Komputer Tingkatan Satu



PERATURAN ASAS MAKMAL BESTARI SAINA 

  1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
  2. Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
  3. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
  4. Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
  5. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
  6. Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Pengguna makmal komputer.
  7. Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log/rekod penggunaan makmal computer.
  8. Pengguna dilarang melayari internet melalui pautan kepada alamat-alamat yang melampau/tidak bermoral (lucah).
  9. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
  10. Pengguna dilarang membuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di computer.
  11. Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
  12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
  13. Jika terdengar sebarang bunyi atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang kejadian yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas.
  14. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan pembelajaran.




PENJAGAAN PERKAKASAN KOMPUTER

  1. Penjagaan monitor, jangan menutup lubang udara dengan barang perhiasan atau kain tebal.
  2. Penjagaan CPU, dapatkan sedikit ruang lebih kurang 20 cm antara CPU dan dinding untuk laluan udara.
  3. Pastikan CPU jauh dari medan magnet yang boleh mengganggu prestasi komputer.
  4.  Letakkan CPU di kawasan yang sejuk dan kering, serta jauh dari pancaran matahari. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di dalam CPU. CPU yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya.
  5. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan dalaman, vakum celah-celah bilah kipas dan sink haba dengan dibantu berus kecil. Setelah selesai kerja, skrukan balik kipas di atas sink haba dan pastikan kipas CPU berpusing bila komputer dihidupkan.
  6. Susun kabel-kabel dalam CPU agar laluan udara tidak dihalang di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.
  7. Papan Kekunci - Cuci permukaan papan kekunci dengan kain atau tisu lembap. Vakum celah-celah kekunci dengan dibantu berus kecil serta gunakan cecair pencuci CD dengan tisu pada tanda-tanda degil.
  8.  Jangan membiasakan makan dan minum di depan komputer. Air minum yang tertumpah pada papan kekunci boleh mengakibatkan takungan air di dalamnya dan merosakkan papan kekunci.
  9. Tetikus - Pusingkan penutup ke kiri atau ke kanan, keluarkan bebola tetikus dan cuci dengan kapas campur setitik dua cecair pencuci CD.Guna kapas bayi untuk mencuci bahagian dalam tetikus dan cuci pada tetikus dengan kain lembap.

PENJAGAAN PERISIAN KOMPUTER

  1. Simpan atau download semua driver serta manual yang dibekalkan kerana sekiranya ada masalah pada sistem, pemasangan dapat dibuat semula dengan mudah.
  2. Salin semua driver ke satu direktori dalam cakera keras atau USB.
  3.  Pastikan PC dipasang dengan program anti-virus dan sentiasa dikemas kini (update).
  4. Jalankan checkdisk dan scandisk setiap minggu atau bila disyakI sistem terganggu.
  5. Buat defragment pada cakera keras (hard disk) setiap minggu atau sebulan sekali.
  6. Tujuannya supaya sistem tersusun kemas dan cakera keras tidak perlu bekerja keras setiap kali ada pencarian program atau fail.
  7.  Hapus (delete) fail yang tidak perlu. Fail-fail yang tidak perlu ini termasuklah fail-fail yang berakhir dengan .chk, fail-fail log dan fail-fail yang digunakan sementara.


KAEDAH PENJAGAAN KOMPUTER DAN CAKERA
 

1. Jangan membuka dan menutup komputer terlalu kerap .
2. Elakkan getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.

3. Tempatkan komputer di bilik berhawa dingin, di tempat yang teguh dan tetap.

4. Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer. Minuman yang tertumpah keatas keyboard / terkena disket / masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.

5. Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .

6. Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer. Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.

7. Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk yang halus yang masuk kemotherboard akan memendekkan hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur nyamuk.

8. Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write head pada pemacu cakera menyebabkan ia tidak dapat digunakan.

9. Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat pada kesihatan anda bahkan juga kepada kesihatan komputer anda.

9. Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani sebab permaidani (carpet) adalah penghasil cas elektrik statik yang terbaik.

10. Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.

11. Gunakan AVR - Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik bukannya tetap 230V AC. Ada ketikanya terkurang/terlebih voltage. Kalau ada kilat dan terlupa mencabut palam dan jika nasib baik AVR yang rosak bukannya komputer.

12. Back up segala data penting anda. Sebabnya kalau Hard disk rosak, habis semua hasil kerja yang sudah disiapkan.

13. Scan HDD sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang file bermasalah. Boleh gunakan scandisk.exe / mana mana program komersial.

14. Scan dengan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.

15.Digalakkan gunakan 2 hard drive / hdd dformat kepada lebih dari satu partition, satu untuk bekerja dan satu lagi untuk stor/backup

 

KESELAMATAN DATA DAN FAIL


    Dalam era siber kini keselamatan data atau fail adalah amat penting bagi memastikan fail-fail data tidak terdedah kepada akses secara haram, pengubahan atau penghapusan serta memelihara integriti, kebolehsediaan, kesahihan dan keselamatan data atau maklumat.

    Maklumat yang dimaksudkan adalah merupakan hasil terakhir sesuatu sistem pengkomputeran dan dengan itu ianya sangat bernilai dan bagi sesebuah organisasi atau individu. Kehilangan atau kemusnahan data/maklumat yang disimpan dalam komputer sering berlaku disebabkan oleh kejadian-kejadian seperti kebakaran, pengkhianatan, kecurian dan kecuaian.

    Oleh itu, Pengawalan sebegini diperlukan agar data yang digunakan dan disimpan di dalam storan tidak diganggu serta bagi memastikan data yang diterima adalah sama dengan data yang dihantar. Ia juga berperanan untuk mengelakkan data yang dihantar selamat daripada intipan. Terdapat pelbagai cara memastikan keselamatan data, antaranya adalah seperti berikut;

    a. Pencaman Pengguna (User-Id) Semua pengguna sistem komputer akan disediakan dengan kod pencaman bagi membolehkannya membuat capaian.Setiap pengguna akan diberikan kod pencaman pengguna yang tidak boleh dikongsi dan pengguna mestilah menyediakan pengesahan (authentication) (ie. kata laluan) yang hanya diketahui oleh pengguna berkenaan.
    b.Penggunaan pengesahan (authentication) dan kod pengenalpastian (user identification code / password dan penyulitan (encryption) bagi mengelakkan data daripada capaian secara tidak sah.
    c. Penggunaan firewall iaitu perkakasan dan perisian yang direkabentuk khusus bagi memelihara data dan rangkaian daripada virus yang memusnahkan sistem komputer. Contoh virus ialah seperti worm, trojan horse, adware, spyware, hacker, phishing, spam e-mail, dialer dan pharming.
    d. Penggunaan pengesahan (authentication) juga berperanan untuk memelihara data dan rangkaian daripada bencana seperti kecurian, kebakaran dan sebagainya. Pengesahan adalah;
    i. Pengesahan pengiriman sesuatu mesej.
    ii. Mengesahkan identiti pengguna yang akan mencapai sumber-sumber dalam komunikasi data.
    iii. Pengesahan dengan menggunakan kata laluan (password).
    iv. Ia diperlukan oleh hos komputer atau peranti tertentu untuk mengesahkan identiti sebelum memasuki sesuatu sistem.

    3 kaedah pengesahan dengan menggunakan password iaitu sesuatu yang dimiliki (something possessed), yang wujud (embodied) dan yang diketahui (known)



    LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN DATA.
    1. Backup data secara berkala dengan menyimpannya pada CD, thumb drive dan sebagainya
    2. Install perisian anti virus.
    3. Run Windows up date/software update.
    4. Install pengimbas spyware/adware.
    5. Jangan buka sebarang ‘attachment’ yang tidak dikenali.
    6. Aktifkan penapis junk e-mail dan buang fail yang tidak berkaitan.
    7. Minta nyatakan nama attachment, format dan aplikasi yang digunakan oleh pengirim email.

    KOMPONEN SISTEM KOMPUTER 

    1. Komputer ialah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data (input), memproses data ke bentuk maklumat yang berguna kepada manusia (output) dan menyimpan data dalam storan sekunder untuk simpanan atau kegunaan akan datang. 
    2. Sistem komputer terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan(hardware), perisian(software), dan akhir sekali pengguna(user). 
    3. Perkakasan ialah semua peralatan yang berkaitan dengan komputer. Peranti yang disambung terus ke komputer dikenali sebagai peranti periferal. Ia termasuklah peranti input, output, dan storan sekunder. Terdapat empat unit perkakasan computer iaitu unit input, unit pemproses, unit output dan unit storan. 
    4. Perisian ialah set arahan yang mengarahkan komputer apa yang perlu dilaksanakannya. Ia juga dikenali sebagai program iaitu set arahan yang mengarahkan komputer langkah demi langkah melaksanakan tugas dan menghasilkan keputusan. Terdapat dua kategori perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.
    5. Perisian Sistem ialah perisian yang direka bentuk untuk melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengawalan terus dan penggunaan perkakasan komputer. Contohnya ialah seperti diatas iaitu DOS, UNIX, Operating System dan sebagainya.
    6. Perisian Aplikasi ialah perisian yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugas pengguna. Contoh kita boleh nyatakan banyak seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint, Microsoft Access, Notepad, Frontpage Express, Neoplanet, Adobe Photoshop, Macromedia Dreamweaver, dan banyak lagi.
    7. Terdapat lima kategori perisian aplikasi, iaitu ;-
    • Pemproses Perkataan (Word Processing) Microsoft Word
    • Lembaran Elektronik (Electronic Spreadsheet) Microsoft Excel
    • Pengurusan Pangkalan Data (Database Management) Microsoft Access
    • Grafik (Graphics) Microsoft Power Point, Adobe Photoshop
    • Komunikasi (Communication) Netscape, Neoplanet, Internet Explorer 
       
    8. Pengguna atau Pekerja yang diperlukan untuk melaksanakan sistem komputer.
    • Operator Kemasukan Data - menyelesaikan data untuk pemprosesan.
    • Operator Komputer - mengawasi komputer, mengkaji prosedur dan memastikan peralatan periferal sentiasa berfungsi.
    • Pustakawan - menkatelog dan menyimpan cakera serta pita.
    • Pengatur Cara Komputer - mereka bentuk, menulis, menguji, dan melaksanakan program komputer.
      Juruanalisa Sistem - berpengetahuan dalam pengaturcaraan, mereka, merancang dan mereka bentuk sistem komputer .
    • Pengurus - pengurus perlu memahami matlamat dan operasi organisasi serta teknologi komputer .
    • Pengurus Rangkaian - melaksanakan dan meyelenggara rangkaian

    SEJARAH PERKEMBANGAN KOMPUTER

    Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu:
    a) Sebelum tahun 1940
    b) Selepas tahun 1940


    Sebelum tahun 1940



    Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh. Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkan sistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.

    Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.

    Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier (Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad. Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

    Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.

    Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.

    Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju. Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

    Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.
    Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.
    Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal. Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.
    Selepas tahun 1940
    Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk pengawasan.
    Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam kurungan menandakan tarikh anggaran.
    GENERASI PERTAMA (1940-1959)
    GENERASI KEDUA (1959-1964)
    GENERASI KETIGA (1964-1980)
    4) GENERASI KEEMPAT (1980-sekarang)
    Generasi Kelima (masa depan)

    Generasi Pertama
    Komputer dihasilkan adalah elektronik sepenuhnya. Saiznya agak besar (hampir menyamai sebuah bilik tidur) dan dikategorikan kepada Kerangka Utama (Mainframe). Ia menggunakan tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil yang cepat panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan amat banyak agar tidak menjejaskan keupayaan komputer. Ia juga menggunakan tenaga elektrik dengan banyak.
    Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan sekelilingnya.
    Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert pada tahun 1946.
    Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas pemprosesan dan storan.
    Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan.
    Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.
    Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan perniagaan muncul selepasnya.
    Pada tahun 1946, menyaksikan komputer elektronik sepenuhnya direka oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC mengambil ruang sebanyak 140 meter persegi, berat 30 ton, menggunakan 130 kilowatt tenaga dan 1800 tiub vakum. Ingatannya disimpan diluar dengan menggunakan suiz dan wayar. Ia berupaya melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat. Ia dikendalikan oleh hanya jurutera terlatih. John Von Neumann akhirnya mencadangkan penggunaan Konsep Aturcara Tersimpan iaitu komputer menyimpan ingatan didalam storan utama. Ia menggunakan nombor binari.
    Dr. John Mauchly dan Presper Eckert sekali lagi mencipta EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub vakum. Ia lebih cekap dari ENIAC dan menggunakan Konsep Aturcara Tersimpan. EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) yang menggunakan raksa dan tiub vakum untuk menyimpan ingatan telah dicipta. UNIVAC1 (Universal Automatik Calculator) ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert mula dikeluarkan pada tahun 1951 adalah komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia juga menggunakan raksa untuk storan

    Nota lanjutan

    2.0.1 Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
    1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
    2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat; lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
    3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
    4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.
    Contoh :
    • ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
    • ENIAC - diusahakan oleh John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang.
    • EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 )
    • IBM 700 ( 1953 )
    • IBM 650 ( 1959 )

     5. Kelemahan Komputer Generasi Pertama
    • Tiub hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak serta sukar untuk mengawal suhunya.
    • Tiub-tiub vakum mudah rosak dan pengguna yang menggunakan komputer tersebut tidak tahu sama ada terdapat kesilapan dalam pengaturcaraan komputer atau kerosakan pada komputer tersebut apabila komputer yang mereka gunakan "seragam".
    • Bahasa yang digunakan merupakan bahasa mesin (machine language), yang menggunakan rangkaian nombor-nombor yang merupakan arahan-arahan yang diikuti oleh komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas. Disebabkan proses penggunaan nombor untuk menulis atur cara komputer, ini menyukarkan proses pengaturcaraan komputer tersebut.
    • Ketidaktepatan pemprosesan data dan harganya tinggi.

    Generasi kedua
    Komputer-komputer generasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya.

    Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian pengendalian komputer menjadi lebih mudah.

    Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan. Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.

    Nota Lanjutan

    2.0.2 Generasi Kedua (1959 - 1964)

    1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
    2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
    3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
    4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
    5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
    6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
    7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
    8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.
    Contoh :
    a. IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain.
    b. UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.

    9. Kelebihan transistor ialah saiznya yang kecil, penggunaan tenaga yang rendah dan kecekapan transistor yang lebih baik jika dibandingkan dengan tiub vakum.


    Generasi ketiga
    Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.

    Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya popular digunakan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

    Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini. Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

    Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang paling popular pada mikrokomputer.

    Nota Lanjutan

    2.0.3 Generasi Ketiga (1964 - 1970)

    1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
    2. Atur cara lebih serasi.
    3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
    4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
    5. Lebih kuat, utuh dan padat.
    6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.
    Contoh :
    a. IBM 360 ( 1964 )
    b. Bermulanya era minikomputer - PDP-8 ( 1965 )
    c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000
    7. Kelebihan Cip IC ialah kos yang rendah dalam pembuatan cip IC tersebut, penggunaan teraga yang rendah, kepadatan cip IC tersebut (mengurangkan masa pengaliran elektrik dalam cip tersebut) dan kecekapan cip IC jika dibandingkan dengan transistor.


    Generasi keempat
    Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.

    Nota Lanjutan

    2.0.4 Generasi Keempat (1971 -1999)

    1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
    2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
    3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
    4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory
    ( CD ROM )).
    5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
    Contoh :
    a. IBM 370 ( 1970 )
    b. PDP-11 ( 1970 )
    c. bermulanya era mikrokomputer. Mikrokomputer pertama ialah MITS ( Altair 8800 ) 1975. Selepas itu, Apple I dicipta oleh Steve Mozniak dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET.
    d. VisiCalc ( Visible Calculator ) - sebuah pukal hamparan elektronik oleh Dan Brickland.
    e. Super komputer yang popular ialah CRAY I.

    Generasi kelima
    Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu masa.

    Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".

    Nota Lanjutan 

    2.0.5 Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini)
    1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia.
    2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
    3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
    4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.
    Contoh :
    a. Pentium III
    b. Pentium III Xeon

    TOKOH KOMPUTER.


    1. Wilhelm Schickhard telah membina computer automatic pada tahun 1623.
    2. Blaise Pascal telah membina computer digital pada tahun 1642.
    3. Charles Babbage telah mencipta enjin pembezaan.
    4. Ada Augusta Lovelace adalah pengaturcara computer yang pertama di dunia.
    5. Herman hollerith telah membina mesin kad tebuk untuk jabatan perangkaan Amerika syarikat pada tahun 1890.
    6. Komputer mekanik pula dibina oleh Konrad Zuse pada tahun 1938.
    7. John Atanasoff dan Clifford Berry telah membina computer elektronik pertama pada tahun 1939.
    8. John P.Eckert dan John W. Mauchly telah mencipta computer digital elektronik yang pertama di dunia pada tahun 1942.
    9. Cakera keras yang pertama telah dibina pada tahun 1956, digunakan untuk menyimpan data. Dinamakan RAMAC 305 dan mempunyai kapasiti 5 MB.
    10. Litar paduan pertama telah dibina oleh Jack Kilby pada tahun 1958.
    11. Laksamana Grace Hopper telah merekacipta pengkompil computer pertama pada tahun 1952. Pengkompil adalah perisian yang menukarkan bahasa computer yang difahami oleh manusia kepada bahasa mesin.Beliau telah merekacipta bahasa pengaturcaraan COBOL.
    12. 1963, Douglas Engelbert telah merekacipta tetikus.
    13. 1964, John Kemeny dan Thomas Kurtz telah merekacipta bahasa computer yang diberi nama BASIC.
    14. 1968, Douglas Engelbert telah merekacipta system computer yang lengkap dengan papan kekunci, tetikus, keypad dan system kendalian berasaskan grafik.
    15. 1969, Syarikat Honeywell telah mengeluarkan computer peribadi yang pertama.


    Rancangan Pengajaran Tahunan 1 ( Literasi Komputer 2018)



    No comments:

    Post a Comment

    GOMO FM