Asas Sains Komputer

Nota Ringkas :


1.0 Konsep Asas Pemikiran Komputasional
1.1 Asas Pemikiran Komputasional

Konsep Pemikiran Komputasional

a. Teknik leraian ialah teknik yang memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang mudahdiselesaikan. Ini ialah sejenis teknik yang digunakan oleh komputer untuk mencari maklumat dengan cepat,kerana dalam perisiannya, maklumat-maklumat ini telah dileraikan kepada komponen yang lebih kecil, sepertidalam perisian Google, terdapat beberapa komponen seperti Imej, Peta, Berita yang memudahkan carian.

b. Teknik pengecaman corak ialah teknik untuk mengecam persamaan atau perbezaan antara beberapamasalah/cerita/keadaan/situasi. Dalam keupayaan Facebook untuk mengecam muka, teknik pengecaman corakdigunakan.

c. Teknik peniskalaan ialah teknik yang mengekstrak atau mengeluarkan maklumat yang penting daripada sesuatu masalah dan membuang maklumat yang tidak penting. Ketika mencari maklumat dalam komputer, komputer hanya memaparkan maklumat yang penting dan berkaitan, dan tidak memaparkan maklumat yang tidak mempunyai kata kunci carian.

d. Teknik pengitlakan ialah teknik yang digunakan untuk menentukan ciri kesamaan beberapa jenis masalahbertujuan untuk mendapatkan cara penyelesaian yang sama. Ketika mencari sesuatu perkataan, komputermemaparkan semua maklumat yang mempunyai kata kunci itu, dengan membuat andaian umum bahawakesemua maklumat itu diperlukan oleh pengguna.



PENGAJARAN 1:

1.1.1 Menerangkan teknik Leraian (Decomposition) dan Peniskalaan (Abstraction) dalam pemikiran
komputasional untuk menyelesaikan masalah
1.1.2 Menyelesaikan sesuatu tugasan menggunakan teknik leraian dan menentukan langkah secara tertib
1.1.4 Membuat keputusan bagi menentukan aspek penting dalam sesuatu permasalahan

1. Teknik leraian ialah teknik yang memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian kecil yang mudah diselesaikan.
2. Teknik peniskalaan pula ialah teknik yang mengekstrak atau mengeluarkan maklumat yang penting
daripada sesuatu masalah dan membuang maklumat yang tidak penting


I.  ASAS SAINS KOMPUTER  TINGKATAN SATU


A. ASK OVERVIEW TINGKATAN SATU

1. Ask Overview Tingkatan Satu

B.  RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN  ASK TINGKATAN SATU 

1.Rancangan Pengajaran Tahunan ASK Tingkatan Satu


C. MODUL PENGAJARAN TINGKATAN 1

1. Modul Pengajaran  1

2. Modul Pengajaran  2

3. Modul Pengajaran 3

4. Modul Pengajaran 4

5. Modul Pengajaran 5

6. Modul Pengajaran 6


7, Modul Pengajaran 7

8. Modul Pengajaran 8

9. Modul Pengajaran 9

10. Modul Pengajaran 10

















25. Modul Pengajaran 25


II. ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN DUA

A. DSKP ASK TINGKATAN 2

No comments:

Post a Comment

GOMO FM