Bacalah Buku dan Rajinlah Mengulangkaji.
Practice makes Perfect
Kejahilan adalah musuh kepada diri. Membiarkan diri dibelenggu kejahilan adalah zalim pada diri sendiri.
ISTIQAMAH ADA :-
1. Istiqamah Lisan.
2. Istaqamah Qalbi.
3. Istiqamah Nafsu.
4. Istiqamah Roh
4. Istiqamah Sirr
Cara nak istiqamah :-
1. Ilmu.
2. Amal.
2. Hal ( Kelakuan)
Syurga rindukan :-
1. orang yang membaca al-quran
2. orang yang baik lisan
3. orang yang berpuasa di bulan ramadhan.
Tingkat Puasa
1. Puasa orang yang hanya menahan lapar dan tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.
2. Puasa orang yang meninggalkan perkara yang membatalkan puasa dan meninggalkan maksiat.
3. Puasa orang yang benar-ikhlas hatinya kepada Allah.
Apakah Ahlulsunnah wal jamaah?
Tersebut dalam Almajalisus saniyyah, halaman 88 sebagai beriku
Ertinya : Telah berkata Tuanku Abdul Qadir Aljilany qaddasalihusirrahu dalam kitab Ghunjahnya : Maka wajiblah orang berima, mengikuti sunnah dan jamaah. maka erti sunnah, iaitulah sesuatu yang dicontohkan oleh Rasulullah saw. Dan erti jamaah iaitu sesuatu yang telah sepakat atasnya oleh para sahabat ra ajmain pada khilafatnya imam-imam empat, khalifah-khalifah yang lurus lagi terpimpin ra ajmain.
Dalam Lisanul -A'Arab, juz ke VI halaman 383 sebagai berikut
Ertinya : Telah
berkata Abu Manshur : Mentakdirkan Allah akan makhluk iaitu
memudahkannya akan tiap-tiap satu dari pada mereka, bagi apa yang telah
diketahuinya bahawa mereka itu akan menjadi begitu. Jelasnya bahawa
Allah swt telah mengetahui dari mereka sebelum Allah jadikan mereka,
maka menetapkanlah ilmu-Nya yang tidak mempunyai permulaan yang
terdahulu pada mereka dan ditakdirkannyalah meneurut kadar yang
tertentu.
Dalam Lisanul -A'Arab, juz ke II halaman 258 sebagai berikut:-
Ertinya : Nasib ertinya bagian dari tiap-tiap sesuatu.
( Dipetik dari buku Seratus Masalah Agama oleh KHM Syafi'i Hadzami , Mukasurat 27)
No comments:
Post a Comment