Saturday, June 3, 2017

Renungan - Puasa

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa (di bulan Ramadan) sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA." (Al Baqarah: 183)

Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang keji." (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: "Sesungguhnya saya sedang berpuasa." (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda,, "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu".(HR Bukhari)

1 comment:

  1. joico titanium | TITaniumART.com
    joico titanium | TITaniumART.com. 2021 ford escape titanium hybrid · · titanium fat bike · · · · · · · · mens titanium earrings · · · · · micro titanium trim · · dental implants · · · ·. ·. ·. ·. ·. ·. ·. ·. ·. ·.

    ReplyDelete

GOMO FM