Rangkaian - Rangkaian Internet


RANGKAIAN-RANGKAIAN  INTERNET


1.         PENGENALAN
Kaedah penghantaran maklumat seperti surat, televisyen, radio, buku dan surat khabar tidak berubah sejak dari dulu. Bagaimanapun, sistem komunikasi data  iaitu komputer menghantar data melalui talian komunikasi seperti talian atau kabel telefon telah berkembang sejak 1960an.
Di awal pengkomputan, pemprosesan data terpusat telah meletakkan pemprosesan, perkakasan dan perisian di satu lokasi. Pada masa yang sama pengeluar komputer membina komputer kegunaan umum yang besar supaya semua jabatan dalam organisasi mendapat perkhidmatan yang sepatutnya. Bagaimanapun, pemusatan total begini tidak sesuai lagi kerana semua data input mesti dibawa ke pusat pemprosesan dan hasil pemprosesan perlu dihantar secara fizikal kepada pengguna.
Langkah seterusnya ialah mengunakan sistem telepemprosesan  iaitu terminal dihubungkan ke komputer melalui talian komunikasi.Sistem ini membenarkan pengguna mencapai komputer pusat dari jauh sama ada dari bangunan atau negeri yang berbeza. Walaupun cara capaian tidak lagi terpusat, pemprosesannya masih dilakukan oleh komputer pusat.
Pada tahun 1970an, perniagaan telah mula menggunakan mini komputer, yang biasanya diletakkan jauh dari komputer pusat, pemprosesannya masih dilakukan tidak lagi berpusat kerana sistem komputer yang kecil boleh melakukan pemprosesan sendiri disamping membuat capaian  dari  komputer pusat. Kaedah ini dikenali sebagai pemprosesan data teragih. Ia berbeza dari telepemprosesan kerana selain boleh membuat capaian dari jauh, ia juga melakukan pemprosesan dari jauh. Contohnya, perniagaan yang mempunyai banyak cawangan. Keseluruhan gambaran pemprosesan data teragih telah bertukar dengan kehadiran rangkaian komputer peribadi. Rangkaian
 di sini dimaksudkan dengan perhubungan dua atau lebih sistem komputer dengan menggunakan peralatan komunikasi seperti Rajah 1. Sistem pemprosesan data teragih ialah satu rangkaian.
                                                            Rajah 1






2.         KONSEP ASAS RANGKAIAN
Terdapat pelbagai jenis rangkaian komputer yang biasanya diketogorikan mengikut geografi. Jenis jenis rangkaian termasuk rangkaian kawasan setempat (LAN) atau Local Area Network. Rangkaian kawasan Metropolitan (MAN)  dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN) atau Wide Area Network. WAN ialah rangkaian Yang meliputi geografi yang jauhnya melebihi 10 kilometer antara komputer dan terminal. Contohnya, komputer peribadi boleh menghantar data ke komputer kerangka utama. Komputer kerangka utama menjadi komputer hos. Sekiranya komputer peribadi digunakan sebagai terminal, perisian menghantar fail membenarkan pengguna memuat turun fail data daripada komputer hos atau memuat naik ke komputer hos.
 MAN  ialah rangkaian data untuk memberikan perkhidmatan pada satu kawasan seperti di bandar besar. Ia biasanya dilaksanakan dengan pemasangan gentian optik melalui saluran bawah tanah. Contoh yang biasa adalah sistem telefon selular yang bertujuan untuk mengelakkan caj bayaran telefon jarak jauh.
LAN  ialah koleksi  komputer peribadi yang berkongsi perkakasan,  perisian dan data. Secara ringkas, LAN menggabungkan beberapa pengguna komputer peribadi melalui media perhubungan untuk berkongsi sumber. Ia meliputi kawasan yang agak kecil ber berbanding WAN iaitu kurang daripada 1 kilometer. Misalnya, dalam  satu bangunan perniagaan atau sekumpulan bangunan yang berdekatan. LAN tidak menggunakan  rangkaian telefon. Dalam kebanyakan LAN, nod-nod dihubungkan dengan kebal rangkaian seperti pasangan wayar terpusing,  kabel sepaksi, atau kabel gentian optik ( yang banyak diguna kerana cepat walaupun mahal ). Terdapat juga, rangkaian tanpa wayar, yang menggunakan gelombang infra merah atau radio, tetapi jarak penghantarannya agak pendek dan lambat. LAN yang pertama menggunakan kabel sepaksi ialah Ethernet. Semua komputer yang hendak disambungkan ke LAN perlu mempunyai kad antara muka rangkaian. Terdapat beberapa jenis LAN iaitu pelanggan-pelayan, dan peer to peer. Peer to peer  membenarkan komputer dalam LAN berkomunikasi antara satu sama lain tanpa bergantung kepada pelayan. Manakala pelanggan-pelayan ialah rangkaian LAN yang terdiri daripada mikrokomputer yang menjadi pelanggan dan peranti membekalkan perkhidmatan dipangil pelayan. Pelayan mengurus peranti-peranti yang dikongsi seperti pencetak leser.
LAN mungkin bersindiran tetapi ia juga boleh dihubungkan kepada rangkaian yang lain, sama ada dengan teknologi yang sama atau berlainan.Untuk menjayakan hubungan ini perkakasan dan perisian diperlukan seperti jambatan dan get laluan
( gateway). Jambatan ialah antara muka yang membenarkan rangkaian yang sama berkomunikasi seperti LAN dan WAN. Justeru itu, beberapa rangkaian yang kecil dihubungkan membentuk rangkaian yang besar. Manakala get laluan ialah antara muka yang membenarkan rangkaian yang berbeza berkomunikasi seperti LAN dan WAN. Konfigurasi asas setiap rangkaian terdiri daripada komponen asas merangrankumi peranti penghantar, saluran komunikasi dan peranti penerima. Contohnya, jika anda bekerja di kedai buku dan ingin memesan buku baru. Dalam kes ini, peranti ialah komputer di kedai anda, saluran komunikasi melalui talian talefon manakala peranti penerima ialah komputer di gedung buku. Satu lagi  komponen yang di perlukan ialah modem, iaitu  peranti yang menukar data komputer ke isyarat yang boleh dibawa melalui talian komunikasi dan sebaliknya. Bagi sistem komputer besar, terdapat kompenan tambahan iaitu unit kawalan komunikasi dipanggil  pemproses bahagian depan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan komputer daripada tugas-tugas komunikasi dan menumpukan kepada pemprosesan atur cara aplikasi.Ia berfungsi sebagai pengesanan ralat dan membuat fungsi pemulihan.





3.         KAEDAH PENGHANTARAN DATA DAN PROTOKOL      
            Komputer menghasilkan isyarat digital iaitu sama ada terdapat arus elektrik
( diwakili dengan 1 ) atau tiada arus elektrik ( diwakili dengan 0 ). Teknologi terkini menuju ke arah penhantaran isyarat digital . Bagaimanapun , talian telefon yang digunakan kini , kebanyakannya dibina untuk penghantaran isyarat analog seperti suara . MODEM diguna kan untuk membolehkan isyarat digital dihantar melalui talian yang menerima isyarat analog.

3.1  Penghantaran Data : Selari, Siri
            Semua peralatan elektronik dikendali dengan menggunakan nombor dedua untuk mewakili satu data perkataan . Dalam komputer, data ini mungkin diwakili dengan 8 , 16, atau 32 bit . dengan julat tersebut , kebiasaan dua peralatan berkomunikasi dengan
mewakikan data dalam gandaan 8 . secara umumnya , setiap unsur 8 bit ini sebagai oktet octet ) .Kaedah penghantaran selari  digunakan untuk mod  pengendalian dengan kelengahan paling minimum . Bit data dihantar dengan menggunakan beberapa wayar secara serentak . Setiap wayar membawa satu bit data . Penghantaran ini lebih cekap berbanding penghantaran bersiri untuk jarak sehingga 15 kaki . Jika penghantaran maklumat di antara dua peralatan yang dipisahkan melebihi 15 kaki . Penghantaran bersiri selalunya digunakan . Ini adalah untuk mengatasi masalah dan perbezaan kelengahan setiap wayar . Setiap bil akan dihantar dalam tempoh tertentu . Ia juga di kenali dengan nama penghantaran bil bersiri. Kaedah penghantaran data yang biasa ialah  dengan menggunakan kabel wayar terpusing dan talian telefon .

3.2       Arah Aliran Penghantaran
            Penghantaran data boleh dikategorikan sebagai simpleks, dupleks separuh atau dupleks penuh  bergantung kepada arah aliran trafik yang dibenarkan . Penghantaran simpleks menghantar data pada satu hala sahaja seperti siaran televisyen dan skrin jadual berlepas kapal terbang dan ketibaannya di lapangan terbang. Dupleks separuh membenarkan penghantaran pada kedua-dua arah, tetapi hanya satu sahaja menghantar pada satu masa seperti siaran radio. Dupleks penuh meembenarkan penghantaran dalam dua arah pada satu masa seperti dalam perbualan telefon.
3.3       Protokol
            Protokol ialah aset peraturan bagi pertukaran data antara perkakasan dan /atau perisian dalam rangkaian komunikasi. Sesebuah protokol boleh dimasukkan sama ada di dalam perisian atau perkakasan rangkaian. Biasanya rangkaian komunikasi komputer di susun sebagai satu set protokol dalam setiap lapisannya. Maka, setiap lapisan aturcara pada hos yang berbeza atau menggunakan protokol tertentu untuk berkomunikasi dengan aturcara pada lapisan atas atau atau dibawahnya. Adanya protokol juga membenarkan praperhubungan untuk memastikan semua perkara berada di dalam keadaan yang betul sebelum data atau mesej dihantar. Antara yang dipastikan adalah bagaimana pengesahan penerima dilakukan, jabat tangan, masa pertukaran mesej dan teknik pengesanan ralat.
            Protokol biasanya disusun dalam lapisan. Penggunaan  protokol berlapis membenarkan penghantaran berlapis membenarkan penghantaran maklumat daripada satu lapisan ke lapisan seterusnya dengan jelas. Sebarang pertukaran dalam lapisan protokol akan dihalang daripada menjejaskan lapisan yang lain. Dengan ini tugas mereka bentuk dan menyelenggara aturcara komunikasi akan menjadi lebih mudah.
            Apabila komunikasi dilakukan antara dua komputer daripada pengilang yang berbeza, persetujuan munkin sukar dicapai. Oleh sebab itu, piawaian diperlukan. Piawaian dapat memastikan antara rangkaian, kebolehalihan dan penggunaan semula. Contoh piawaian adalah (OSI) open system interaction atau perhubungan sistem terbuka.

3.4       Model Lapisan
Model lapisan rujukan ini dipanggil ISO Reference Model untuk perhubungan sistem terbuka (OSI). Ia telah dibina oleh ISO dalam tahun 1978 sebagai rangka kerja piawaian antara bangsa dalam reka bentuk rangkaian komputer heterogenus.
            Reka bentuknya dibahagikan kepada tujuh lapisan: lapisan fizikal, hubungan data, rangkaian, pengangkutan , sesi, persembahan dan aplikasi. Setiap lapisan menggunakan lapisan dibawahnya dan memberikan perkhidmatan kepada lapisan di atasnya. Tiga lapisan awal iaitu lapisan fizikal, hubungan, dan rangkaian bergantung kepada rangkaian. Manakala tiga lapisan teratas pula berorientasikan aplikasi untuk memastikan dua pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Lapisan di tengah iaitu lapisan pengangkutan memastikan pertukaran mesej antaa kedua-dua lapisan berorientasi aplikasi dan rangkaian bertukar mesej.
            Lapisan fizikal ialah lapisan terbawah yang memberi tumpuan kepada hubungan elektrikal dan mekanikal. Contohnya protokol lapisan fizikal ialah Carrier Sense Multiple With Collision Detection (CSMA/CD), gelang token dan bas. Lapisan hubungan data iaitu lapisan kedua kebawah memisahkan data kepada kerangka untuk dihantar ke lapisan fizikal dan menerima pengesahan penerimaan. Ia  melakukan  semakan ralat dan menghantar semula kerangka yang tidak diterima dengan betul. Ia menyediakan saluran bebas ralat kepada lapisan rangkaian . Berpandukan maklumat pada lapisan ini, jambatan akan mengarah trafik di antara segmen rangkaian yang mempunyai alamat lapisan rangkaian yang sama.
            Istilah awal bagi lapisan rangkaian ialah penghala (router) iaitu peranti yang mengarahkan aliran trafik di antara rangkaian. Keputusan berasaskan maklumat lapisan rangkaian dan jadual penghalaan yang dibina oleh protokol penghalaan. Lapisan pengangkutan menyediakan perkhidmatan pertukaran mesej lapisan sebelum dan selepasnya.
            Lapisan sesi meyediakan cara-cara bagaimana dua lapisan aplikasi sntiti protokol mengurus dan mensegerak pertukaran mesej. Lapisan persembahan menyediakan perwakilan data tempatan yang tidak bergantung kepada format yang digunakan pada rangkaian. Lapisan aplikasi ialah lapisan teratas dalam model lapisan ISO. Ia ajuga dikenali sebagai get laluan (gateway). Lapisan ini mengendalikan perkara-perkara seperti transparensi rangkaian, peruntukan sumber (resource allocation), dan pemecahan masalah. Lapisan aplikasi secara umumnya berkaitan dengan pandangan pengguna mengenai rangkaian, contohnya penformatan mesej mel elektronik.

4.         KONSEP DAN APLIKASI RANGKAIAN KOMPUTER
            Rangkaian atau rangkaian komunikasi ialah hubungan antara sistem komputer, telefon atau lain-lain peranti komunikasi yang boleh berkomunikasi dengan yang lain dan boleh berkongsi aplikasi dan data. Beberapa istilah dalam rangkaian perlu dikenali sebelum terlebih dahulu. Banyak rangkaian komputer, dilayan oleh pelayan. Komputer hos atau hos, ialah komputer utama atau pusat yang mengawal rangkaian. Dalam LAN, fungsi hos ini mungkin dilayan oleh pelayan. Pelayan ialah komputer yang dikongsi oleh pengguna dalam rangkaian. Nod mungkin mikrokomputer, terminal, peranti setoran, atau lain lain peraferal. Sebagai pengguna rangkaian anda boleh memuat turun atau memuat naik fail. Memuat turun ialah mengambil fail dari komputer yang lain dan menyimpannya di dalam komputer anda. Manakala memuat naik ialah menghantar fail dari komputer anda ke komputer lain.

4.1 Kebaikan Rangkaian
(a)        Perkongsian peranti peraferal seperti pencetak, pengimbas dan pemacu cekera.
(b)        Perkongsian atur cara dan data seperti perisian.
(c)        Komunikasi lebih baik seperti mel elektronik.
(d)       Keselamatan maklumat kerana adanya simpanan pada mereka yang lain yang 
            berkongsi.
(e)        Kebenaran Pencapaian ke pangkalan data.
Antara apilkasi yang ditawarkan dalam rangkaian ialah mel elektronik, mel suara, faksimili, telesidang, pertukaran data elektronik, pemindahan derma elektronik, papan buletin, computer comuting  dan perkhidmatan perhubungan komersil.

4.2       Kaedah Agihan Isyarat : Jalur Tapak, Jalur Lebar
Potensi ketinggian lebar jalur sepaksi boleh digunakan dengan dua cara: jalur tapak dan jalur lebar. Dalam jalur tapak, semua lebar jalur digunakan untuk menghasilkan satu saluran penghantaran dengan kadar tinggi iaitu 10 Mbps atau lebih. Manakala dalam jalur lebar, lebar jalur yang ada dibahagikan untuk menghasilkan beberapa subsaluran dengan lebar jalur yang rendah pada kabel..

4.3 Spesifikasi Media
Kadar penghantaran bergantung kepada frekuensi dan lebar jalur.
a) Frekuensi: jumlah data yang boleh dihantar pada saluran bergantung kepada frekuensi gelombang, iaitu kitar gelombang dalam satu saat. Frekuensi dinyatakan dalam hertz: 1 kitar per saat ialah 1 hertz. Semakin banyak kitaran dalam satu saat semakin banyak data boleh dihantar melalui saluran.
b) Lebar jalur : Lebar jalur ialah perbezaan antara frekuensi tertinggi dan terendah. Data mungkin dihantar bukan dalam satu frekuensi sahaja tetapi dalam beberapa frekuensi dalam satu lebar jalur tertentu. Semakin besar lebar jalur saluran, semakin banyak frekuensi dibenarkan maka lebih banyak data boleh dihantar menerusi saluran. Kadar kelajuan data menerusi saluran dinyatakan dalam bit per saat (bps). Wayar terpusing dengan 4000 hertz boleh menghantar 1 kilobait data dalam satu saat. Kabel sepaksi dengan 100 megahertz boleh menghantar 10 megabait. Manakala kabel gentian optik dengan 200 trilion hertz menghantar 1 gigabait.

4.4 Kaedah Penghantaran
Penghantaran data ke destinasi yang jauh akan berjaya hanya apabila peranti penerima bersedia menerimanya. Maksud bersedia bukan sahaja dengan adanya alat tersebut, malah peranti penerima mesti seiring dengan peranti penghantar. Dua teknik yang sering digunakan untuk memastikan kedua-dua peranti menghantar dan menerima pada nada yang sama ialah penghantaran segerak dan tak segerak.

(1) Penghantaran segerak
Jenis penghantaran ini menghantar data dalam blok yang ditandakan oleh bit mula dan tamat dipanggil bait sync. Bait sync ini akan mensegerakkan jam dalaman peranti penghantar dan penerima supaya kedua-duanya dalam keadaan yang seiring. Ia jarang digunakan pada mikrokomputer kerana agak mahal. Ia sangat sesuai untuk menghantar data yang banyak dengan cepat.
(2) Penghantaran tak segerak.
Penghantaran tak segerak dikenali juga penghantaran mula-tamat. Data dihantar pada satu bait setiap saat yang dikurungkan oleh bit kawalan iaitu mula yang mewakili permulaan penghantaraan data. Manakala bit tamat menandakan akhir data. Kaedah ini banyak digunakan dalam komunikasi penghantaran data dengan mikrokomputer. Ia menghantar mengikut kesesuaian penghantar tetapi agak perlahan dan tidak sesuai untuk penghantaran data yang banyak dan cepat.

4.5 Topologi
Komputer boleh dirangkaikan dengan beberapa cara bentangan fizikal yang dipanggil topologi.  Terdapat empat topologi yang biasa iaitu rangkaian bintang, gelang(cincin), bas dan jaring. Selain itu, terdapat juga topologi hibrid dan Fiber Distributed Data Interface (FDDI). Dalam membincangkan topologi rangkaian, setiap nod dirujuk sebagai sebuah komputer pada rangkaian.

(l) Rangkaian Bintang
Rangkaian bintang mempunyai satu komputer hab yang bertanggung jawab untuk mengurus rangkaian seperti dalam Rajah 2. Komputer hab boleh sama ada pelayan fail atau komputer hos. Semua mesej melalui komputer pusat bertindak seperti polis trafik untuk menghalang pertembungan. Sebarang kerosakan di antara nod dan hab tidak akan menjejaskan keseluruhan sistem. Komputer hab juga menghalang pertembungan antara mesej. Bagaimanapun, sekiranya hab rosak, keseluruhan rangkaian akan gagal, contohnya PBX.. (Lihat lampiran)
Rajah 2


 











(11) Rangkaian Gelang (Cincin)
Rangkaian gelang atau Cincin menghubungkan semua nod dalam rantaian bulat seperti dalam Rajah 3 . Mesej data bergerak dalam satu hala mengelilingi gelang. Mesej elektornik akan dihantar mengelilingi gelang sehingga sampai ke destinasi. Contohnya rangkaian IBM gelang token. Sebarang data yang melaluinya diperiksa oleh nod jika ia mengandungi alamatnya; jika tidak, data akan dihantar ke nod seterusnya dalam gelang. Oleh kerana databergerak dalam satu hala, maka tidak terdapat pertembungan. Bagaimanapun, jika terdapat satu nod gagal, seluruuh rangkaian akan gagal.
                                                Rajah 3









(111) Topologi Bas
Topologi Bas seperti dalam Rajah 4 di mana semua nod bersambung kepada satu talian. Komputer pada rangkaian menghantar data dengan harapan ianya tidak bertembung dengan data yang dihantar oleh nod yang lain. Sekiranya keadaan tersebut berlaku, nod yang menghantar akan cuba sekali lagi. Nod boleh dihubung atau diputus hubungannya dengan talian tanpa mejejaskan rangkaian seperti
Rajah 4. Lagi pun, sekiranya mana-mana satu nod gagal, ia tidak menjejaskan rangkaian. Contoh rangkaian ialah Xerox Ethernet.
Kebaikannya ia boleh disusun sebagai pelanggan-pelayan atau peer-to-peer.
Kelemahannya ialah pertambahan litar dan perisian diperlukan untuk mengelakkan pertembungan data.
                                                Rajah 4
           






Rangkaian hibrid ialah gabungan rangkaian bintang gelang dan bas. Satu tempat menggunakan rangkaian bas manakala hubungan ke tempat lain menggunakan rangkaian gelang atau bintang.
Rangkaian FDDI adalah rangkaian terbaru dan berkelajuan tinggi. Ia mampu untuk menghantar 100MB sesaat dengan menggunakan kabel gentian optik dengan topologi dual counter-rolating ring. Rangkaian ini digunakan untuk tujuan teknologi tinggi seperti pengimejan elektronik, grafik resolusi tinggi dan video digital.
5.         JARING
Jaring atau perkataan bahasa Inggerisnya NET, asalnya dai perkataan internet. Internet ialah rangkaian yang terbesar sekali yag terdiri daripada lebih kurang 25000 rangkaian yang boleh dicapai oleh semua komputer di seluruh dunia.
Bagaimanakah komputer yang pelbagai jenis boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Sebenarnya ia menggunakan protokol piawai yang dikenali sebagai Transmission control protocol /internet protokol (TCP/IP). Seseorang pengguna harus mencapai Internet melalui sebuah komputer pelayan yang mempunyai perisian khusus protokol Internet. Internet pada mulanya dibangunkan dan mendapat sumbangan kerajaan Amerika Syarikat. Ia menghubungkan perpustakaan, kampus, makmal penyelidikan dan syarikat-syarikat perniagaan. Pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan Internet boleh berbuat demikian melalui pembekal pihak ketiga seperti Amerika Online di Amerika Syarikat, JARING DI Malaysia dan Singapore Online di Singapura. Bagaimanapun perkhidmatan yang disediakan mungkin berbeza. Pertambahan populasi pengguna Internet yang semakin berkembang dan semakin banyak maklumat di dalam Internet, menyebabkan satu cara dibina untuk menjelajahi Internet. Atur cara untuk menjelajahi Internet ini dikenali sebagai browser. Pengguna komputer hanya perlu menarik tetikus ke berbutang dan menekannya untuk melaksanakan arahan tersebut. Contoh browser ialah World Wide Web, yang mampu menggabungkan teks imej dan bunyi bagi sesuatu topik tertentu.
Selain pendidikan dan penyelidikan, boleh dikatakan hampir separuh daripada maklumat dalam Internet merupakan iklan-iklan perniagaan. subjek dalam Internet sangat kompleks dan tersebar luas di dalam surat khabar, majalah, perpustakaan, universiti dan syarikat perniagaan di seluruh dunia. Masa hadapan Internet nampaknya tidak akan berakhir. Internet menjadi isu penting dalam komunikasi masa kini.

7. PENINJAUAN  (Polling)
Peninjauan  ialah proses untuk memilih sesuatu terminal untuk dihubungkan ke sambungan. Peninjauan dilakukan dengan menggunakan pencam uniknya. Dengan ini komputer pusat dapat berkomunikasi dengan terminal  dan sebaliknya. Mesej dihantar kepada terminal dengan memberikan pencam terminal tersebut. Apabila sesuatu terminal ditinjau, ia akan bertindak balas dengan menghantar mesej seperti ia akan menghantar mesej atau tiada mesej untuk dihantar.Begitu juga bagi komputer pusat , sekiranya ada sesuatu terminal hendak menghantar sesuatu mesej kepadanya, terminal tersebut perlu meninjau dahulu. Komputer pusat akan memberi jawapan seperti bersedia untuk menerima. Tanda penerimaan diberikan dengan pengesahan. Seterusnya komputer pusat akan melakukan proses peninjauan terminal yang lain. Peninjauan ini dikenali sebagai tinjauan panggil nama (roll call polling). Kaedah peninjauan ini agak lambat.
Terdapat satu lagi peninjauan iaitu peninjauan hab. Jika tinjauan panggil nama memanggil komputer pusat untuk menghantar mesej, peninjauan hab menghantar ke jiran terdekatnya.



8.         SISTEM PENGENDALIAN
Sistem pengendalian untuk rangkaian direka untuk mengurus aktiviti rangkaian.  Perisian sistem pengendaliam diletakkan berbeza-beza mengikut jenis rangkaian iaitu sama ada ia diletakkan pada pelayan fail atau pada setiap mikrokomputer dalam rangkaian. Contoh  sistem pengendalian rangkaian ialah Novell Netware, Microsoft LAN Manager dan IBM PC LAN.
            Sistem pengendalian rangkaian (SPR) membenarkan komputer-komputer pada rangkaian berkongsi sumber seperti peranti storan, mesin faksimili, pengimbas dan pencetak.
            Dalam hubungan pelanggan-pelayan, capaian fail dan atur cara pengurusan dijalankan pada komputer pelayan, manakala lain-lain komponen seperti perisian yang membenarkan permintaan kepada pelayan dan penghantaran mesej ke komputer yang lain dijalankan pada komputer pelanggan.
            Salah satu tugas utama SPR ialah menyediakan sumber sekiranya ia dijalankan daripada komputer pelanggan. Peranan SPR ialah untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti memberi arahan, menjalankan perisian aplikasi dan menghantar kerja ke pencetak, tampil secara tempatan kepada komputer pelanggan. Perisian rangkaian selalunya delengkapkan dengan sistem pengendalian berbilang pengguna yang membenarkan komputer berkongsi masa dengan lain-lain terminal atau komputer pada satu masa. UNIX ialah satu contoh sistem pengendalian berbilang pengguna yang banyak digunakan di seluruh  dunia.



BIBLIOGRAFI;
1. Rodina Ahmad, Zaitun Abu Bakar, Zarinah Mohd Kasirun, Perkomputeran
    Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.1997
2. Mokhtar Ahmad, Teman Teknologi Anda, Internet Dan Rangkaian,
    Thinker Library Sdn. Bhd.1999

No comments:

Post a Comment

GOMO FM