Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah.

PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang ditubuhkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat dan dasar negara yang bertujuan melahirkan golongan cendiakawan yang bakal mewarisi negara Malaysia.



BILAKAH SMSPS DIASASKAN?
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena siap dibina pada pertengahan tahun 1995. Pada masa itu pengurusan SMSPS dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman yang diamanahkan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia.



LOKASI SMSPS
Sekolah Menegah Sains Pokok Sena telah dibina di satu kawasan di kilometer 20 sebelah kiri jalan utama dari Alor Setar, menghala ke Kuala Nerang, Kedah. Bangunan-bangunan yang didirikan meliputi bangunan pentadbiran, bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, Dewan Sri Angsana, kantin sekolah, asrama putera dan puteri, dewan makan, Surau Al-Fatanah, dan lain-lain dimana semua bangunan-bangunan tersebut terletak di kawasan tanah seluas 50 ekar.


PIAGAM SEKOLAH

Dalam usaha merealisasikan Wawasan Negara,Wawasan Pendidikan dan Hala Tuju Sekolah Berasrama Penuh serta selaras dengan Falsafah Pendidikan  Kebangsaan , maka kami berjanji dan berikrar akan:

Sentiasa memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar bagi memastikan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Mendokong perkhidmatan Cekap, Cepat, Tegas dan Tepat  bagi mewujudkan pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah demi kepentingan bersama.

Sedar dan selalu berusaha melengkapkan kemudahan fizikal dan keceriaan sekolah dalam mewujudkan suasana persekitaran yang indah dan harmonis dalam kontek “ Sekolah Ceria, Kita Bahagia”.

Prihatin terhadap masalah disiplin pelajar dan sentiasa berusaha menanganinya dengan menawarkan perkhidmatan penyayang kepada seluruh warga Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah Darul Aman

Selalu berusaha mewujudkan komitmen dan kerjasama yang mesra di kalangan guru, pelajar, kakitangan dan ibu bapa serta masyarakat setempat sesuai dengan “ Permuafakatan atau Collaborative School”.

VISI SEKOLAH
"Kegemilangan semua bidang"
Melahirkan murid yang terbilang dalam pelbagai bidang ilmu, kemapanan sahsiah, kemantapan iman dan taqwa, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi memenuhi tuntutan wawasan negara.



MISI SEKOLAH
"Sekolah Berkualiti"
SMSPS berperanan:
.: Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif :.
.: Mempraktikan budaya ilmu :.
.: Memperlihatkan sahsiah yang terpuji :.
.: Mewujudkan semangat berani bersaing :.
.: Membentuk jati diri yang unggul :.



BENDERA SEKOLAH



HIJAU - Keseimbangan dunia dan akhirat
BIRU - Perpaduan dan permuafakatan warga sekolah
PUTIH - Kesucian dan keikhlasan
KUNING - Kesetiaan kepada sekolah dan negara
MERAH - Keberanian dan kekuatan rohani serta jasmani



COGAN KATA SEKOLAH

BERILMU - Mempunyai banyak ilmu
BERAMAL - Melakukan sesuatu sebagai satu kebiasaan
BERTAQWA - Takut dan taat pada perintah Allah SWT
Cogan kata Sekolah Menengah Sains Pokok Sena ialah Berilmu, Beramal, Bertaqwa. Ia membawa maksud bahawa seorang penghuni sekolah ini perlu menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin selama berada di sini. Setelah berilmu, mereka perlu mengamalkan segala ilmu yang diperolehi dengan cara yang betul. Individu yang berilmu dan mengamalkan ilmunya akan melahirkan insan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ia selaras dengan konsep SBP yang ingin melahirkan warga Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang cemerlang dalam semua aspek. Cogan kata Berilmu, Beramal, Bertaqw melengkapi sifat warga impian SBP.



DOA RASMI SEKOLAH


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Pada Pagi Yang Kudus Ini Kami Bermohon Kau
Bukakanlah Pintu Hati Kami, Ibubapa Kami, Guru-Guru
Kami Supaya Mudah Menerima Nur Dan Hidayah Mu Bagi
Kami Mengejar Dan Memperjuangkan Cita-Cita Kami.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Engkau Jadikanlah Permulaan Hari Nin Segala Kebaikan
Bagi Kami Dan Akhirilah Hari Ini Dengan Segala
Kecemerlangan Bagi Kami, Engkau Jadikanlah Hari Bagi
Kami Lebih Baik Dari Semalam Dan Engkau Jadikanlah
Hari Esok Bagi Kami Lebih Baik Dari Hari Ini.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Kami Dengan Rasa Tawadhu' Memohon Perlindungan Dari
Mu Dari Sifat Alpa Dan Putus Asa, Dan Sifat Penakut Dan
Bakhil Dan Segala Sifat Keji Yang Engkau Tidak Redhai.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Engkau Satukanlah Hati-Hati Kami, Engkau
Tingkatkanlah Keimanan Dan Ketaqwaan Kami, Engkau
Bersihkanlah Hati Kami, Engkau Tambahkanlah Ilmu
Kami, Engkau Permudahkanlah Urusan Kami, Engkau
Ringankanlah Bebanan Kami Dan Engkau Kuatkanlah
Keyakinan Dan Iltizam Kami.
Ya Allah Ya Rabbal'alamin

Di Pagi Ini Jua Kami Menadah Kedua-Dua Belah Tangan Ini
Memohon Restu Dari Mu Agar Diampun Segala Dosa Kami,
Dosa Ibu Bapa Kami, Dosa Guru-Guru Kami Kerana Kami
Sentiasa Menzalimi Diri Kami Ini Sendiri Dan Berikanlah
Kepada Kami Petunjuk Dan Hidayah Mu Semoga Kami Akan
Sentiasa Mematuhi Segala Ajaran Mu Dan Menjauhi
Segala Larangan Mu

Walhamdulillahirabbil'alamin



LAGU SEKOLAH

SMSPS dipuja,
Sekolahku yang tercinta,
Kamilah putri putra jaya,
Mendukung wawasan negara.

Kami pelajar setia,
Disiplin santapan jiwa,
Tekun serius berusaha,
Cemerlang di hari muka.

Berilmu harapan semua,
Beramal dan bertakwa,
Menjadi insan mulia,
Seimbang akhirat dunia.

Doa ayah dan ibu,
Bimbingan panduan guru,
Kami berjanji bertekad,
Semoga Allah memberi berkat.

SMSPS dipuja,
Sekolahku yang tercinta,
Kamilah putri putra jaya,
Mendukung wawasan negara.

Kami pelajar setia,
Disiplin santapan jiwa,
Tekun serius berusaha,
Cemerlang di hari muka.

Berganding bahu, bersatu hati,
Membela bangsa pertiwi,
Semua janji mesti dikota,
SMSPS kepunyaan kita.

Doa ayah dan ibu,
Bimbingan panduan guru,
Kami berjanji bertekad,
Semoga Allah memberi berkat.

Download Lagu Sekolah mp3.

 IKRAR RASMI SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA

Bahawasanya kami,
Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,
Dengan ini,
Berikrar dan berjanji,
Akan melaksanakan kewajipan kami,
Sebagai pelajar yang peka,
Dengan kehendak dan harapan,
Ibubapa, guru dan negara,
Untuk menjadi,
Insan yang berilmu,
Beriman dan bertakwa,
Serta beramal soleh.

Kami bertekad dan berazam,
Untuk belajar bersungguh-sungguh,
Sehingga tercapai kecemerlangan,

Kami berjanji,
Akan mengambil bahagian cergas,
Dalam kegiatan-kegiatan sekolah,
Dan akan sentiasa mengharumkan,
Memelihara dan meninggikan,
Nama baik sekolah.

Kami juga,
Akan mematuhi peraturan sekolah dan asrama,
Serta,
Menjadi pelajar yang berakhlak mulia,
Yang sentiasa mencari keredhaan Allah S.W.T



PEGAWAI YANG MULA BERTUGAS DI SMSPS

Pada 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan En. Muhamad Hasnan bin Hasan mula datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu En. Muhamad Hasnan bertugas di SBP, Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.

Pada tarikh yang sama juga iaitu 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Ismail bin Haji Bakar datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu beliau bertugas di Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar, Kulim, Kedah.

Bagi melengkapkan pentadbiran sekolah, pada 15 hb. Disember 1995, En. Khalid bin Dan melaporkan diri untuk menjalankan tugas rasmi sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu, En. Khalid bin Dan berasal dari SBP, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin, Bukit Mertajam Seberang Perai, Pulau Pinang. Semua pegawai-pegawai di atas adalah lantikan bahagian Sekolah-sekolah Berasrama Penuh. 


TUGASAN AWAL

Oleh kerana pelajar-pelajar belum mendaftarkan diri, maka tugasan pegawai-pegawai di atas yang diketuai oleh Pengetua adalah membuat persiapan menyusun autr kedudukan perabut pejabat sekolah, memasang katil- katil pelajar di asrama, menyusun kerusi meja di dewan makan dan lain-lain. Di samping itu,  tugasan yang amat penting ialah menghantar maklumat-maklumat lengkap kepada pelajar-pelajar yang diterima masuk belajar di sekolah ini.


PERTAMBAHAN PEGAWAI.

Mulai 1 Januari 1996 seorang demi seorang guru datang melaporkan  diri. Di samping itu juga staf sokongan bahagian pejabat dan makmal turut hadir melaporkan  diri untuk bertugas. Maka dengan itu,  semakin bertambah mantap pengurusan pentadbiran sekolah.


KEMASUKAN PELAJAR

Pelajar Tingkatan 1 mula  melapor diri pada 7 Januari 1996, dan diagihkan kepada  lima kelas yang disusun dengan perkataan PSENA, iaitu 1P, 1S, 1E, !N dan 1A . Semua pelajar berjumlah 132 orang yang datang daripada pelbagai negeri.

Pelajar tingkatan 4 seramai  115 orang melapor diri pada 15  Januari 1996 dan ditempatkan di enam kelas yang juga disusun dengan perkataan PSENAK iaitu 4P, 4S, 4E, 4N, 4A dan  4K.


KEMUDAHAN YANG SEDIA ADA.

Terdapat pelbagai kemudahan yang telah disediakan di antaranya:

1.            Bangunan Sekolah
2.            Bangunan Asrama
3.            Dewan Besar (Dewan Seri Angsana)
4.            Surau Al-Fatonah
5.            Padang Permainan
6.            Bengkel Kemahiran Hidup
7.            Kuarters Guru
8.            Kuarters Pekerja
9.            Pondok Pengawal
10.         Dewan Makan
11.         Makmal Sains Tulin


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH



1
Kod Sekolah
KEAB 002
2.
Nama Sekolah
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,

3.
Alamat Sekolah
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,
06400 Pokok Sena,
Kedah Darul Aman.

4.
Negeri
Kedah
Daerah
Pokok Sena

Nama Pengetua
Jamaluddin bin Ariffin

N0 Telefon
047823733
No. Faksimili
047825275

Alamat e-mail Rasmi Sekolah
Email:  smsps@walla.com
5.
Bilangan Guru
Lelaki  =      24
Perempuan  =   33
Jumlah =  57

Bilangan Staf Sokongan
Lelaki  =     11
Perempuan  =  11
Jumlah =  22
6.
Enrolmen Murid
Lelaki  =      343
Perempuan =    352
Jumlah =  695

Bilangan Murid Asrama
Lelaki  =      343
Perempuan =    352
Jumlah =  695
7.
Bilangan murid yang mengambil peperiksaan
PMR
126
SPM
151
8.
Sesi Persekolahan
1 Sesi



9.
Tahun Sekolah ditubuhkan
1996



10.
Jenis Sekolah
SEKOLAH KLUSTER DAN KECEMERLANGAN
11.
Lokasi Sekolah
Luar bandar














KEPAKARAN GURU SEKOLAH

BIL
KEPAKARAN
MATA PELAJARAN
JUMLAH GURU
1
GURU CEMERLANG
BAHASA MELAYU
1

PENDIDIKAN ISLAM
1

2
PEMERIKSAAN KERTAS PEPERIKSAAN
BAHASA MELAYU
2

BAHASA INGGERIS
3

PENDIDIKAN ISLAM
3

SEJARAH
1

MATEMATIK
1

SAINS
1

FIZIK
1

BIOLOGI
1

MATEMATIK TAMBAHAN
1



KEMUDAHAN SEKOLAH

Bil
Kemudahan Sekolah
Ulasan
1.

Makmal Sains – 10 buah
-          Beroperasi dengan baik
-          Makmal Sains KBSM diubahsuai menjadi bilik kuliah Sains
-          Penambahan 3 makmal Sains KBSM di bangunan baru

2.

Pusat Sumber Sekolah (Bilik Tayang, Bilik Bacaan, Bilik Operasi)
Terletak dibangunan baru di aras bawah dan tingkat 1

3
Makmal komputer PIBG
Pusat Sumber lama di ubahsuai menjadi makmal komputer PIBG

4.

Bilik Komputer – 1 buah
Makmal Bestari

5.

Komputer – 84 buah
Sumber:
1.    Daripda BTP
2.    Sumbangan PIBG

6.

Bilik Self Access Learning Centre (SALC) – 1 buah
Sebagai bilik P & P Bahasa Inggeris

7.

Bilik Kelas – 24 buah
Persekitaran yang kondusif untuk proses P & P

8.

Bilik Khas (Bahasa Jepun , Bahasa Arab, Bahasa Jerman dan Bilik Wawasan – Kemanusiaan)
Diguna untuk proses P & P dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan

9.
Bilik Kuliah 1 dan 2
-       Diubahsuai dari  4 bilik kelas
-       Bilik Kuliah 1 untuk Tingkatan 3
-       Bilik Kuliah 2 untuk Tingkatan 5

10.

Bengkel Kemahiran Hidup – 7 buah
1.    Bengkel Elektrik & Elektronik
2.    Bengkel Enjin & Paip
3.    Bengkel Kerja Kayu & Logam
4.    Bilik Jahitan
5.    Bilik Masak
6.    Bilik Pengurusan Diri
7.    Bengkel Pertanian- Dijadikan Setor Kokurikulum kerana pilihan pertanian tidak ditawarkan

11.

Bilik Mesyuarat – 2 buah
1.    Bilik Mesyuarat Sena Lestari
2.    Bilik Kegiatan Guru

12.

Dewan Sri Angsana  - 1 buah
Sentiasa digunakan termasuk pihak luar

13.

Kafeteria SAINA – 1 buah
Alternatif  tempat pelajar memilih makanan selain dari Dewan Makan

14.

Surau Al-Fatonah – 1 buah
1.    Solat berjemaah
2.    Melaksanakan aktiviti agama
3.    Melaksanakan proses P&P

15.
Asrama  - 4 buah
1.    2 blok putera
2.    2 blok puteri

16.
Dewan makan – 1 buah
1.    Tempat makan pelajar
2.    Tempat upacara kegiatan asrama dan sekolah

17.
Kenderaan Sekolah - 3 buah
1.    1 buah bas
2.    1 buah coaster
3.    1 buah van

18.
Padang Permainan – 12  buah
1.    Hoki, Bola Sepak, Bola Jaring, Ragbi
2.    Bola Keranjang, Bola Tampar, Tennnis, Sepak Takraw (  2 buah setiap satu)

19.
Pondok Rehat – 10 buah
1.    Untuk pelajar rehat
2.    Untuk waris bersama pelajar

20.
Pondok Pengawal – 2 buah
Dipintu Utama dan di belakang Asrama Puteri

21.
Kuarters Guru – 15
-          12 buah untuk guru
-          3   buah untuk pentadbir

22.
Kuarters Pekerja – 6 pintu
Didiami oleh guru perempuan bujang

23.
Mesin Basuh Asrama – 20 buah
-          10 buah di asrama putera
-          10 buah di asrama puteri
-          Dikendalikan oleh pelajar

24.
Pentas Terbuka – 2 buah
Di asrama dan sekolah
25.
ASTAKA  - 1 buah
Projek RMK – 9
26.
Dataran MEGA
Tempat pelajar berpidato dan menjalankan aktiviti ko kurikulum

27.
Stor – 6 buah
1.    Pejabat
2.    Kokurikulum
3.    Sukan
4.    SPBT
5.    Komputer
6.    Alatan Rosak

28.
Tandas – 33 buah
Guru dan pelajar

29.
Water Cooler  - 10 buah
Di asrama dan sekolah

30.
Pusat Akses Sekolah  di Pusat Sumber – 10 buah komputer
Boleh diguna oleh semua warga sekolah



PENGANUGERAHAN / PENGIKTIRAFAN

BIDANG KURIKULUM


BIL


PERKARA / TAJUK ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN

PIHAK YANG MEMBERI

TAHUN DIPEROLEH
1.
Sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik PMR 2008

PPD Kota Setar
2009

2.
Sijil Penghargaan 5 Bintang ,Smart School Qualification Standard
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran

2010
3.
Sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik PMR 2009 Daerah Kota Setar

PPD Kota Setar
2010
4.
Sijil Penghargaan Atas Kejayaan Cemerlang Dalam PMR 2009

JPN kedah
2010
5.
Sijil Penghargaan PMR 2009
-          Anugerah Khas Memperoleh 100% A bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 1
Kementerian Pelajaran Malaysia

2010
6.
Sijil Penghargaan PMR 2009
-          Anugerah Khas Mendapat 100% Gred A Bagi Mata Pelajaran Matematik

KPM
2010
7.
Sijil Penghargaan Khas PMR 2009
-          Mencapai 100% A bagi Mata Pelajaran B. Melayu

KPM
2010
8.
Sijil Penghargaan  SPM 2009
-          Anugerah khas Mencapai 100% A bagi mata Pelajaran B. Melayu

KPM
2010
9.
Sijil Penghargaan SPM 2009
-          Anugerah Emas (Pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran Teras 1.358 dalam SPM)

KPM
2010
10.
 Sijil Penghargaan Pencapaian Kategori lulus 100% PMR 2010

JPN Kedah
2011
11.
Sijil Penghargaan Gred Purata Sekolah Bawah 4.00 (2.300) SPM 2010

JPN Kedah
2011



BIDANG KOKURIKULUM

Bil.

PERKARA/TAJUK ANUGERAH/ PENGIKTIRAFAN

PIHAK YANG MEMBERI
TAHUN DIPEROLEH
1.
Japan East Network of Exchange and studies for  Youth – Finalis

SBP
2008
2.
Essay Competition (Pad Scholarship Programme)- Naib Johan

SBP
2008
3.
Tadarus Al-Quran Karnival Pendidikan Islam-Johan

PPD
2008
4.
Tadarus Al-Quran Karnival Pendidikan Islam- Tempat ke 4

KPM
2008
5.
National Robatic Competition - Johan

JPN
2008
6.
Pidato Piala Diraja – Johan

JPN
2008
7.
Hoki bawah 16 tahun Zon Utara –
Naib Johan

SBP
2008
8.
Bola keranjang lelaki SBP Zon Utara - Naib Johan

SBP
2008
9.
Bola keranjang perempuan SBP Zon Utara – Naib Johan

SBP
2008
10.
Kejohanan Ragbi bawah 15 tahun –
Naib Johan

PPD
2008
11.
Kejohanan Ragbi  awah 18 tahun – Johan

JPN
2008
12.
Kejohanan  Ragbi MSSD ( KS ) bawah 15 tahun –  Johan

PPD
2008
13.
Kejohanan Ragbi   Seri Enggang                   bawah 14 tahun – Johan

 SMK Seri Enggang

2008
14.
Kejohanan Ragbi MSSD ( KS ) bawah 18 tahun – Naib Johan

PPD
2008
15.
Kejohanan Ragbi MSSK bawah 15 tahun –  Johan

JPN
2008



16.
Kejohanan Ragbi MSSK bawah 18 tahun –  Johan

JPN
2008
17.

Kejohanan Ragbi MSSD ( KS ) bawah 15 tahun –  Johan

PPD
2009
18.

Kejohanan Ragbi MSSD ( KS ) bawah 18 tahun –  Naib Johan

PPD
2009
19.

Kejohanan Ragbi MSSK  bawah 15 tahun –  Johan

JPN
2009
20.
Kejohanan Ragbi MSSK bawah 18 tahun –  Johan

JPN
2009
21.

Kejohanan Ragbi bawah 15 tahun –  Naib Johan

MSSM & MILO
2009
22.
Anugerah Bintang Semangat Jerai
( ASK )
-          Guru
DYMM Sultan Kedah
2009

23.

Kejohanan Ragbi USM    Johan
USM & MSSM
2010
24.

Kejohanan Ragbi CIMB / COBRA  bawah 16 tahun–  Johan

CIMB/COBRA/MSSM
2010
25.

Kejohanan Ragbi MSSK–  Naib Johan
JPN
2010
26.

Kejohanan Ragbi SBP Kebangsaan –  tempat ke 3

SBP
2010
27.

Kejohanan Ragbi  MSSM
MSSM
2010
28.

Kejohanan Ragbi  di Bangkok Thailand – seorang wakil Kedah

MSSM/COBRA
2010
29.

Kejohanan Ragbi di Perth, Australia
MSSM/COBRA
2010
30.

Anugerah Bintang Semangat Jerai
( ASK )
-          4 orang pelajar
DYMM Sultan Kedah
2010
31.

Kejohanan Ragbi 7’s di Hadyai Thailand – Johan
MSSM/COBRA
2010
32.

Kejohanan Ragbi 7’s bawah 21 tahun
MSSM/MRU
2010




Aktiviti Ihya Ramadhan 








Penataran  Bahasa Melayu


Penataran  Bahasa Melayu


Penataran  Bahasa Melayu
Penataran  Bahasa Melayu
 Penataran  Bahasa Melayu


No comments:

Post a Comment

GOMO FM