, adalah sangat berguna jika terdapat bantuan pembelajaran. Beberapa
aturcara hamparan begitu ramah terhadap pengguna dan menyediakan ciri bantuan bina dalam.1-2-3
menekan F1 untuk mendapat bantuan
tersebut memaparkan maklumat tentang pilihan menu semasa yang ada atau tentang
perintah yang sedang anda lakukan.
Templat.
Apabila menggunakan aturcara hamparan. model awal yang
mengandungi angka– angka, perkataan dan formula utama mesti dimasukkan. Masa
dan usaha diperlukan untuk menghasilkan
hamparan yang boleh digunakan dapat dikurangkan melalui penggunaan templat.Templat
adalah hamparan performat yang boleh digunakan semula yang mengandungi maklumat
bina dalam.beberapa penggunaan perniagaan boleh menggunakan satu model;
penggunaan lain yang lebih besar mungkin memerlukan beberapa model setiap
satunya mengongsikan maklumat asas yang sama. Setelah templat dimuatkan ke dalam aturcara sesuatu hamparan, pengguna
hanya perlu memasukkan nilai – nilai yang diperlukan. Dengan cara ini, satu
templat boleh digunakan oleh beberapa orang di dalam sesebuah organisasi.
Pembina templat boleh mereka bentuk ciri- ciri keselamatan di dalamnya dengan
menandakan kawasan lindungan yang tidak boleh dipinda. Ini membuatkan data –
data tertentu tidak boleh dicapai oleh seseorang pengguna sesuatu templat.
Pengguna boleh juga mengubahsuai templat untuk menyesuaikannya dengan kehendak
tertentu penggunaan
Kesimpulannya,Lembaran elektronik/Hamparan kerja adalah
perisian aplikasi yang menjalankan kerja penghitungan, memberi satu jadual yang
besar(hamparan/lembaran) dalam bentuk lajur dan baris. Nombor-nombor dan data
boleh dimasukkan untuk disimpan dan di proses dalam hamparan kerja ini.
Contoh Hamparan kerja
/Elektronik ( seperti MS Excel, Lucid, Lotus 1-2-3)
PANGKALAN DATA.
Pangkalan data adalah satu set fail yang berkait secara
logik, disusun untuk mempermudahkan capaian oleh satu atau lebih aturcara
pergunaan dan untuk meminimumkan lewahan data. Konsep ini tidak bermakna bahawa
semua data yang berkaitan dengan perniagaan syarikat mesti terkandung dalam
pangkalan data tunggal, tetapi semua rekod dalam pengkalan data sepatutnya ada
kaitan dan data lewah perlu diminimumkan.
Penghapusan
lewahan hanyalah salah satu sebab untuk mewujudkan satu pangkalan data. Yang
lain temasuklah :
Menyatukan
fail data yang sedia ada.
Mengongsi
data antara semua pengguna.
Memasukkan
perubahan dengan mudah dan cepat.
Mempermudahkan
penggunaan fail data.
Menurunkan
kos menyimpan dan mencapai data.
Memperbaiki
kejituan dan keselarasan.
Menyediakan
keselamatan data dari penggunaan tanpa sah kuasa.
Sistem pengurusan
pangkalan data.
Sebagai tambahan kepada pangkalan data, satu set aturcara
perlu untuk memudahkan pengubahsuaian dan dapat semula data yang sedia ada
dalam pengkalan data. Set aturcara ini dirujuk sebagai satu sistem pengurusan
pangkalan data (DBMS). Rekabentuk satu DBMS melibat 3 perkara penting:-
Keperluan
pengguna atau keperluan aturcara penggunaan.
Sistem
pemprosesan pangkalan data.
Pangkalan
data itu sendiri.
Umumnya pengguna bagi sesuatu sistem pengurusan pangkalan
data mencapai pangkalan data melalui bahasa pertanyaan khas atau melalui aturcara
penggunaan yang ditulis dalam bahasa paras tinggi seperti COBOL, FOTRAN, atau
C. Aturcara penggunaan adalah ditulis dengan cara yang sama seperti ia mncapai satu fail diskret.Bezanya apabila
menggunakan DBMS yang dirujuk sebagai sistem pemprosesan pangkalan data. Sistem
pemprosesan pangkalan data bertindak sebagai penghubung antara aturcara
pengguna dan pangkalan data itu sendiri. Pada asasnya, sistem pengurusan
pangkalan data itu sendiri . Pada asasnya, sistem pemprosesan pangkalan data
mengandungi satu siri aturcara yang menterjemahkan permintaan daripada pengguna
atau daripada aturcara pengguna ke dalam arahan – arahan yang perlu untuk
mencapai, menambah, menukar atau menghapus rekod atau butir data daripada
pengkalan data. Jadi, satu aturcara penggunaan hanya perlu masukkan satu
suruhan untuk mencapai unsur data yang dikehendaki. Cara sebenar mencari dan
mencapai unsur data boleh dilaksanakan dengan aturcara pemprosesan pangkalan
data.
Anda mungkin bertanya diri anda, bagaimana DBMS dapat
menjejaki semua unsur data yang terlibat?. Jawapan ialah ia menyelenggara satu kamus data. Kamus data
adalah satu tempat simpanan maklumat mengenai pangkalan data-takrifan data dan
ciri- ciri seperti penggunaan, perwakilan fizikal, pemilikan, sah kuasaan dan
keselamatan. DBMS boleh mencapai kamus data untuk :-
Menentukan
jika unsur data sudah wujud sebelum penambahan. Ini mengurang lewahan data.
Menukarkan pemerihal mengenai satu medan data.
Menetukan
perhubungan yang wujud di antara unsur data.
Menentukan
perhubungan wujud antara unsur data.
Menentukan aturcara penggunaan yang mana boleh mencapai
unsur data.
Kamus
data adalah berguna untuk pengaturcaraan dan juruanalisis sistem:-
Seorang
pengaturcaraan boleh menyalin satu takrifan secara langsung daripada kamus data
untuk digunakan dalam satu aturcara penggunaan. Ini menjamin kejituan yang
lebih seta mengurang kerja pengaturcara.
Sekiranya
pemerihal data diubah, kamus data boleh dirujuk untuk menentukan kesemua
aturcara penggunaan yang turut terlibat.
DBMS
juga meyediakan satu bahasa pertanyaan yang membolehkan pengguna meminta dan
menerima maklumat secara langsung daripada sistem pangkalan data. Paras
kesukaran ini berbeza bergantung kepada DBMS. Setengah bahasa pertanyaan ini
bertatacara dan memerlukan suruhan langkah demi selangkah untuk ditulis,
seperti juga bahasa paras tinggi.Bahasa pertanyaan lain menerima perintah yang
menyerupai bahasa Inggeris atau memandu
pengguna dengan satu siri soalan isikan
tempat kosong, ataupun memaparkan satu menu pada monitor terminal dari mana
pengguna tersebut mesti pilih perintah yang dikehendaki. Bahasa pertanyaan yang
dibekalkan bersama – sama pakej pangkalan data mikrokomputer (seperti dBASE III
PLUS), boleh dikatakan digunakan setiap kali untuk berinteraksi dengan pangkalan
data dan menyediakan bantu terbina dalaman untuk pengguna baru.
Struktur data dalam pangkalan data boleh dilihat dari dua
cara yang berbeza, fizikal dan logik. Struktur data fizikal merujuk kepada
penyusunan fizikal data pada peranti storan sekunder, biasanya cakera.
Kebiasaanya, struktur fizikal ini adalah tergolong dalam urutan pakar yang
mereka bentuk DBMS. Juruanalisis, pengaturcara dan pengguna biasanya kurang
mngambil tahu struktur fizikal jika dibandingkan dengan sturuktur logikal.
Struktur data logik adalah berkenaan dengan cara data
‘seolah – olah’ akan disusun dan pengertian kaitan unsur – unsur data antara
satu sama lain. Struktur atau model ini biasanya ditakrif sebagai skema satu pandangan yang menyeluruh mengenai
hubungan logik antara unsur – unsur data dalam pangkalan data. Ia termasuklah
nama bagi unsur utama, atributnya dan hubungan logik di antaranya.
Beberapa struktur data logik digunakan untuk menjelaskan
hubungan di antara unsur data individu atau rekod – rekod dalam pangkalan data.
Struktur data logik yang sepunya adalah
hieraki, rangkaian dan hubungan. Struktur data hubungan adalah paling popular.
Struktur hieraki dirujuk sebagai struktur pepohon. Data
tersimpan menjadi bertambah terperinci apabila mencabang lebih jauh dalam pepohon
tersebut. Setiap segmen, atau nod boleh dibahagikan kepada dua atau lebih nod
subordinat yang boleh dibahagikan lagi kepada dua atau lebih nod tambahan.
Walau bagaimanapun, setiap nod boleh berpunca dari satu ibu.Struktur pangkalan data hieraki biasanya digunakan dalam sistem komputer kerangka utama yang
besar.
Struktur rangkaian adalah serupa dengan struktur hieraki
kecuali struktur rangkaian satu nod boleh mempunyai lebih daripada satu ibu.
Struktur rangkaian digunakan dengan sistem komputer kerangka utama dan sistem
minikomputer.
Struktur hubungan menyusun data dalam jadual dua matra.
Jadual ini menawarkan banyak kelenturan dan darjah keselamatan data yang
tinggi. Ia menggunakan sedikt ingatan atau storan sekunder, secara relatif.
Proses mencipta jadual ini adalah lama.
Kesimpulanya,
Aplikasi pangkalan Data adalah satu set fail yang disusun secara logik untuk
memudahkan capaian data oleh satu aturcara pengguna. Ia juga dikenali
DBMS(Database Management System) .
Contoh Pangkalan Data (seperti MS Access, dBASE, SQL server, Oracle,Fevelation)
GRAFIK
GRAFIK PERSEMBAHAN.
Dalam penerangan kami tentang
hamparan dan pangkalan data, anda telah melihat cara angka disusun ,
diolah dan disusun semula. Anda mulakan dengan angka dan mengakhiri dengan angka.
Supaya angka – angka ini bermakna, ia perlu dibaca dan diperiksa. Apabila
hubungan angka diterjemahkan ke dalam bentuk gambar atau gambarajah, anda boleh
lihat perhubungan di antara dua set angka dengan serta merta – memang benar gambar
itu bernilai seribu kata. Komputer hari ini berkemampuan menghasilkan
semua jenis graf dan carta – dalam hitam putih dan warna – dengan menggunakan
aturcara grafik. Tambahan pula, bahantara ini tidak terhad lagi kepada kertas.
Revolusi tampak sedang mengambil tempat dalam perniagaan di Amerika.Di sini
komputer digunakan unutk mencipta tampak seperti overhead dan slaid, daripada
konsep hingga penyempurnaannya.
Kebaikan Grafik
Persembahan.
Nilai grafik komputer yang penting adalah anda dapat
melihat dengan serta- merta perhubungan tampak yang melibatkan beberapa
maklumat. Dengan hanya melihat sekali imbas pada graf garis misalnya, anda akan
ditunjukkan satu pola atau aliran menurun atau menaik. Biasanya graf garis
digunakan apabila masa meruakan unsur bagi sesuatu graf. Graf palang selalunya
digunakan untuk menggambarkan perhubungan diskret walaupun masa merupakan unsur
bagi sesuatu graf. Carta pai merupakan cara terbaik untuk membandingkan
beberapa butiran dan menunjukkan sumbangan relatifnya terhadap semua butiran. Carta
– carta lain boleh dibentuk dengan aturcara grafik, antaranya adalah carta
Gannt untuk penjadualan projek, carta palang tiga matra dan carta alir. Papan
grafik carta – carta ini boleh dilihat
dengan bantuan perisian grafik persembahan. Yang bermutu tinggi seperti
Harvard Graphics serta perkakasan output, anda boleh mencipta satu persembahan
yang mempunyai semua nilai keindahan seni perdagangan, tetapi harganya tinggi
serta penampilannya lambat. Ramai peniaga dan pengguna komputer di rumah mula
menyedari bahawa persembahan tampak yang mempamerkan mesej yang jelas dan mudah
diingat, boleh memberi kesan kepada pemerhati dengan memuaskan.
Slaid dan Overhead.
Kini terdapat kelengkapan fotografi yang apabila disambung
dengan komputer peribadi boleh memindahkan imej grafik dan teks dari skrin ke
atas filem. Filem ini kemudiannya boleh dicuci ke dalam slaid warna.
Kelengkapan ini khususnya ada dua jenis; jenis kamera dan perakam filem.
Biasanya kamera skrin menyelubungi moniitor komputer dengan
tudung yang sama sendat supaya kamera 35mm dihujung tudung tersebut boleh
mengambil gambar yang dipapar. Walaupun kadang – kadang mutu slaid warna hasil
daripada skrin kamera tidak berapa baik, namun prosesnya cepat dan mudah serta
murah harganya. Perakam filem juga menggunakan kamera 35-mm untuk menangkap
imej yang dicipta dengan komputer peribadi. Walaubagaimanapun peraam filem
memproses imej secara elektronik, tidak hanya dengan mengambil gambar yang
terpapar. oleh itu leraian dan pelet warnanya lebih baik daripada yang diberikan
oleh paparan komputer. Perakam ini disambungkan dengan komputer melalui port
siri atau kad penyesuaian pemalam dan boleh menghasilkan imej yang lebih
terperinci daripada yang terhasil pada skrin.
Unutk
menarik perhatian hadirin dengan penayangan overhead yang lebih beasr, anda
perlu mengambil ouput bercetak lalu meletakkannya ke dalam mesim fotokopi unutk
memindahkanimej dari kertas ke helaian
tranparensi atau overhead. Persembahan dengan slaid warna atau overhead bukan
sahaja memberikan kesan kos,ia juga boleh melepaskan maklumat yang rumit dan
menghidupkan suasana persembahan. Kesimpulanya, Sistem aplikasi jenis grafik
membolehkan kita menukar data menjadi rajah dan menyunting grafik. §Cth.
Contoh Grafik (seperti CorelDraw, MsPaint, MS Power Point, Adobe Photoshop)
Persembahan
Perisian ini akan menghasilkan
aplikasi dalam bentuk persembahan. Biasanya ia digunakan untuk mempersembahkan
sesuatu hasil kerja, mesyuarat dan juga promosi sesuatu barangan.
Contoh Aplikasi Persembahan (seperti MS Power Point, Authorware,
)
PENERBITAN ATAS MEJA.
Penerbitan meja
memperihalkan reka bentuk dan ciptaan dokumen yang menyerupai dokumen
taip set pada mikrokomputer. Ia adalah lanjutan yang biasa untuk pemprosesan
perkataan.oleh sebab ia bermula dengan pemprosesan kata dan berakhir dengan dokumen atau penerbitan yang
berberntk profesional. Sistem penerbitan meja secara keseluruhannya merujuk
kepada keseimbangan perkakasan mikrokomputer
dan perisian penggunaan yang mana kedua-duanya menyediakan keupayaan bahan
penerbitan yang bermutu profesional kepada pengguna. Surat – surat yang
dihasilkan mengandungi teks yang berbeza bentuk, saiz , gaya dan juga dari segi grafik, tetapi boleh
dihasilkan atas meja.
Proses penerbitan.
Proses penerbitan bermula dengan idea,
menterjemah idea kepada kata dan gambar dan merakamkan kata dan gambar tersebut
pada bahantara fizikal, biasanya kertas. Semua bahan penerbitan mempunyai
perkara yang sama-menyampaikan pemikiran atau idea atas kertas.Reka bentuk yang
berbeza – beza menjadikan kefungsian,aestatik dan berirama, menggunakan berjenis – jenis gaya dan penambahan
kecantikan aksara, penghasilan semula grafik yang menawan dan persembahan yang
menarik, dalam corak yang paling sesuai
memikat kepada pembaca. Sistem penerbitan meja mempunyai potensi untuk
membuat tugas tersebut.Tugasan penerbitan meja adalah seperti berikut;-
Pengarang
– menulis bahan yang hendak diterbitkan, ditaip, manuskrip itu dihantar kepada
penerbit.
Reka
bentuk – Pereka akan membuat keputusan mengenai penggunaan unsur halaman yang
betul seperti jidar, peraturan, gaya aksara dan grafik.
Penyuntingan
Kebaikan dan Keburukan
Penerbitan atas Meja
Terdapat beberapa sebab untuk
meyokong pertukaran daripada kaedah penerbitan tradisional kepada penerbitan
meja. Penerbitan meja, anda mempunyai kawalan yang sepenuhnya. Anda tidak
memerlukan khidmat daripada kakitangan bantuan sebagaimana yang diperlukan oleh
kaedah penerbitan tradisional. Anda akan membuat keputusan yang pada akhirnya
akan mempengaruhi kewibawaan sesuatu dokumen.
Penerbitan yang menggunakan
penerbitan meja boleh membuat tindakan”apa-jika” ke atas rekabentuknya. Aksara
dan gambarajah boleh diubah, disaizkan, dijajarkan dan dicondongkan dalam
sekejap masa. Halaman boleh dicetak dengan cepat dan dibandingkan dengan
halaman yang telah diciptakan sebelumnya. Dalam masa yang singkat, banyak
variasi boleh dinilai untuk mendapat kesan menyeluruh.
Penerbitan
meja mempunyai keberkesanan kos. Selalunya tidak memerlukan untuk
mengambil pakar- pakar luar seperti
penyunting, penaip set atau jurucetak.
Sebab
terakhir untuk menukarkan kepada sistem
penerbitan meja adalah pada amnya
ia menjimatkan masa. Pakar dalam bidang ini telah mengira masa pusing balik
yang diambil oleh penerbit penerbitan
meja adalah kurang daripada 50% dari masa biasa.
Penerbitan meja juga mempunyai keburukannya iaitu:-
1. Kawalan sepenuhnya yang disediakan oleh
penerbitan dalaman, mestilah sepatutnya disertai dengan pertambahan
tanggungjawab. Penerbit penerbitan meja mestilah bertanggungjawab mencipta,
menyunting dan memasukkan salinan, untuk memilih dan menyatukan imej grafik,
untuk spesifikasi reka bentuk, dan akhir sekali untuk mencetak hasil akhir-
memang tugas yang sukar walaupun seorang itu cukup terlatih dan cekap.
2.
Kos permulaan sistem penerbitan meja
yang baik mungkin menjadi halangan kepada perniagaan yang kecil, pengguna
sekali -sekala atau kepada seorang
sebagai hobi sahaja. Seseorang boleh membelanjakan antara US$ 10,000 sehingga
US$ untuk satu sistem yang lengkap.
3.
Mesin penaip set boleh mengeluarkan
hasil yang baik, terutamanya kerana ia boleh menggunakan resolusi aksara dan
grafik yang lebih tinggi daripada sistem penerbitan meja. Biasanya, kejelasan
sesuatu dokumen diukur dengan jumlah bintik yang dihasilkan dalam satu inci
persegi bagi output bercetak. lebih banyak bintik seinci, manakala sistem
penerbitan meja yang terkini hanya mampu menghasilkan 2000 bintik seinci,
manakala
4.
Kakitangan penerbitan adalah profesional yang terlatih. Mereka tahu bagaimana
hendak berkomunikasi dengan pengarang dan tahu semua selok – belok penerbitan.
Individu yang memulakan dengan sistem penerbitan atas meja tidak boleh
diharapkan untuk menghasilkan dokumen yang berbentuk profesional seperti yang
dapat dilakukan oleh penaip set. satu kesukaran adalah reka bentuk. asas reka
bentuk tidak sukar untuk dipelajari. Walaubagaimanapun menggunakannya bukanlah
mudah. hanya setelah mempelajari reka bentuk dan melakukan latihan yang banyak
barulah penerbitan meja dijangka dapat menghasilkan dokumen yang setanding
dengan penaip set.
Sistem penerbitan meja bukan
direka bentuk untuk penerbitan yang
berjumlah besar. kos satu muka surat yang dicetak oleh pencetak laser iaitu
asas sistem penerbitan meja, adalah terlalu tinggi. oleh itu, penerbitan
mencetak dan menjilid mestilah dibuat dengan cara lain. Biasanya, penerbit
penerbitan meja menggunakan pencetak laser untuk menghasilkan salinan salinan
‘camera ready” yang akan dibawa kepada pencetak untuk dicetak dan dijilid.
Pastilah cara ini ini menambah kos dan membuang masa.
Sistem penerbitan atas
meja.
Setiap sistem penerbitan atas meja
terdiri daripada perkakasan komputer dan perisian. Kos butiran tersebut berbeza
antara satu sistem dengan sistem yang lain. Umumnya lebih banyak wang
dibelanjakan ke atas perkakassan dan perisisan, lebih laju sistem tersebut
beroperasi dan lebih banyak sifat dipunyai. Cuba pertimbangkan keperluan
keperluan perkakasan dahulu.
Keperluan perkakasan .
Pada tahu 1980, penerbitan atas meja
hanyalah satu impian. Halangan utama ialah kemampuan memberi perkakasan komputer yang boleh
menghasilkan dokumen berkualiti dengan cepat dan murah. Apabila syarikat
seperti Apple Computer, Hawlett Packard dan IBM mula meghasilkan komputer, pencetak,pengimbas
optik yang mampu dibeli dan berkeupayaan untuk pengolahan teks dan grafik pada
kelajuan tinggi, penerbitan atas meja
menjadi satu kenyataan. Sebenarnya permulaan penerbitan atas meja mula
dikesan sejak kebolehdapatan pencetak laser Apple dan komputer Apple dan
komputer Apple Macintosh.
Sistem komputer seperti IBM PS/2 dan
Macintosh, dan Compaq bersama dengan perisian yang sesuai berkeupayaan
menghasilkan penerbitan yang rapi dan teliti. Sistem ini boleh mengolah teks,
mengira panjang dan lebar halaman, mencipta dan mensaizkan grafik dengan
kelajuan yang tinggi. Keperluan storan boleh menjadi sangat besar apabila
seseorang mempertimbangkan satu halaman teks yang mengandngi aksara dan grafik
memerlukan storan sebesar satu megabait. Mikro komputer yang dikhaskan untuk
penerbitan meja mesti mempunyai ingatan yang banyak atau capaian rawak (RAM).
angka minima adalah lima megabait.
Pencetak laser.
Pencetak laser mestilah mempunyai mikroproses terbina
dalam, keupayaan storan yang besar (sekurang – kurang 3 megabait),
beberapa muka taip taip 9 sekumpulan
aksara, setiap satu mempunyai reka bentuk unik, gaya dan saiz yang banyak)
terbina dalam dan aturcara kawalan yang bertindak sebagai antara muka di
antaranya dengan komputer.
Aturcara kawalan.
Aturcara kawalan pada amnya disimpan dalam cip Rom pencetak
dan berkeupayaan untuk menterjemah kod cetak angka diletakkan atas dokumen anda
oleh perisian. Aturcara kawalan yang
banyak digunakan dirujuk sebagai bahasa perihal halaman. Bahasa perihalan
halaman menggunakan algoritma matematik untuk menghasilkan garisan dan lengkuk
yang mana membentuk fon. Oleh kerana garisan dan lengkuk yang sebenarnya
memberi rangka kepada fon, fon janaan bahasa perihal halaman disebut sebagai
rangka fon. Posskrip yang dihasilkan oleh Adobe inc. ialah satu contoh aturcara kawalan pencetak laser yang
paling popular yang bertindak sebagai satu bahasa perihal halaman. Selain daripada kebolehan menghasilkan fon, bahasa
perihalan dalaman sangat popular kerana ia tidak bergantung kepada mesin. Iaitu anda boleh menyediakan fail
posskrip, dan mencetaknya pada mana – mana pencetak laser atau penaip set yang
berupaya mencetak fail yang terdiri daripada fon janaan posskrip. Ciri ini
menawarkan lebih kelenturan apabila mencetak kepada penerbit penerbitan meja.
Kebanyakan pencetak laser yang
popular, seperti pencetak Laser Hawlett
Packard menggunakan bahasa perintah pencetak(PCL) sebagai aturcara
kawalan. pencetak yang dikawal oleh PCL boleh menghasilkan aksara yang dibentuk
oleh bintik- bintik yang disusun tepat dalam corak tetap yang memaparkan gaya
dan saiz fon tertentu. susunan ini disebut peta bit. imej yang dihasilkan oleh
peta bit tidak boleh dioleh oleh rangka
fon. Oleh kerana ingatan ingatan pencetak diperbaharui setiap kali ia dipasang,
fon mestilah dimuat bawah, atau dipindah daripada ingatan komputer kepada ingatan pencetak, sebelum
dicetak.
Tetikus
Peranti perkakasan tambahan yang
diperlukan oleh penerbit penerbitan meja yang serius adalah tetikus. Ia
merupakan peranti petunjuk yang direka bentuk untuk melajukan input dan
menyunting teks dan grafik. Penerbit penerbitan meja mestilah mempunyai
pengimbas optik. pengimbas optik boleh membaca teks dan grafik daripada sumber – sumber yang
telah diterbitkan dan menukarkan data tersebut kepada bentuk yang disimpan dalam
fail untuk diproses kemudian. Peranti ini boleh sangat berguna tetapi penerbit
penerbitan meja mestilah tidak melanggar undang – undang hakcipta.
Keperluan perisisan.
Penerbit penerbitan meja mempunyai pemproses kata untuk
menghasilkan isi teks dalam satu
penerbitan. Pemproses kata adalah contoh
perisian yang direka bentuk untuk
pengolahan teks di dalam ingatan mikrokomputer. Terdapat 2 jenis pemproses
kata– satu jenis yang meletakkan kod – kod yang diformatkan khas di dalam teks
untuk diterjemahkan semasa pencetakan dan jenis kedua yang memaparkan pada satu
skrin output yang sama seperti yang akan dicetak. Perisian yang khaskan untuk
mereka bentuk dan bentangan salinan - salinan disebut perisian gubahan.
Pemprosesan kata adalah yang mula – mula menggunakan perisian gubahan halaman.
Perisian gubahan halaman direka bentuk pengolahan teks dan grafik yang telah
dicipta dan disimpan terlebih dahulu untuk menghasilkan output cetakan
berkualiti tinggi. Perisian gubahan halaman boleh dibahagikan kepada dua jenis,
berorentasikan kod dan “apa dilihat itu diperolehi”(WYSIWYG).Kod yang direka
bentuk halaman dimasukkan dalam dokumen yang dihasilkan oleh perisian gubahan
halaman berorientasikan kod. Apabila
melihat dokumen tersebut seseorang dijangka melihat aksara – aksara yang
tidak menarik pada paparan komputer. Walaubagaimanapun, jika direka dengan
teliti, biasanya akan mengeluarkan hasil yang bermutu tinggi.Dokumen yang
bermutu tinggi adalah biasa bagi
perisian gubahan halaman berorientasikan kod kerana terdapatnya pilihan –
pilihan penaip set dalam perisian tersebut. Akibat daripada banyaknya pilihan
gubahan halaman berorientasikan kod,
satu tahap kemahiran penaip set tertentu mesti ada pada pengguna. Seseorang
yang tidak berpengalaman akan merasakan perisian gubahan halaman
berorientasikan kod bukanlah mudah dipelajari. Walaubagaimanapun, setelah
mempelajarinya, kebolehannya adalah setimpal dengan masa yang telah digunakan
oleh pengguna.
Perisian gubahan halam WYSIWYG
biasanya lebih ramah pengguna. ini adalah kerana skrin paparan menunjukkan apa
yang akan dicetak . Sifat ini memberi munasabah kepada keperluan storan
tambahan yang diperlukan oleh perisian gubahan halaman WYSIWYG.
Contoh perisian gubahan yang popular
untuk “apa dilihat itu diperolehi termasuklah Page Maker (hasilan Aldus
corporation) dan Ventura Publisher.
Kedua
– dua pakej ini mempunyai mikropemproses 80286,80386 dan 80486. Kedua – dua
merupakan pacuan menu dan ramah pengguna tetapi yang paling penting ialah
skrinnya memaparkan dokumen pada halaman bercetak.
Sebagai tambahan kepada perisian gubahan halaman, pencetak – pencetak
laser mempunyai aturcara kawalan. jenis aturcara ini mungkin berbeza – beza
bergantung kepada pengeluarnya. Aturcara
kawalan pencetak yang berkuasa disebut bahasa perihalan halaman. Bahasa
ini direka bentuk unutk membaca kod bentangan cetakan yang diletakkan pada
salinan anda oleh perisian gubahan halaman . Setelah membaca dan menterjemahkan kod – kod ini, mikropemproses
bagi pencetak laser akan menukarkannya kepada salinan yang dikehendaki. Kini,
Posskrip adalah bahasa perihalan halaman paling popular. Tiada penerbit
penerbitan meja yang boleh berfungsi tanpa menggunakan pencetak laser yang
mempunyai Posskrip.
Perisian pemprosesan kata terkini
menawarkan kepada pengguna banyak keupayaan yang dahulunya hanya didapati dalam
perisian penerbitan meja. Sebagai contoh, seseorang boleh menukarkan fon dan
mengimpot grafik dengan menggunakan pakej
pemprosesan kata WordPerfect versi terbaru. Pemprosesan kata yang mahir
bekerja bersama pakej pemprosesan kata yang baik seperti Word Perfect boleh
membuat keputusan yang sama tanpa menggunakan perisian penerbitan meja. Seorang
tidak berpengalaman lebih baik ia terus menggunakan perisian penerbitan meja
jika akhirnya mereka akan mencipta bentangan halaman yang sukar.
Proses Penerbitan Meja.
Proses penerbitan meja adalah
bersangkutan dengan reka bentuk dan penciptaan penerbitan yang akan dicetak
dengan pencetak laser.Setiap tatacara
yang terlibat dalam proses ini adalah :-
1.
Menganalis projek.
2.
Menyediakan teks.
3.
Mencipta dan Menggunakan grafik.
4.
Membentang halaman untuk penerbitan.
5.Meletakkan grafik.
6.Meletakkan
teks
7.Meletakkan
dokumen.
Menganalisis Projek.
Apabila menganalisis projek, anda
mesti tentukan pembaca sasaran, gaya penulisan, tajuk, penerbitan dan sistem
komputer.Dokumen yang berkesan direka bentuk dengan mengambil kira
pembaca.Terdapat 3 jenis pembaca iaitu :-
a. Pembaca
yang membaca apa sahaja yang dicetak pada sesuatu halaman kerana minat pada tajuk tersebut.
b.
Pembaca yang membaca sekali imbas
pada sesuatu halaman kerana hndak mencari
sesuatu tajuk tersebut.
c. Bukan pembaca.
Pembaca boleh menetukan reka bentuk
yang sesuai. Contohnya, juruteknikal memerlukan sedikit sahaja grafik
berbanding di sekolah tinggi lebih
banyak grafik.Pembaca sasaran mempunyai keputusan mengenai gaya penulisan yang
akan digunakan untuk mencipta dokumen.
Anda mesti mengatahui keupayaan dan batasan sistem penerbitan meja sebelum anda
menghabiskan masa mereka bentuk suatu terbitan tetapi pencetak tidak dapat
menghasilkannya.
Menyediakan Teks.
Pakej pemprosesan kata tradisional
boleh digunakan untuk memasukkan bahagian– bahagian teks daripada dokumen anda.
Kebanyakan dokumen terdiri daripada teks, adalah penting untuk penerbit
penerbitan mja menyediakan teks dengan teliti.
Kategori Teks.
Teks terdiri daripada taip dengan reka bentuk, gaya dan
saiz yang berbeza. Taip ini dipecahkan kepada
bahagian yang ddikategorikan mengikut ciri – ciri rekaa bentuk yang
berbeza. Bahagian taip yang disukai oleh pencetak adalah roman, san serif,
serif segiempat, skrip dan khas.
Bahagian dan muka taip.
Muka taip bahagian roman dikategorikan mengikut ketebalan
dan nipisnya garisan menegak dan mendatar. muka taip roman ini juga mengandungi
serif atau garisan palang yang diletakkan pada atas atau bawah sesuatu aksara.
Serif roman ini akan perlahan-lahan ternbentuk menjadi aksara dan bukan
kelihatan yang ia melekat kepadanya. dalam bahagian ini terdapat banyak
keluarga muka taip yang popular termasuklah Times, Palatino, Schoolbook dan
Bookman. Bahagian san serif termasuklah keluarga muka taip avant garde dan
helvetica yang dikategorikan oleh keluarga muka taip yang direka bentuk tanpa
serif. Jenis san serif mudah dikenalpasti kerana ketiadaan palang pangkah roman
serif.
Fon.
Fon mempunyai semua aksara muka tai,
gaya dan saiz tertentu. Fon diukur dalam titik dan pika terdapat 72 titik seinci
dan 6 pika seinci. Saiz titik biasanya diukur daripada atas huruf yang
tertinggi bagi sesuatu fon, disebut tangkai atas dan kebahagian bawah huruf
terendah disebut tangkai bawah.Gaya fon adalah variasi daripada muka taip yang
saiz.variasi yang berbeza bagi setiap fon menambah keberkesanannya. Variasi
paling popular yang dimasukkan dalam kebanyakkan keluarga muka taip adalah
italik. italik biasanya digunakan untuk menekankan kata atau frasa, tetapi
jarang digunakan untuk fon utama utama penerbitan kerana ia sukar dibaca.
Penjarakan.
Kaedah yang digunakan oleh pencetak
oleh pencetak laser untuk mengawal penjarakan antara aksara untk muka taip
tertentu bergantung kepada ciri – ciri penjarakan yang dibina dalam reka bentuk
fon. Setengah fon direka bentuk dengan satu jarak dan sesetengahnya dengan
jarak yang sama untuk setiap aksara di dalam semua fon .Dengan jarak yang
seimbang, penjarakan antara aksara yang dicetak bergantung kepada saiz aksara
tersebut. Oleh itu, lebih banyak banyak maklumat boleh dicetak di dalam ruang
diberi,tanpa menyukarkan pembacaan. Tambahan pula jarak antara huruf tersebut
untuk fon yang tertentu boleh diaturkan semula untuk memuatkan aksara tersebut.
Proses ini disebut pengkernaan.Penjarakan yang menegak antara baris disebut
leading. Leading adalah jarak yang diukur dalam titik, daripada pangkal aksara
atas baris kepada pangkal aksara di bawah baris. Oleh itu, fon yang digunakan
akan memberi kesan kepada leading dokumen.
Mencipta dan
Menggunakan Grafik.
Grafik boleh menghidupkan teks dan
menyebabkan ia lebih mudah difahami. terdapat 2 jenis grafik, taip paparan dan
kerja seni.Taip paparan adalah aksara – aksara yang telah diubah oleh perisian
graik atau perisian gubahan halaman. Unsur – unsur halaman yang bukan
tipografik adalah kerja seni. Kerja seni mungkin maha dan memerlukan kemahiran
yang khususnya untuk dihasilkan.
Membentang halaman.
Seni meletakkan teks dan grafik atas halaman disebut
bentangan halaman bergantung kepada atribut halaman dan mentakrif rupanya. Rupa
bergantung kepada grid. grid ini
termasuk panduan atau garisan bukan cetakan yang didapati daripada atribut halaman
seperti halaman, jidar, lajur dan saiz aksara dan juga pelangkauan baris, ruang
kosong, dan penjarakan teks. Panduan ini digunakan untuk menjajarkan teks dan
grafik dan kemudian akan diletakkan pada halaman. Perisian gubahan halaman
mempunyai sifat– sifat yang membolehkan anda meletakkan halaman induk. sifat
sifat begini disebut penggreekkan.Penggreekan adalah proses menukarkan teks ke
pemegang peletak untuk teks. Satu bentangan grid boleh memberi kesan kepada
setiap halaman sebelah kiri di dalam dokumen dan bentangan grid yang berlainan
boleh memberi kesan kepada sebelah kanan setiap muka surat di dalam dokumen.
Bentangan grid yang sama bagi setiap muka surat di sebelah kiri atau kanan
dokumen digunakan untuk membentang Halaman Induk. Perisian gubahan halaman membenarkan anda mencipta
bentangan grid Halaman Induk serta bentangan grid yang berkemungkinan unik
untuk satu muka surat tertentu di dalam dokumen.
Meletakkan Grafik
Setelah bentangan halaman induk dan reka bentuk selesai,
ianya boleh diisi dengan grafik dan diikuti dengan teks. Grafik boleh diimpot
sama ada ke dalam bentangan halaman anda atau dicipta terus pada halaman dengan
bantuan perisian gubahan halaman. Setelah dimasukkan, grafik boleh dikecilkan
atau digerakkan jika perlu.
Meletakkan teks.
Perisian gubahan halaman membenarkan anda mengimpot teks
yang dicipta oleh pemproses kata atau mencipta terus ke atas muka surat. Teks
yang diimpot akan mengalir atau isi ke dalam lajur muka surat sehingga penuh.
Jika terdapat lebih banyak teks, anda mestilah memberitahu perisian gubahan
halaman untuk terus mengisi lajur seterusnya. Proses ini boleh mengambil masa
yang lama jika sesuatu dokumen itu panjang.
Mencetak dokumen.
Pencetak laser boleh mencetak dokumen anda. Skrin paparan
boleh memaparkan fon yang tidak boleh dipaparkan oleh pencetak laser. Jika
pencetak mempunyai perisian halaman seperti Posskrip, lebih banyak atribut
bentangan dan keluarga fon boleh
didapati. Oleh itu, dokumen yang
lebih bermutu dihasilkan.
Masa Depan Penerbitan
Meja.
Pada masa kita mengharapkan penerbitan meja yang boleh menghasilkan dokumen yang bermutu dan
pada kadar yang lebih pantas.Teknologi yang bermutu menghasilkan sistem
komputer yang berkeupayaaan untuk membekalkan lebih kelajuan dan ingatan,
seterusnya membolehkan pengolahan dokumen pada bila – bila masa dan pada kadar
yang pantas. Pencetak – pencetak akan mempunyai storan yang besar dan lebih
mudah diaturcara. Akhir sekali, perisian gubahan halaman boleh didapati pada
semua pencetak laser, menawarkan lebih banyak pilihan, lebih mudah dipelajari
dan paling baik adalah ia menjadi lebih murah.
Kesimpulannya,
Penerbitan Atas Meja membolehkan pengguna menambah gambar dan grafik atau
menyerlah teks dengan ciri format khas.Ianya untuk memudahkan penghasilan risalah,
bahan edaran dan dokumen.
Contoh Penerbitan atas
meja (seperti
Desktop Publisher, PageMaker
QuarkXPress dan Venture)
PENGANALISIS DATA DAN UTILITI
Utiliti adalah aturcara yang membolehkan pengendalian asas
komputer seperti Scandisk Defrag , buka fail, tutup fail, rename, save ,
scandisk, refresh dan lain-lain lagi.
Contoh Utiliti (seperti perisian antivirus,
Menyahfragmentasi Disk, Screen Saver)
PerisianUtiliti
Perisian ini digunakan untuk mengurus komputer, peranti-perantinya atau program.
Program utiliti yang popular melakukan fungsi-fungsi berikut melihat fail (viewing files):
memampat fail, mendiagnos fail, scandisk, menyah fragmentasi disk dan lain-lain lagi.
Contohnya :
Perisian antivirus, Menyahfragmentasi Disk, Screen Saver
Perisian ini digunakan untuk mengurus komputer, peranti-perantinya atau program.
Program utiliti yang popular melakukan fungsi-fungsi berikut melihat fail (viewing files):
memampat fail, mendiagnos fail, scandisk, menyah fragmentasi disk dan lain-lain lagi.
Contohnya :
Perisian antivirus, Menyahfragmentasi Disk, Screen Saver
No comments:
Post a Comment